Digital Arts Giveaway


Anda suka sekiranya gambar anda dilukis dan menjadi digital?
Tak tahu mana nak cari orang untuk lukis?
Nah...jom order dengan cik Cuya kita.
Harga serendah RM6 sahaja untuk seorang!


Goodluck semua yang join!!

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

 Assalamualaikum and heyya guys๐Ÿ™‹ 

Bismillah, saya join ya๐Ÿ˜ 

walaupun malam ni hampir nak tutup event ni maklumlah dah lama tak berblog walking. Sambil bersegmen bolehlah menambah kawan-kawan blogger baru nanti. 

Goodluck!



Bumblebee??

 Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

Waktu-waktu cuti sem ni memang busy dengan family jadi agak bersawang blog aku ni, 

Hmm, nak tahu tak? Aku adalah orang yang paling lambat balik dalam blok wanita tu, aku nak ceritakan tapi eheks nanti kita buka topik lain.

Adalah kereta ni nak cat kaler golden yellow, Tuan punya kereta nak buat cat dalam dan luar side kereta jadi kawan aku sorang ni join lah bantu tuan punya kereta, aku pun nak tolong sebab macam best je daripada tiada kerja en.

Jadi aku tunjukkan hasil yang adalah aku tolong sikit-sikit buat pengalaman dekat bawah.

Sebelum proses mengecat ni sebenarnya ada proses yang paling penting sekali iaitu proses membaiki kecacatan yang ada dekat badan kereta, ini ambil masa yang sangat lama kalau kereta tu teruk lah macam eksiden habis kemek sana sini jadi kenalah repair body dulu. 

Jadi kat bawah ni step lepas preparation dah siap semua, kereta akan dispray dengan epoxy primer. Kegunaan dia untuk tengok sama ada masih lagi ada kecacatan atau tidak dan nak dapatkan kaler yang tepat.

Mesti tak faham kan? Aku bagi contoh lah kalau besi kaler hitam nak cat kaler kuning macam bumblebee mesti jadi kaler lain en? Jadi kita kena cat putih dulu baru kaler kuning. Gituu.. 











Bawah ni kita main bancuh cat ala-ala teh tarik sikitt ๐Ÿ˜‚



 
Kereta dispray lapis demi lapis sampailah kaler tu menjadi ianya perlukan kesabaran






Proses akhir aku tak ikut sebab dah diberi ke orang lain. Perjalananku jadi agak kurang menarik tapi takpelah banyak lagi masa kita ada nak belajar. 





That its. Gambar kereta 100% siap aku terlupa nak ambil. Tehee.. Apelah aku ni. Maaf ye kawan-kawan pengumpulan bahan bahan tak lengkap jadi setakat ini saja.

Nak kata bumblebee tak lah jugak kaler sebenarnya colour special Golden Yellow. Tapi cantik, tuan punya kereta pun puas hati buat kereta sendiri, everything dia buat sendiri, aku sendiri tabik dengan Encik Shahlan tuan kereta ni, sebab dia cabut semua enjin, kerusi and wayar semua then dah siap pasang sendiri semua sekali, aku tolong tengok je kat tepi sebab masa tu aku bermasalah dengan emosi.

Pelbagai perkara yang aku fikir dan meresahkan hati tapi alhamdulillah balik rumah ni aku terlupa masalah di IKTBN hahahaha gile happy dapat balik rumah jumpa family. 

Okey last aku nak promote video untuk khursus semburan cat di IKTBN TEMERLOH, jadi sesiapa saja boleh walk in atau mohon di ekampus, walaupun aku seorang je pelajar perempuan di situ tapi aku seronok belajar even ramai yang tanya

 "eh tak penat ke ambil course ni? Taknak tukar course lain?" 

Yah, soalan psikologi bagi sesiapa saja yang baru nak start. 

Penat weh penat, tapi aku seronok dan dah selesa dengan keberadaan aku disitu tapi jangan mudah lupa tujuan apa kau disitu. Itu saja. Sekian. 





Pst.. Video ni saje-saje dibuat๐Ÿ˜‚ model dia aku dan classmate aku sendiri dan pengajar Encik Zaki. Dia ada youtube, korang boleh lawati MZaki Channel untuk video menarik. Thank you๐Ÿ˜

Perjalanan Lasak

 


Tempat: Bukit Woh atau dikenali sebagai lata pacat di Lanchang, Pahang

Assalamualaikum dan hai ๐Ÿ™‹

Lama dah tidak update blog ni, fuhh setelah lama menyepi sibuk dengan tanggungjawab pelajar, hari ini aku nak luangkan sedikit masa update blog tentang aktiviti yang baru saja aku jalani iaitu perjalanan lasak. Gasakk tak tahu lah aku bantai saja ikut program ni.

