Harini aku nak share tentang apa yang aku beli dekat chilindo. Aku tak cadangkan 100% kalau kau nak beli dekat chilindo ni sebab apa yang aku dapat tahu ramai yang tak puas hati dengan servis diorang ni. Tapi bagi aku boleh bagi 7/10 sebabnya nanti aku terangkan dekat bawah.
Chilindo ni syarikat daripada Thailand dan sudah ada cawangan di Malaysia, cara jualan diorang melalui bida bermula dengan harga 10 sen je, memanglah murah tapi kita kena berlawan dengan pembeli yang lain sampai berpuluh puluh ringgit naik itulah yang buat ramai orang tertarik nak beli dekat chilindo walaupun ramai yang complain tapi masih lagi ada orang cuba nak beli macam aku
Bagi aku beli dekat chilindo ni ada keuntungan dan kerugian. Keuntungan dia produk yang kita nak beli ni tak ramai orang bida kita akan dapat harga yang sangat lah termurah, kerugian dia kalau dah beli barang tapi barang tak sampai dekat kita ataupun barang rosak, kita akan rasa sangat sangat menyesal.
Aku pun mulalah tengok barang-barang yang ada dekat chilindo, aku pun berminat dekat sport camera,boleh lah aku letak kat basikal aku nanti. Sport camera yang aku bida ni daripada 10 sen sampailah jadi RM21 barulah dapat, cara penghantaran diorang menggunakan DHL eCommerce.
Aku start beli 20 August, barang sampai 24 august. Kotak okey cuma adalah terkoyak sikit mungkin tercucuk something.
Yeay, dapat earphone free, mungkin takde orang nak beli earphone sebab tu dia bagi free je.
Semua peralatan lengkap, tiada kerosakan seperti yang orang cakapkan. Aku dah pasang semua lepas tu aku check camera dia fuhhh hd sangat gambar dia.
Hehee tipu je, biasa-biasa je camera dia. Camera android aku lebih cantik dari yang ni.
Harga mur-mur takkanlah nak dapat yang ori semestinya dapat yang cikai je.
Tinggal nak beli memori dan letak dekat basikal je, jadi pendapat aku ia tidak lah seteruk yang orang cakapkan, mungkin masih ramai orang yang beli sebab servis diorang okey tapi yang orang tak puas hati cakap chilindo ni tak bagus, aku pun tak tahulah, senang cerita tak payah langsung beli online, ambil kunci kereta pergi beli terus kat kedai haa kan senang.
Akhir pesanan aku, nak beli sesuatu jadilah pembeli yang bijak, siasat dulu macam mana diorang punya servis, kalau rasa was-was jangan beli, Jangan tengok dan jangan lupa folow aku🙋.
first time dengar web ni...herm..klo kita tk berani la nak beli sini...baik pi dekat shopee,lazada..heheh
ReplyDeleteeh awk punya blog tkde button follow ke? nnti kalau ad komen kt blog saya ya..nk follow..hehe
Itulah , shopping shopee dan lazada pun kena hati-hati juga, haritu ade shopping brg dkat lazada time shipping tu parcel hilang😠tapi nasib baik lazada refund balik, haih
Deletebahayaaa ni sbb ketagih klu kita berjaya skali ... but online best..sbb ibarat beli hadiah utk diri sendiri
ReplyDeleteYess, sya tak selalu beli online, sbelum beli tu kena buat perbandingan harga lepas tu tengok kocek ada duit ke tak, eh eh tiba2 kocek kosong hmmm😂
Delete