Membongkarkan Rahsia Roti Kopi

Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹ 

Memandangkan semalam dan hari ini aku tolong kak long aku masak roti kopi, jadi aku cubalah minta izin kak long aku nak kongsikan resepi roti kopi dia ni, dia pun benarkan,aku pun startlah tolong dia masak, interview dia macam ala-ala pengacara Melodi, tanya tips bagai so inilah dia aku persembahkan Resepi Roti Kopi Kak Long, baiklah mari kita sediakan bahan-bahan roti kopi dulu, bahan-bahan boleh didapati di mana-mana kedai bakery yang berdekatan dekat dengan anda.


BAHAN UTAMA ROTI

๐Ÿ‘‰290 gram tepung roti
๐Ÿ‘‰35  gram margerin
๐Ÿ‘‰165 ml susu segar
๐Ÿ‘‰1 paket yis
๐Ÿ‘‰1 tea spoon bread improver
๐Ÿ‘‰1 biji telur
๐Ÿ‘‰Garam secukup rasa

CARA-CARANYA
๐Ÿ‘‰yis dicampurkan dengan susu (biarkan selama 5 - 10 minit)
๐Ÿ‘‰satukan semua bahan kecuali telur
๐Ÿ‘‰gaul sehingga sebati 
๐Ÿ‘‰masukkan adunan yis dan telur 

Pilih salah satu cara
๐Ÿ‘‰uli dengan mesin selama 10 minit /
๐Ÿ‘‰uli dengan tangan selama 20 minit

๐Ÿ‘‰perap selama 30 minit

BAHAN INTI ROTI
๐Ÿ‘‰buttercup (salted) dipotong dadu

CARA-CARA
๐Ÿ‘‰bahagikan doh roti kecil-kecil
๐Ÿ‘‰masukkan inti
๐Ÿ‘‰perap doh selama 30 minit



TOPPING
๐Ÿ‘‰ 50 gram mentega 
๐Ÿ‘‰ 40 gram gula aising (diayak)
๐Ÿ‘‰ 1 biji telur
๐Ÿ‘‰ 1 1/2 Sudu besar Nescafe 
๐Ÿ‘‰ 50 gram tepung serbaguna
  
CARA-CARANYA
๐Ÿ‘‰ pukul mentega dan gula aising sehingga kembang
๐Ÿ‘‰ masukkan telur dan campuran nescafe 
๐Ÿ‘‰ kacau sehingga sebati
๐Ÿ‘‰ masukkan tepung serbaguna 
๐Ÿ‘‰ selesai disebatikan masukkan di dalam piping beg


Buat lingkaran bulat di atas roti lalu bakar dengan suhu 150°c selama 20 minit. 

Simple je kan? Kalau tiba-tiba mengidam nak makan roti kopi tapi malas nak keluar pergi beli lagi-lagi sekarang ni kita kena jaga penjarakkan sosial haaa boleh lah cuba masak sendiri, nak rasa air tangan kita sendiri macam mana, hebat tak hebat kita masak๐Ÿ˜ค

Dan nanti aku akan share resepi roti garlic cheese yang telah pun viral, aku duduk di kawasan kampung, memang susah nak cari dekat mana-mana jadi kak long aku banyak kali buat eksperimen sampai perghh memang torbaikkk raso dia ๐Ÿ˜‹๐Ÿ‘๐Ÿ‘  

Jadi sambil makan roti kopi tu korang boleh enjoy baca ceritera aku disini:

๐Ÿ‘‰Mencari Hidup

Jangan lupa follow dan komen kalau dah cuba resepi ni๐Ÿ˜
 
Selamat Menjamu Selera!!










2 comments:

Macehh sudi komen blog kitee!!

Future Of Life

Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...