Jadi aku nak kongsikan secara kasar dengan gambar di bawah ni.




Ha yang ni kawan-kawan aku seronok bermandi manda 


Cantikkan bergambar dekat sini


Sebelum mandi kami semua kena bergotong royong dulu




This one special sebab kami diajar cara survival jadi dapatlah aku main repelling (kut ejaan dia) 




Air terjun ni ada 4 tingkat tau dan tempat ni agak tersembunyi dan tak banyak orang tahu jadi kalau nak cuba hiking tempat ni boleh lah datang tapi sebelum tu kena cari info dulu sebab pengajar saya cakap kena minta izin orang kampung dulu sebelum masuk ke tempat ni.

next time ada masa aku berceritera lagi. Semoga sahabat blogger sihat sihat belaka.๐Ÿ˜ 

Kasut Terbang

 Assalamualaikum dan hai ๐Ÿ™‹

Huuuuu dah lama tak update blog ni, asyik tertangguh je bila nak menulis ni sebab asyik putus idea nak cerita apa yang menarik. 

Semakin hari semakin sibuk dengar tanggungjawab pelajar jadi hari ini aku luangkan masa sikit untuk  blog tercintaa aku ni, 

Hmm ini pengalaman aku yang agak memalukan tapi kelakar lah, kiranya ini tak pernah lagi dialami oleh orang lain, mungkin sesetengah yang pernah alami pengalaman kasut sendiri terbang ke langit tujuh dan disaksikan oleh orang ramai ๐Ÿ˜‚

Waktu itu umurku baru tingkatan 1 atau 2 (aku tak ingat), pagi rabu ada kuiz sempena bulan kemerdekaan, cikgu panitia sejarah anjurkan pertandingan kuiz di tapak perhimpunan, soalan ni paling aku ingat 

"apakah warna payung diraja?"

Aku masa tu suka tanggalkan kasut letak tepi jadi masa nak jawab tu aku terus cepat-cepat bangun nak jawab pakai kasut pun ala kadar, masa tengah jalan, piiuuuuuuu sebelah kasut aku tercampak tinggi and paaapp tepat jatuh ke tepi budak-budak lelaki,




Semua yang ada kat tapak perhimpunan tu tergelak besar dengan cikgu-cikgu sekali tergelak tak habis-habis, aku jalan sambil tersipu sipu malu ambil kasut aku terus pergi depan pentas tu, terus pakai kasut kat situ, cikgu Azman yang tengah pegang microfon terkekeh- kekeh. 

Muka aku dah malu gila kat depan situ "cikguu,, janganlah gelakk" 

Setelah reda cikgu bagi aku jawab, jawapan dia kuning. Nasiblah, dapat hadiah itu pun cikgu bagi dengan tersenyum sambil geleng kepala. Cepat-cepat aku balik ke tempat aku semula.

serius ini agak memalukan dan bila aku teringat balik kejadian tu, aku sengih sendiri, lawak, serius lawak๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ satu sekolah tengok kasut aku terbang. Tapi itu lah buat aku femes sekejap๐Ÿ˜‚ 

Hehe rindunya zaman sekolah dulu. Zaman nakal sekali seumur hidup je dapat lalui dan hari ini aku kena terus berjalan dan mencipta memori terindah di sini. Walaupun sahabat kini sedang mamasuki alam bekerja dan aku masih tertatih belajar aku berharap aku juga boleh jadi seorang dewasa yang berkerjaya suatu hari nanti.

Next time kalau ada masa, aku share tips tentang kereta atau apa apa saja yang berguna dekat korang nanti. 

Jumpa lagi. 


Tuah Dan Terima Kasih

 Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹ 

Tanpa disangka-sangka aku telah pun terpilih sebagai pemenang bertuah untuk 9.9 Giveaway by Abam Kie.




Alhamdulillah, semoga rezeki Abam Kie makin melimpah ruah. Tahniah juga buat pemenang yang lain iaitu:

1. http://www.aimisyahirah.com/2020/09/99-giveaway-by-abam-ki.html 

2. http://www.zianaeunos.com/2020/09/99-giveaway-by-abam-kie.html 

3. https://www.nieylanadia.com/2020/09/99-giveaway-by-abam-kie.html 

4. https://belognoordiana.blogspot.com/2020/09/99-giveaway-by-abam-kie.html




Masa nak claim hadiah GA ni boleh pula tersalah nombor aiyaaa segan pula saya adehhh gembira sangat sampai tersalah taip nombornya. 

