Sakit Itu Penghapus Dosa.

Assalamualaikum ๐Ÿ™‹ and hai๐Ÿ–

Bertemu kita kembali dalam rancangan dah taubat ke belum?? Hahaha naahhh saje je๐Ÿ˜‚ 

Okey kita sambung semula ceritera tentang aku yang terkena KERACUNAN MAKANAN!! Kenapa aku boldkan?? Sebab it's CURSE!! .. Kalau siapa yang pernah kena memang tau perasaan dia macam mana. Kau terpaksa keluar masuk tandas, yang keluar bukan ๐Ÿ’ฉ tapi semburan ✨✨ (bayangkan lah sendiri). Dalam masa yang sama bulan tu jatuh tepat (period๐Ÿ˜“) masa kau mula sakit ๐Ÿค’ itulah ujian aku pada masa tu.

Di saat matahari tegak di kepala, aku menyusuri jalan bertar, kami dimaklumkan berkumpul di auditorium, ada yang mengeluh sakit, ada juga yang bernasib baik, kami berduyun-duyun masuk auditorium.

Sampai sahaja "okey, korang boleh tolong kemas-kemas tak? Kutip sampah yang bersepah, sementara tunggu Encik Faizal,blaa blaa blaa" 
Ewahh ewahh ewahhh aku baru nak rest dah lah sakit perut ni masa tulah aku dah mula rasa lain macam tapi nak buat macam mana ek aku pun start lah pusing2 kutip sampah yang kecil2 je, yang angkat2 barang aku bagi kat lelaki semua.

Dah selesai semua aku pun rasa macam dah sakit kepala bagai dengan rasa senak, aku duduk jap. Datanglah Atikah (dia ni MPP) tanya aku okey ke tak, aku cakap sakit perut tapi aku boleh tahan,aku sanggup tunggu phone masa tu Encik Faizal tak sampai2 lagi.. Pastu lelama tu Atikah start risau dia paksa aku pergi bilik warden. Aku pun haaaa yelah yelahh aku pergi. Sampai bilik warden tu cakaplah yang aku pun terkena sakit perut, masa tu ada dua orang budak perempuan kena juga so aku duduk tunggu doktor.. 

Skip.
Doktor check tekanan nadi aku tinggi yang amat so dia suruh pergi klinik. Okey aku folow.
Aku balik dorm aku, buka baju kain semua hahahaha yelah kawad pakai baju kurung panas wooo, masa tu aku tak makan tengahhari langsung terus ke tandas ulang alik, ulang alik, penat. Pastu aku cari bantal peluk aku, aku nak tidur, aku tak boleh tidur.

Babamm!! Terasa hati aku dipanah petir, mata aku mula panas, hati aku betul-betul sedih, empangan aku pecah aku menangis semahu mahunya,

tiada sorang pun yang dengar, aku panggil mama aku, 
"maa.. Ana sakit perut maa,, sakit sangat maa, ana rindu mama,, " 
Sumpah aku rindu dengan mama aku, adik beradik aku, aku cuba tahan air mata aku, aku tarik nafas dalam2, aku pujuk hati aku sendiri, "bro, kau kena kuat bro!! Kau kuat bro! Aku tahu kau kuat" andddddd aku berjaya pujuk diri sendiri. Susah woi nak hadap benda ni sorang2 yess itu pengalaman aku sendiri. Mungkin ada yang lebih teruk orang lain pernah kena, kita tak tahu, jadi aku belajar erti bersyukur yang sebenar-benarnya.

Next location : Klinik Lanchang

Aku terketar-ketar masa tu, nasib baik ada maisarah. Dia lah kawan first aku masa tu. Kami kena buat ujian air kencing dan ujian darah haihh dah lah dua2 berdarah๐Ÿ˜‚ eippp shuuhh shuhh.. 
Doktor yang sama rawat aku.. " suhu awak makin tinggi ni, sampai terketar ketar awak ni masuk air eaah" aku pun angguk je lah ikut cakap doktor tu 
Haa ni yang part kelakar..
Masa aku kena masuk air tu en time mula2 tu aku kena tunggu kat kerusi,, ramai masa tu masuk air so takde tempat nak baring aku pun start lah borak2 dengan maisarah.. Nak tahu tak apa aku pikir masa tu?? Aku kena survive,, aku kena survive then aku paksa diri aku bercakap kalau tak bercakap memang aku takkan survive.. Aku tanya nama dia, aku tanya macam2 ah dan yang paling penting aku minta nombor dia.. Tu mesti penting buat masa tu.. 
Lama2 tu kami terpisah buat sementara. 

Lalu datang abang nurse ni check bottle drip aku "eah tak turun ke?" mula-mula dia jentik jentik je pastu dia tampar tampar tertariklah tiub "Aduh bangg sakit bangg"  "ha yeke soryy soryy dik ni haaa tak turun kejap yee" pastu dia gelak2 je sambil2 betulkan bottle drip aku,, aku pun sengih2 je lah,, haa yelahhh, abang nurse lagi satu tu gelak2 je,, pastu abang nurse yang satu lagi tu datang check ahh sudahh tersenyum senyum je dia pandang aku.. 

Okey sampailah habis 2 bottle drip datanglah doktor tu check. Dia ckap nadi aku still tinggi dia syorkan aku pergi hospital,, aku rasa sesak sikit,, kenapa aku kena pergi hospital?? Aku tanya kalau tak pergi boleh? Doktor tu pun "hmm boleh tapi apa2 risiko awak yang kena tanggung sendiri".. I can't say anything dan saat itu aku call mama aku ngadu aku kena pergi hospital bagai, saat tu aku redha apa yang nak jadi jadi lah, mama cakap "pergilah na, hmm", mama aku risau aku kat sini.. Aku pun haa tawakal jelahh.

"bang, ada orang request siren"
Ni no ni no ni no ni no~๐Ÿš‘ 

Hakhakhakkk nak tau siapa yang request siren? Nantikan dalam Dah Taubat Ke Belum?? part 2.. Eh salah Sakit Penghapus Dosa Part2.

Bye kalian๐Ÿ˜‚๐Ÿ–


4 comments:

  1. ni novel ke? cerpen ?
    i need to follow up...
    atie tulis jgkkk...

    https://zieyaweasley.blogspot.com/2017/11/novel-bab-1.html

    now dah bab 5 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tak tahulah novel ke cerpen๐Ÿ˜‚, saje je nak share pengalaman masa sakit tapi mungkin akan ada sambungannya

      Delete
  2. Pengalaman adalah guru kepada kehidupan

    ReplyDelete

Macehh sudi komen blog kitee!!

Future Of Life

Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...