Februari pergi..

 Jujur, banyak perkara yang aku lalui untuk februari, susah untuk lalui dengan senang, kadang tak terdaya sebab rindu keluarga. Tapi mereka kekuatan aku.

Semalam, aku video call mama aku. Aku sedih, aku menangis, aku tak sangka duduk berjauhan pun buat anak menangis rindukan mak nya. Rindu masakan mama, rindu suasana rumah.

Banyak kali aku berbisik "aku nak balik, aku nak balik"  tapi mama aku pesan lapangkan dada, selawat banyak-banyak, jangan tinggal solat.

Perasaan aku jadi tenang bila aku ikut apa yang mama aku pesan. Untuk tulis kisah aku disini semalam pun aku masih tak dapat tahan air mata. 

Aku anak yang tak suka tunjuk perasaan yang sedih, acah kuat selalunya. Suka bergurau. Suka tersengih sepanjang masa. Seperti nama yang mama aku bagi, Nur Farhah Farhana (Cahaya kegembiraan Kegirangan). 

Untuk permulaan bulan ini, aku terus melangkah walaupun perit. Aku tinggalkan kesedihan di bulan Februari, untuk penutup. 

Jadi, lepas ni aku nak cari topik yang menarik bagi aku untuk share dalam blog Amazing Life (even though sometime is a lie), and hope another my blogger friend doing well 😁✌.




14 comments:

Macehh sudi komen blog kitee!!

Februari pergi..

 Jujur, banyak perkara yang aku lalui untuk februari, susah untuk lalui dengan senang, kadang tak terdaya sebab rindu keluarga. Tapi mereka ...