Dan buat yang tidak dapat aku doakan semoga rezeki mereka juga dilimpahkan, aminn.. Mama aku selalu cakap, jangan risau rezeki kita ada yang penting solat dan doa minta je apa yang kita nak, mesti dapat. Semoga dipermudahkan untuk semua.


Sesat???

 Assalamualaikum dan hai ๐Ÿ™‹ 

Sudah seminggu aku berada di IKTBN aku masih tak berkesempatan untuk tulis blog aku ni, besok hari minggu so dapatlah aku luangkan masa untuk coretan. Walaupun hari ini penat dengan gotong royong, den totap nak cito pasal den tersesat dalam IKTBN. 

Kejadian ni aku teringat sebab agak menggelikan hati sedikit, aku tak tahu jalan pintu keluar sebab nak jumpa mama aku. Masa tu aku baru lepas keluar hospital dalam beberapa hari lepas tu mama aku nak datang melawat aku, mama aku jemput adik dari pulau pinang nak singgah sekejap ke pahang, jenguk aku yang sakit nii, kalau kau tak tahu kejadian tu boleh baca dekat sini

Masa mama aku sampai kat bawah, aku bersusah payah turun ke bawah dari tingkat 3 keluar cari jalan dan aku pergilah tempat yang mungkin ada jalan keluar tapi apa yang aku nampak depan aku adalah padang bola. Aku stop tepi jalan di tengah panas, aku pandang belakang, aku jadi tak yakin dan keliru di mana jalan utama keluar masuk ikbn. 

"gruuu gruuu gruu"

Perut bunyi bunyi adehhh, ini sebab cirit birit punya pasal aku pun tahankan ajelah. Aku tak tahu nak buat apa. Aku duduk cangkung, tahan sakit perut sambil buka apps maps cari jalan keluar๐Ÿ˜‚ 




aku buntu sangat tak tahu nak buat apa masa tu, orang sakit tak boleh berfikir dengan betul masa tu jadi cara yang keluar search dekat apps maps, aku masih lagi terkial kial cari mana jalan keluar, mana jalan keluar niiii?!!! Tak jumpa. Tengah panas tu aku rasa macam nak nangis, wuuuu sumpah sedih cari jalan tak jumpa.

Tiba-tiba aku terdengar seseorang panggil nama aku, aku pusing belakang, aku gembira yang panggil aku tu kakak aku Alang, cepat-cepat aku bangun terus berjalan laju ke arah Alang, dia tanya aku buat apa duduk cangkung kat tengah panas, aku pun ceritalah cari jalan keluar, dia gelak ingatkan aku main dengan kucing sebab lama sangat.

Aku ikut je belakang Alang tak nak berpisah,

 "ehh dekat je kena belok kiri baru jumpa jalan keluar" 

Betapa malunya aku tak jumpa jalan keluar walaupun selalu juga jalan dekat situ tapi entah lah macam mana boleh tak ingat mungkin aku tak familliar lagi dengan semua jalan. But now sejak aku berjogging keliling IKTBN fuhhh bangga dah tahu nombor setiap bengkel.

Myahahaa itulah kejadian yang agak Menggelikan hati sikit sampai sekarang tengiang-ngiang dalam kepala aku. Kenapa aku boleh terfikir nak cari jalan keluar pakai apps maps ngehh

Setakat sini saja coretan pada malam ini, aku nak beradu, mata pun sudah berat,

Jumpa lagi nanti๐Ÿ™†

Selamat Tinggal Kesayangan

 Haahhhhh

aku mengeluh besok pagi dah nak balik ke iktbn, rasa berat nak pergi tapi aku terpaksa pergi untuk capai cita cita yang tidak tercipta lagi.

Aku tinggalkan gitar aku, sedihh, malam hujung minggu aku nak lepak macam mana lah,, selalunya aku lepak dekat tepi tangga sambil menggembirakan hati aku sendirian, itu sahaja yang bisa mengisi rasa kekosongan.

6 bulan aku cuti duduk rumah tak terasa lamanya, aku akan rindu segalanya dekat sini, aku kena tahan, aku kena kuat, hati tetapkan tujuan mu yang dah lama terbengkalai.

Ahh sedih nak tinggalkan keluarga aku tapi aku kena pergii arghhhh!!! Hahaha aduyai,

I need to go!! 

Assalamualaikum dan selamat tinggal kesayangan.




