Naa,, aku cuba cuba menulis manalah tahu aku berbakat dalam penulisan hahaa.
Okey firstly aku perkenalkan diri dulu,
Aku dikenali sebagai Ana (nama panggilan) umur 21 tahun, anak ke 4 dari 7 orang beradik, orang Nogori 9, pekerjaan nope takdo laie.. Hobi aku adalah menonton anime dan bermain gitar (kenapa tak percaya? π), Cita-cita aku buat masa ni aku nak jadi body builder wkwkwkwk selalu berubah2 mengikut masa.
Okey aku tak tahu nak cerita apa tapi aku akan ceritakan awal perjalanan ku menimba ilmu di perantauan,, cehh macam jauh tapi dekat pahang je,
Begini, aku baru start sambung belajar awal tahun 2020, aku ambil SPM pada tahun 2016 mesti ramai pelik asal tak sambung awal-awal? Result cantik kenapa ambil Sijil? Ramai mempersoalkan apa yang aku buat.
Aku dilahirkan dalam suasana keluarga yang agak kurang berada tapi syukur alhamdulillah rezeki kami cukup.
Dalam setiap orang mesti ada kelebihan dan kekurangan, aku seorang yang agak pendiam (dengan orang asing jelah) tapi bila orang yang aku kenal lama memang sifat aku berubah 360 darjah.
Aku ditempatkan di IKBN Temerloh, Pahang, kenapa ditempatkan? Sebab aku tak sangka apa yang telah aku dapat. Memang aku tak jangka aku akan sambung belajar sebab aku masih tidak berniat dan bukan aku yang memilih jurusan, yezza jurusan itu yang memilih aku. Aku mohon dalam e-kampus ada 3 pilihan so aku klik ke mana2 yang berkenan kat hati cewahh macam shopping dalam onlineπ so jurusan yang memilih aku adalahhhhhhh jaajaannggggg shingg shingg ✨✨Jurusan Sijil Semburan Cat.
Haaa lepas tu aku pun tunjuk dekat akak along aku and mama aku untuk tahu apa reaksi diorang kalau mama aku izinkan aku pergi kalau mama tak izinkan gamaknya aku sekarang sedang tuuuuuuuttttt hahahaha aku pun tak tahu apa yang akan berlaku,, now baru ku tahu means "Walau sehebat manapun kita merancang Tapi Allah yang menentukannya". Dengan restu dan doa mama ku perjalanan aku lebih baik saat itu.
Skip,
Next, masa aku daftar tu wuuu aku rasa macam wahh betul ke ni nak pergi belajar sedangkan kawan aku masing masing dah nak habis belajar ada yang tengah praktikal, so aku pun takpa aku ada doa mama aku, slow slow aku pijak tangga kehidupan aku,
Masuk je pintu pendaftaran memang ramai pakcik2 dan makcik2 tengah daftarkan anak diorang,, apa yang aku perasan masa mula2 semua budak2 yang daftar adalah lelaki dan yang lebih menggelikan hati aku semua pakai baju kemeja putih, seluar hitam, kasut fuhhhh berkilau hitamnya,, aku pandang mama and akak along aku silih berganti, aku dalam hati "eeeeeekkkkkkk aku sorang jeke pakai baju casual warna hijau pulak tu, then aku sorangg jekeeee perempuan??!!" hahahaha aku rasa cam woww yang jaga pendaftaran tu Atikah (skang dah jadi kawan) dia cakap kat aku sambil senyum " awak perempuan first yang daftar dan awaklah perempuan yang first amek jurusan semburan cat ni", aku pun wahh bangga ahh aku pun senyum je lah. Then aku berurusan dengan Encik Azizul ketua jurusan semburan cat, dia tengok aku "awak yakin ke nak ambil jurusan ni?" aku pun angguk. "sebab saya tengok result spm awak ni cantik ni? Kalau awak nak tukar jurusan pun boleh ni" aku pun macam so why? Aku tak boleh amek jurusan ni ke? Yg tak perlu susah2 nak belajar, dan tak pakai laptop.. Aku tak cakap, aku senyap dan angguk, Encik2 lain semua berkumpul concern and curious result cantik tapi ambil sijil "wahh awak tak nak ambil diploma ke? Blaa blaa blaa......." "Cantik ni result awak, sayang kalau ambil semburan cat..." blaa blaa blaa..
