Budak Gemuk Nak Lari Sejauh 31.8 KM???

Assalamulaikum dan hai๐Ÿ™‹

Aku nak bagitahu yang aku akan challenge diri lari sejauh 31.8KM dalam masa 20 hari, tiba-tiba suara sumbang kedengaran,

"who care kau nak lari bagai, kau tu sudahlah pemalas, gemuk pula tu, tak sampai 100 meter kau lari, pancit teruss"

Aku tergamam, eeeeeiiii aku panasss je dengar ๐Ÿ˜ก aku pun balas balik

"kau siapa nak puji-puji aku??!!"
"aku adalah suara hati kauuuu, HAHAAHA!!๐Ÿ˜ˆ"

Ahhhh persetankan itu semua, so guys sempena bulan kemerdekaan untuk tahun 2020 buat pertama kali dalam hidup aku nak running challenge yang dianjurkan oleh styloid, macam mana aku boleh terfikir nak join running challenge ni??

Sebelum aku nak balik ke ikbn bulan 9 nanti aku nak kurangkan berat badan sebab berat aku dah naik lepas raya haritu๐Ÿ˜‚ aku menggelabah kalut nak buat exercise tak buat langsung, mulut cakap nak buat tu buat ni tapi hati cakap malas dan asyik tergendala sampailah aku terjumpa satu status dalam facebook ni tentang virtual run ni, aku scroll kebawah jumpa lagi, dekat mana-mana still jumpa lagi, 

Ini dia aku jumpa kat facebook, banyak sebenarnya yang anjurkan, yang untuk berbasikal pun ada, kalau nak join daftar sekarang di sini

Dan pagi tadi aku bertuah sebab rajin datang tiba-tiba nak test larian, thank you rajin!! ๐Ÿ’• nanti datang lagi ye besok pagi, hehe. Dibawah ni aku tunjukkan jalan yang aku lalu pagi tadi.

1.65 KM nak lawan 31.8KM?? Doakan aku berjaya ๐Ÿ˜Œ

Mungkin lepas ni aku nak lari dari kampung aku ke kampung jeram dekat je dengan sempadan negeri sembilan ke pahang, belum cuba belum tahu.

kalau kau nak tahu berat aku selepas virtual running challenge, aku akan buat perbandingan sebelum dan selepas serta aku akan ceritakan proses semasa aku berlari selama 20 hari, jangan lupa folow dan kau boleh juga share tips-tips diet ataupun pengalaman yang kau pernah berjaya kurangkan berat badan di ruangan komen. 

Insyaallah aku pun boleh berjaya๐Ÿ‘


6 comments:

  1. all the best! lari elok2..kalau jatuh,bangun sendiri ya >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa, thanks cuya ๐Ÿ’•insyaallah๐Ÿ˜Š ni yang bortambah somangat nii nak lari hehee

      Delete
  2. good luck!! you can do it hehe

    ReplyDelete

Macehh sudi komen blog kitee!!

Future Of Life

Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...