Resepi Kek Asam Manis

 Assalamualaikum dan hai ๐Ÿ™‹

Harini aku nak share resepi kek asam manis pula, sebabnya ni kek favourite aku, time kecik dulu mama aku suka buat pelbagai jenis kek, kalau nak bawa bekal ke sekolah sanggup simpan dulu nak kasi share dengan kawan-kawan dekat kantin, kadang janji dengan kawan semua bawa bekal lepas tu kongsi ramai-ramai, fuhhh memori terindahh zaman sekolah rendah dulu.




BAHAN-BAHAN


Bahan A

500 gram planta

300 gram susu pekat

Bahan B

10 biji telur

1 sudu ovelet

100 gram gula kastor 

1 sudu esen vanila


300 gram biskut merry (dihancurkan)

5-10 paket asam manis


CARA-CARANYA

1. Pukul bahan A dan bahan B

2. Campurkan bahan A dan B dengan biskut merry yang dah dihancurkan 

3. Masukkan beberapa asam manis ikut suka hati 

4. Kukus selama 30-40 minit


Senang je kan, tak tahulah masih ada lagi ke orang suka makan kek asam manis ni, Tapi kalau korang nak rasa kek ni bolehlah cuba resepi mama kite ni. 

selamat menjamu selera!!



Special September Giveaway By Misha

 


Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

September tinggal lagi seminggu, 

buat apa tertunggu-tunggu,

Pilihan yang berkenan di hati nombor satu,

Ajumm kita serbuuu!!


Kekeke pantun apakah iniii!! 

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM


Assalamualaikum dan hai ๐Ÿ™‹

Mari rapat rapat kita meriahkan segmen bloglist tiarasaphire.com, alang-alang tu boleh lah menambah rakan baru blog kite ni.

Syaratnya cukup mudah, kalau nak tahu klik banner di atas.


Result Challenge

 Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

Hohoho aku tak tahulah nak share ke tidak tapi tetap nak share juga apa yang aku rasa, Akhirnya setelah beberapa minggu melaksanakan challenge army run ni aku dapat habiskan larian sebanyak 31.8KM.


Firstime aku join ni, lepas ni tak join dah sebab aku akan kembali ke iktbn semula pada 28 September. Tapi aku tetap akan teruskan larian nanti disana sebab dah jadi rutin harian aku.

Apa yang aku rasa masa lari hmm mestilah penat tapi aku rasa seronok bila ada teman, time seorang aku akan banyak berfikir dan bercakap sendirian, apa yang aku ngomelkan pun ntah pape yang keluar dari mulut aku ni, kadang sambil dengar lagu tu ade je makcik yang tengah siram pokok bunga ajak borak, "sorang je ke?"

Dengan termengah mengah, dengan hidung kembang kempis " iye makcik, sorang je" sambil sengih dan teruskan larian. Aku ni jenis yang susah sikit nak ajak borak, kalau aku ajak borak takpa๐Ÿ˜‚

Setakat ni tak pernah lagi dikejar anjing walaupun banyak juga terserempak dengan diorang adehh gerun je time lalu dekat dengan rumah yang ada bela anjing ni. Bila anjing tu menyalak je dah luruh jantung aku, terhenti larian takut anjing kejar.


Ni baju dan medal yg aku dapat, cantik en? Aku minat baju macam ni sebab dulu cita cita aku nak jadi askar.. Disebabkan aku rabun hmm tak dapat tapi mungkin ada peluang bila ambil jurusan semburan cat ni. Mungkin. 

Berat hmm tak turun tak naik๐Ÿ˜‚ mama aku masak sedap tak boleh aku nak jaga,lagipun dah nak balik ke iktbn ni so aku makan supaya dapat tahan kempunan aku nanti, korang mesti tahu rasanya kan bila dah stay jauh en makan pun macam ada yang kurang, selera makan pun kurang, asyik teringat masakan mak sendiri. Kat sana aku em susah, makan hanya untuk tenaga je๐Ÿ˜‚ dah macam pergi sekolah pagi dengan petang je rasanya. 



Last taknak cakap apa dah, just peace no war ๐Ÿ˜‚✌

Tanah Dan Langit

 Aku suka pandang atas sebab ada langit, ada awan, ada cahaya dibalik daun-daun hijau.

Kadang orang pelik "kenapa dia jalan pandang atas? Kenapa tak pandang ke depan?", aku diam terus berjalan sambil meneruskan pandangan aku seorang walaupun sedikit kabur.

Itulah kehidupan baru aku disuatu tempat seorang diri.

