Resepi Roti Korea Viral!!!

Assalamualaikum dan hai🙋

Harini aku akan share resepi roti korea viral darpada kak long aku. Kalau nak tahu roti ni memang tak mudah didapati, nak dapatkan tu punyalah susah sampai kena pergi tempat jauh-jauh, tapi kampung aku bertuah sebab kak long aku satu-satunya yang jual roti korea ni, tak perlu nak menyusahkan diri nak pergi tempat jauh-jauh. Sebelum aku persembahkan resepi sediakan bahan-bahan dulu, bahan ini boleh didapati di kedai bakery yang berdekatan. Jom kita mulakan,

BAHAN UTAMA ROTI
👉290 gram tepung roti 
👉35 gram margerin
👉165 ml susu segar
👉1 paket yis
👉1 sudu teh bread improver
👉1 biji telur
👉garam secukup rasa

CARA-CARANYA
👉yis dicampurkan dengan susu (biarkan selama 5-10 minit)
👉satukan semua bahan kecuali telur
👉gaul sehingga sebati 
👉masukkan adunan yis dan telur 

Pilih salah satu cara
👉uli dengan mesin selama 10 minit/
👉uli dengan tangan selama 20 minit

👉perap selama 30 minit
👉sapukan minyak pada loyang 
👉doh dibahagikan kepada bahagian kecil dan dibentukkan bulat
👉perap kembali selama 30 minit
👉bakar suhu 170° selama 20 minit


FILLING CREAM CHEESE 
👉452 gram cream cheese
👉60 gram gula
👉60 ml heavy cream

SOS GARLIC
👉260 gram mentega (dicairkan)
👉2 labu bawang putih (dicincang halus)
👉60 gram  (3 Sudu besar) susu pekat
👉40 gram (2 Sudu besar) madu
👉6 gram (2 Sudu besar) parsley
👉2 biji telur

CARA-CARANYA
👉 belah roti kepada 4 bahagian tapi jangan sampai dibelah habis
👉masukkan cream cheese yang dipukul ke dalam piping bag dan pipingkan ke atas roti yang dibelah
👉celupkan roti ke dalam sos garlic
👉bakar 165° selama 10-15 minit

Senang bukan? Sedap bila makan waktu petang, santai-santai bersama keluarga tersayang, tak perlu nak beratur panjang dekat kedai, kita buat sendiri baru puas hati nak makan banyak-banyak, 

Kalau korang dah cuba resepi roti korea ni boleh juga cuba roti kopi yang aku dah share haritu klik je dekat sini. Lepas ni aku akan share resepi jeng jeng jeng kalau nak tahu jangan lupa folow dan komen kalau dah cuba resepi ni.

Ouh lupa, orang juga panggil roti korea ni sebagai roti K-POP???!!

Ehhhhh kita gurau sahaja😂 




4 comments:

Macehh sudi komen blog kitee!!

2024

Assalamualaikum, Wahai diri, Sudah 2 tahun berlalu, aku masih berjuang sendiri, dengan 3 orang kesayangan ku yang telah Tuhanku ambil semula...