Resepi Roti Korea Viral!!!

Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

Harini aku akan share resepi roti korea viral darpada kak long aku. Kalau nak tahu roti ni memang tak mudah didapati, nak dapatkan tu punyalah susah sampai kena pergi tempat jauh-jauh, tapi kampung aku bertuah sebab kak long aku satu-satunya yang jual roti korea ni, tak perlu nak menyusahkan diri nak pergi tempat jauh-jauh. Sebelum aku persembahkan resepi sediakan bahan-bahan dulu, bahan ini boleh didapati di kedai bakery yang berdekatan. Jom kita mulakan,

BAHAN UTAMA ROTI
๐Ÿ‘‰290 gram tepung roti 
๐Ÿ‘‰35 gram margerin
๐Ÿ‘‰165 ml susu segar
๐Ÿ‘‰1 paket yis
๐Ÿ‘‰1 sudu teh bread improver
๐Ÿ‘‰1 biji telur
๐Ÿ‘‰garam secukup rasa

CARA-CARANYA
๐Ÿ‘‰yis dicampurkan dengan susu (biarkan selama 5-10 minit)
๐Ÿ‘‰satukan semua bahan kecuali telur
๐Ÿ‘‰gaul sehingga sebati 
๐Ÿ‘‰masukkan adunan yis dan telur 

Pilih salah satu cara
๐Ÿ‘‰uli dengan mesin selama 10 minit/
๐Ÿ‘‰uli dengan tangan selama 20 minit

๐Ÿ‘‰perap selama 30 minit
๐Ÿ‘‰sapukan minyak pada loyang 
๐Ÿ‘‰doh dibahagikan kepada bahagian kecil dan dibentukkan bulat
๐Ÿ‘‰perap kembali selama 30 minit
๐Ÿ‘‰bakar suhu 170° selama 20 minit


FILLING CREAM CHEESE 
๐Ÿ‘‰452 gram cream cheese
๐Ÿ‘‰60 gram gula
๐Ÿ‘‰60 ml heavy cream

SOS GARLIC
๐Ÿ‘‰260 gram mentega (dicairkan)
๐Ÿ‘‰2 labu bawang putih (dicincang halus)
๐Ÿ‘‰60 gram  (3 Sudu besar) susu pekat
๐Ÿ‘‰40 gram (2 Sudu besar) madu
๐Ÿ‘‰6 gram (2 Sudu besar) parsley
๐Ÿ‘‰2 biji telur

CARA-CARANYA
๐Ÿ‘‰ belah roti kepada 4 bahagian tapi jangan sampai dibelah habis
๐Ÿ‘‰masukkan cream cheese yang dipukul ke dalam piping bag dan pipingkan ke atas roti yang dibelah
๐Ÿ‘‰celupkan roti ke dalam sos garlic
๐Ÿ‘‰bakar 165° selama 10-15 minit

Senang bukan? Sedap bila makan waktu petang, santai-santai bersama keluarga tersayang, tak perlu nak beratur panjang dekat kedai, kita buat sendiri baru puas hati nak makan banyak-banyak, 

Kalau korang dah cuba resepi roti korea ni boleh juga cuba roti kopi yang aku dah share haritu klik je dekat sini. Lepas ni aku akan share resepi jeng jeng jeng kalau nak tahu jangan lupa folow dan komen kalau dah cuba resepi ni.

Ouh lupa, orang juga panggil roti korea ni sebagai roti K-POP???!!

Ehhhhh kita gurau sahaja๐Ÿ˜‚ 




4 comments:

Macehh sudi komen blog kitee!!

Future Of Life

Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...