Bila aku berlari, mata aku tepat memandang tanah hanya seketika saat aku pandang ke depan mencongak berapa lama sampai ke destinasi, dan terus memandang tanah lagi.

Disaat  berbicara juga mata ku tidak pernah tetap memandang ke depan kadang kebawah hanya seketika sahaja ke anak mata seseorang itu hanya untuk kepentingan namun hati aku cukup lemah untuk berlama lama dalam keadaan itu.

Itu kekurangan aku.

Namun aku tetap bangga dengan aku walaupun pelik dimata orang tapi itu adalah aku, jika sikap pandangan ku buat bumi terbelah dua baru aku ubah untuk keselamatan penduduk bumi. 

Yang jernih ambil, yang keruh buangkan.

Jadi diri sendiri.


 (langit kampung aku)

9.9 Giveaway By Abam Kie

 


Assalamulaikum dan hai๐Ÿ™‹

Harini kita join giveaway pulak dari rakan blog baru Abam Kie kita ni.. Selamat bertuahh semua yang join!! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Lovely Fellow's @aienienka

 


Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

Ajumm kita bersegmen!! Nak join klik je atas ni. Thank you!

Aku Dan Gitar

 Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

Ada siapa-siapa minat tengok orang main gitar tak?  

Ada.

Siapa?

Akulah.

Aku pun tak tahu kenapa aku minat gila dulu dengan gitar sampai sanggup balik lambat lepas kelas malam semata-mata nak tengok member main gitar tuptup akak aku datang panggil balik ayoo kena marah.

Nampak tak betapa obsesnya aku dengan gitar. Tapi aku tidaklah terlampau obses cuma aku suka tengok orang petik.

Sebelum aku dapat gitar sendiri, aku belajar sendiri dengan gitar kawan aku.


 

Masa tu perkhemahan PBSM, waktu aku form 5 of course automotik jadi urusetia, that time my role not too important, walaupun membantu tapi tidak diperlukan ๐Ÿ˜‚

Sedih juga tapi takpe masa tu masih dikelilingi best friend forever yang kini sudah membawa haluan kehidupan. Nikmat spent time dengan diorang tu sangat aku hargai dan aku amat merinduinya.

Okey sambung balik,
Lagu pertama yang aku belajar adalah sakit hati by setia band. Terima kasih buat pakcik google yang ajar aku. Walaupun masih terkial kial tapi alhamdulillah adalah bunyi lagu tu sikit-sikit๐Ÿ˜‚

"dari tadi awak petik gitar tu tiada bunyi pun, cuba awak petik kuat sikit"

Masa tengah cuba-cuba belajar tu adalah cikgu tegur, aisehhh orang baru belajar  memey ler petik macam tak petik je hahahaha ku malu sungguh. 
 
Dan ada juga pemberi semangat dan keyakinan buat aku untuk teruskan, hanya dengan 2 hari sahaja aku berjaya mainkan sekerat lagu yang senang.

Lepas tu berpisahlah aku dan gitar. Dan puaskah hati aku ni??

Tidak tapi cukup, aku simpan dulu lepas SPM baru aku beli.

Lepas sahaja habis peperiksaan SPM aku pujuk mama aku izinkan aku beli gitar.. Horeyy dapat pun kalau dulu mama aku tak bagi tau gara-gara aku balik lambat balik dari kelas malam dulu, tehee๐Ÿ˜œ  biasalah zaman budak dulu nakal.

walaupun nyanyian aku tak sesedap mana pun tapi aku suka suara aku sendiri tak tahu kenapa๐Ÿ˜‚ hehehe yes dengan nyanyian dengan gitar aku seronok dan aku masih lagi belajar.  Then aku nak korang dengarlah sikit hobi aku dekat bawah ni... 




Hope korang enjoy Kejora Ku Bersatu cover by Me.


Kamu Cover By Me

 Assalamulaikum dan hai๐Ÿ™‹


Dah lama tak update blog ni sebab tiada idea nak hias macam mana blog ni so aku nak letak video aku menyanyi, walaupun suara macam katak panggil hujan aku tetap nak nyanyi juga muahaha

Aku nyanyi dekat apps smule then aku edit edit sampai jadi video, aku tak tahu cara nak letak terus jadi lagu so aku letak video jelah.