Yeah persepsi orang lain berbeza dengan kita jadi aku tetap keras kepala dengan aku punya cerita so dia cakap camni "kalau awak tetap nak ambil takpelah dah awak minat nak buat macam mana" naaaahhh suatu hari nanti aku boleh tunjukkan bukti kat kau bila aku dah berjaya.. Kalau ada orang baca kisah ni please jangan mengeluh atau berprasangka buruk, aku berbeza dari orang lain.. Kau pun berbeza dari aku,, so that it.
Aku teruskan dengan orientasi.
Handphone diambil sehingga seminggu. Dan guess what? Aku tiada jam tangan untuk mengetahui waktu sekarang so bayangkan macam mana aku nak bangun pagi pergi berkumpul tempat2 yang tertentu.. Aku macam tawakal je lah kalau orang dulu2 boleh hidup tanpa jam aku pun mesti boleh macam mana nak uruskan hidup tanpa jam,,
Then aku pun lewati hari2 orientasi berkawad lah apalah macam macam yang selalu ada dekat mana2 tempat belajar sama cuma itu berbeza tempat. Ada disaat saat aku jatuh dan sakit aku simpan sendiri yelah perempuan sorang lelaki ramai. Hmm bercakap tentang ni keluarlah topik berkawan.
Kawan, friend, sahabat, member,
Aku sangat sangat tidak berminat untuk mengenali sesorang yang bernama kawan sebab kalau ada diorang akan ejek fizikal aku yelah aku ngaku aku gemuk, tak cantik, tak lawa, tapi aku juga manusia biasa yang mempunyai hati. Aku hanya biasa2 je kalau borak2 pun gitu2 je takde ape.. Dan siapa yang berbaik dan berbahasa dengan lembut dekat aku memang aku hargainya dan apa yang membuat aku bertahan adalah aku seorang yang agak kasar dan aku tak minat lelaki.. Yess,, yang aku pernah meminati semua menghina fizikal dengan pandangan mata diorang, aku tahu, ya aku tahu susah jadi aku kalau korang nak tahu, sampaikan kawan aku main sama2 time kecik still dh besar pun still hmm malehh nak cakap.
Okey skip.
Saat hari terakhir orientasi kami ada perbarisan.. Aku lupa perbarisan apa tapi semua senior dah balik ke IKBN dan menyaksikan kami berkawad masuk padang, guess what?? Akulah Sang Legend yang akan memimpin semua lelaki wkwkwkwk maksud aku ketua platun, sebenarnya ketua platun adalah tanggungjawab Panjang (classmate now) tapi dia takut lupa dan diorang semua vote aku gantikan panjang.. Jadi aku gunakan segala ilmu kawad, aku jalankan tugas aku dengan baik.. Kalau korang nak tahu sebelum masuk padang tu masing2 dah kalut sakit perut dengan aku2 sekali sakit so kami tahan sampai habis last2 kami yang sakit perut keracunan makanan. Itulah pengalaman pahit aku start hari terakhirnya orientasi.
Sekian saja dari Aku Sang Legend, nanti ada masa aku akan cuba coretkan lagi untuk sambungan apa yang terjadi semasa aku keracunan makanan.
Ok byeπ.
Update,
Aku saja nak tayang gambar aku pakai kain masa kawadπ
Kalau nak tahu masa tu aku sangat sangat nervous tapi aku rasa bangga walaupun fizikal aku begitu tapi aku boleh tunjukkan keberanian aku dengan lantang. Jadi, gadis gadis yang sudi membaca tolong bangga dengan diri sendiri, walaupun kita ada kekurangan, cari kelebihan itu sendiri, diri sendiri je boleh bantu sebab kita faham kita sendiri.
Ok, ciauu,, Peace No War✌π
tgk anime apa? cer gtauuu
ReplyDeleteKalau nak listkan memang banyak,, tapi yg paling fav one piece
Delete