Kosong

 Setelah lama aku sudah tidak melakukan perkara yang aku suka, jiwa aku kosong, semakin lama semakin tertekan dengan diri sendiri.

Sekarang aku mencari cari mana diri aku yang dulu, mana yang perlu dielakkan, mana yang aku patut buat, kadang aku fobia dengan keputusan sendiri, hendak luah takut melukakan perasaan orang lain.

Mungkin aku tidak sesuai didunia yang dia ciptakan untuk aku, aku selesa dengan dunia dan cara aku sendiri, kadang rasa seperti pak turut ikut saja arah telunjuk dia supaya rasa bahagia. Tak, aku tak nak!

Dalam marah aku pukul kepala aku sendiri, mendiamkan diri dalam keadaan yang terasing,indah kalau nyawa meninggalkan badan tapi aku takut mengambil nyawa sendiri, takut dengan dosa sendiri.

Masih dengan sifat tidak mahu menerima. Semakin lama jiwa aku pudar, tiada keseronokan dalam hidup, setiap hari perkara yang sama berulang ulang hingga kepala aku lali dengan dia.

Aku takut perkara yang sama berulang. Hubungan sekeliling menjadi tawar. Hanya perlu pulang ke tempat asal. Itu saja. Aku perlukan mereka yang memahami aku dari kecil. Aku mahu pulang.

2024

Assalamualaikum, Wahai diri, Sudah 2 tahun berlalu, aku masih berjuang sendiri, dengan 3 orang kesayangan ku yang telah Tuhanku ambil semula...