Lirik Lagu Kamu – Aiman Mamat

Menunggu hari-hari indah datang kembali
Berharap ada kekuatan untuk terus berdiri
Di sini ku lagi pada malam ini
Kan ku nyanyikan lagu ku

Hanya dikau yang ku mahu
Hanya dikau ku perlu
Sempurna hidup ku bila kau ada
Dalam hati ku hanyalah

Kamu
Kamu
Kamu ada di dalam hati ku
Kan ku nyanyikan lagu ku

Takkan ku ucapkan selamat tinggal kepada mu
Kerna ku tahu kau pasti ada bersama ku
Disini ku lagi saat semua pergi
Hanya kau ada menanti
Hanyalah diri mu

Hanya dikau yang ku mahu
Hanya dikau ku perlu
Sempurna hidup ku bila kau ada
Dalam hati ku hanyalah diri mu selamanya

Kamu
Kamu
Kamu ada di dalam hati ku
Kan ku nyanyikan lagu ku
Hanyalah untuk mu

Kamu
Kamu
Kamu ada di dalam hati ku
Kan ku nyanyikan lagu ku
Hanyalah untuk mu
Hanyalah untuk mu
Hanyalah untuk mu


Hope korang enjoy walaupun tak sedap๐Ÿ˜‚๐Ÿค˜

Sakit

Sakit, sangat sakit,
Aku tak tahu kenapa aku tidak bisa terima,
Aku tak boleh berbuat apa-apa,
Aku hanya mampu berdiam diri,
Sambil hati aku dihentak pilu oleh kata-kata kau,
Sedang kau mengecapi bahagia,
Kau kian menjadi buta,


Walaupun darah kita sama, 
Kau menggores hati tanpa kau sedari,
Dulu kau lain,
Sekarang kau berubah,
Semakin renggang semakin sakit,
Aku harap kau sedar sakit aku rasakan ini.


0043


MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!

Assalamualaikum dan hai,

Wuuu,, tak lama lagi sambutan hari kemerdekaan yang ke 63, cuti-cuti ni dapat buat apa je, kalau dekat iktbn mesti dah sibuk dengan program tapi lambat lagilah nak balik semula ke sana.

Pkpp pula dilanjutkan sampai 31 Disember ๐Ÿ˜ถ
Harap-haraplah malaysia boleh pulih sepenuhnya dari penyakit Covid-19.

Oh sebenarnya aku ada masuk pertandingan melakarkan poster tema MALAYSIA PRIHATIN, aku tak tahulah macam mana aku boleh terjebak dengan pertandingan yang ala-ala budak sekolah sikit tapi seronok juga luangkan masa dengan adik beradik, duduk santai atas lantai, bising kemanakah pensil colour dia ni, dia itu, hahaha bila lagikan nak jadi budak-budak semula dengan diorang. So aku hargai masa tu dengan terciptalah poster yang tak seberapa sangat aku buat,


aku rasa macam lawa mula-mula, tapi bila dah siap...

Aku tepuk dahi "macam mana lah merah pekat jadi merah hati ni ๐Ÿ˜‚" mungkin sebab warna background, heishh aku pun tak tahulah, aku budak kelas seni yang tak berapa nak seni dah sekarang ni, adehh 3 tahun dah tinggalkan sekolah, harini terasa sekejapnya waktu itu berlalu. Tetiba rindu zaman form 1 sampai lah form 5๐Ÿ˜ฃ 

Okey stop.


This one my big sister make it.

My little sister make this one,

And last my little brother make this, aku sebenarnya yang lukis dia tukang warna, mula-mula tu dia pernah fed up tau buat poster sampai mengajuk, anak bongsu memang, aku lah yang tolong buat lakaran dia hahaa 

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN buat semua Rakyat Malaysia, dan aku nak pesan janganlah cari isu dekat kaum lain yang boleh merosakkan hubungan perkauman, please stop it๐Ÿ™๐Ÿ™  

Contohnya, kau cari pasal kenapa orang melayu pakai sari lebih cantik dari kau,, deyy kawan aku india pakai baju kurung lagi cantik tau dari orang melayu, tak perlu pun nak pertikaikan kenapa blaa blaa blaahh, haa dah kena kecam dengan netizen barulah menyesal sudah terhantuk, barulah nak tergadah, kena kutuk barulah nak mengalah, eheks tertambah pantun pula.

Yang sakit diri sendiri, please lah awak awak semua ya, Jaga hubungan yang dah lama dikukuhkan dan jangan lupa senyum tak perlu kata apa apa, senyum ๐Ÿ˜

Chilindo, Boleh Dipercayai Ke?

Assalamulaikum dan hai๐Ÿ™‹

Harini aku nak share tentang apa yang aku beli dekat chilindo. Aku tak cadangkan 100% kalau kau nak beli dekat chilindo ni sebab apa yang aku dapat tahu ramai yang tak puas hati dengan servis diorang ni. Tapi bagi aku boleh bagi 7/10 sebabnya nanti aku terangkan dekat bawah.

Chilindo ni syarikat daripada Thailand dan sudah ada cawangan di Malaysia, cara jualan diorang melalui bida bermula dengan harga 10 sen je, memanglah murah tapi kita kena berlawan dengan pembeli yang lain sampai berpuluh puluh ringgit naik itulah yang buat ramai orang tertarik nak beli dekat chilindo walaupun ramai yang complain tapi masih lagi ada orang cuba nak beli macam aku

Bagi aku beli dekat chilindo ni ada keuntungan dan kerugian. Keuntungan dia produk yang kita nak beli ni tak ramai orang bida kita akan dapat harga yang sangat lah termurah, kerugian dia kalau dah beli barang tapi barang tak sampai dekat kita ataupun barang rosak, kita akan rasa sangat sangat menyesal.

Minggu lepas aku ternampak iklan dekat facebook tentang jualan chilindo. 
Aku pun mulalah tengok barang-barang yang ada dekat chilindo, aku pun berminat dekat sport camera,boleh lah aku letak kat basikal aku nanti. Sport camera yang aku bida ni daripada 10 sen sampailah jadi RM21 barulah  dapat, cara penghantaran diorang menggunakan DHL eCommerce.

Aku start beli 20 August, barang sampai 24 august. Kotak okey cuma adalah terkoyak sikit mungkin tercucuk something.

Yeay, dapat earphone free, mungkin takde orang nak beli earphone sebab tu dia bagi free je.


Semua peralatan lengkap, tiada kerosakan seperti yang orang cakapkan. Aku dah pasang semua lepas tu aku check camera dia fuhhh hd sangat gambar dia.

Hehee tipu je, biasa-biasa je camera dia. Camera android aku lebih cantik dari yang ni.
Harga mur-mur takkanlah nak dapat yang ori semestinya dapat yang cikai je.

Tinggal nak beli memori dan letak dekat basikal je, jadi pendapat aku ia tidak lah seteruk yang orang cakapkan, mungkin masih ramai orang yang beli sebab servis diorang okey tapi yang orang tak puas hati cakap chilindo ni tak bagus, aku pun tak tahulah, senang cerita tak payah langsung beli online, ambil kunci kereta pergi beli terus kat kedai haa kan senang.

Akhir pesanan aku, nak beli sesuatu jadilah pembeli yang bijak, siasat dulu macam mana diorang punya servis, kalau rasa was-was jangan beli, Jangan tengok dan jangan lupa folow aku๐Ÿ™‹. 


Hantu Atau Sleep Paralysis???

Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

Harini aku nak share sesuatu yang agak paranormal sikit, jadi siapa yang tak takut sahaja boleh baca, aku ulang semula yang TAK TAKUT sahaja, kalau takut haaa nak tidur baca doa dulu ye.

Tajuknya HANTU ATAU SLEEP PARALYSIS??
Hantu? Yes mungkin ada, kalau tiada mungkin sleep paralysis tapi bagi aku dua-dua sama cuma berbeza dari segi agama dan sains. 


Kisah ni bermula selepas sahaja aku balik dari hospital pada waktu tengah malam, aku balik ke dorm dan terus melemparkan tubuh aku ke atas katil, penat, sangat penat, lalu aku terus tertidur, aku tak mandi langsung satu haritu. 
Aku diberi cuti 2 hari sahaja, aku langsung tidak keluar bilik, hanya toilet sahaja tempat yang sering aku pergi (sakit aku masih tidak sembuh) aku hanya makan ubat dan biskut oat untuk aku bertahan selama 2 hari itu.

Selepas itu datanglah senior yang baik hati melawat aku, aku rasa sangat lega masih lagi orang walaupun tidak aku kenali peduli tentang aku, jadi salah seorang tanya "awak duduk seorang je ke?" aku pun iyakan memang selama aku sakit tidur aku keseorangan. 

"ish, kalau macam tu malam ni awak tidur kat bilik kitaorang jelah, tak elok tidur seorang" 
Aku sangat bersyukur diorang ajak tidur sama-sama, jadi aku bawa barang yang diperlukan sahaja dan tinggal satu malam dekat bilik yang bernombor 204 tingkat 2. Selama ni aku hanya tidur di tingkat bawah sahaja jadi suasana agak baru, ada senior-senior yang sangat kecoh pada malam tu, kami pun berkenal kenalan.

Masuklah waktu aku tidur, malam itu aku bermimpi satu lembaga rentung hitam legam menarik aku keluar dari bilik itu.

Kaki aku ditarik dari pintu keluar sehingga ke tandas, aku tidak dapat barbuat apa-apa aku hanya dapat melihat mereka yang tersengih sengih. Aku cuba bangun tapi aku tak dapat bangun, aku cuba istifar lidah aku langsung terkaku aku hanya dapat sebut kalimah ALLAH itu pun tersekat-sekat akhirnya aku dapat buka mata aku tapi keadaan semua gelap mula-mula dan yang aku nampak adalah satu lembaga gelap besar dan tinggi di depan aku, masa tu aku tak tahu nak buat apa dan aku tidak mampu untuk gerakkan badan, aku hanya memandang sahaja dia dan kawan-kawannya,aku pandang dia, dia dengan kawan-kawannya pandang aku.
(dah macam lawan mata pula time tu)

Lama-lama bayangan lembaga itu semakin menghilang dan berubah menjadi sehelai baju yang digantung ditepi loker. Fuhh masa tu aku rasa sangat sangat tak best, kenapa mereka ganggu aku dan baru aku teringat, aku masih lagi tidak bersih, jadi aku teruskan sambung tidur bila mata aku dipejamkan untuk seketika masih lagi ada yang mencuba. Aku rasa sangat berat dan susah untuk buka mata dan kali kedua tu juga aku berjaya lepaskan diri. Aku bangun dan terduduk memandang sekeliling sambil beristighfar, semua senior tidur lena hanya aku seorang sahaja tersedar lantas aku buka surah yassin cuba tenangkan diri aku tidak lama lepas tu aku cuba untuk tidur kembali dalam keadaan mengiring ke kanan aku terdengar....

"psstt, psstt, kau nak maggie?" *gelak gelak

Aku tersentak, aku pusing ke belakang, gelap, bunyinya datang dari bawah katil sebelah. Untuk makluman semua, katil aku berada dekat dengan pintu masuk dan sebelah katil aku tiada siapa yang tidur dekat situ, sesetengah akak senior gabungkan tilam ditengah-tengah bilik, diorang tidur situ. Aku kalih ke kanan terus tak pedulikan suara dibelakang aku.

"kau nak maggie tak? Jomlah makan sama-sama dengan kami" *gelak gelak

*aku diam
Mereka teruskan berborak dengan geng-geng maggie diorang, kadang-kadang mereka cuba kuis-kuis tilam aku dan mereka tergelak gelak.

Aku hanya diam dan tawakal dengan ayat-ayat Allah sampailah aku tertidur. Sedar-sedar sahaja sudah pagi. Ada yang sudah bangun tiba-tiba salah satu senior bercerita "korang nak tahu tak? Semalam aku mimpi seorang budak berlari-lari dalam bilik ni, ishh takutnya"..

aku hanya diam sahaja waktu tu tanpa memberi respond dan tidak menceritakan apa yang terjadi pada malam tadi dekat akak senior ni. 

Kesimpulannya, aku nak bagitau benda yang sangat penting. Kalau makan apa-apa ke dekat dalam bilik ataupun tempat lain tolong dan tolong bersihkan. Akan datangnya jin makan sisa-sisa yang kita tinggalkan dan mereka akan kerap singgah dan lama-lama mungkin akan tinggal bersama kita. Jadi tolong berhati-hati. Kedua, jangan lupa baca doa setiap kali nak tidur supaya dapat elakkan gangguan. Walaupun aku dah baca tetap terkena juga, aku tak boleh buat apa, just tawakal je dengan Allah kalau kau hadap benda macam tu. 

Maaf kalau penceritaan aku agak kurang menarik sebab dua tiga hari ni aku rasa letih tanpa sebab dan cepat mengantuk. aku nak tulis cerita ni asyik tertangguh je. Tak tahu kenapa mood nak menulis tiba-tiba hilang. Manalah kau pergi mood??๐Ÿ˜ฃ mungkin aku akan buat sambungan, tapi tajuk lain. Arghhh sesiapa nampak mood aku tak?? Tolong cari jap ๐Ÿ˜ข. Dah jumpa bagitahu.

Sebelum tu kalau kau tak baca lagi kisah sebelum aku berjumpa DIA, ni dia sakit penghapus dosa dan sakit penghapus dosa #2
Semoga terhibur!

Headache

Sudah masuk 3 hari kepala aku macam nak meletup. Rasa macam nak tumbang tapi aku masih gagah berdiri walaupun terumbang ambing. Payah nak ke...