Harini aku nak share sesuatu yang agak paranormal sikit, jadi siapa yang tak takut sahaja boleh baca, aku ulang semula yang TAK TAKUT sahaja, kalau takut haaa nak tidur baca doa dulu ye.
Tajuknya HANTU ATAU SLEEP PARALYSIS??
Hantu? Yes mungkin ada, kalau tiada mungkin sleep paralysis tapi bagi aku dua-dua sama cuma berbeza dari segi agama dan sains.
Kisah ni bermula selepas sahaja aku balik dari hospital pada waktu tengah malam, aku balik ke dorm dan terus melemparkan tubuh aku ke atas katil, penat, sangat penat, lalu aku terus tertidur, aku tak mandi langsung satu haritu.
Aku diberi cuti 2 hari sahaja, aku langsung tidak keluar bilik, hanya toilet sahaja tempat yang sering aku pergi (sakit aku masih tidak sembuh) aku hanya makan ubat dan biskut oat untuk aku bertahan selama 2 hari itu.
Selepas itu datanglah senior yang baik hati melawat aku, aku rasa sangat lega masih lagi orang walaupun tidak aku kenali peduli tentang aku, jadi salah seorang tanya "awak duduk seorang je ke?" aku pun iyakan memang selama aku sakit tidur aku keseorangan.
"ish, kalau macam tu malam ni awak tidur kat bilik kitaorang jelah, tak elok tidur seorang"
Aku sangat bersyukur diorang ajak tidur sama-sama, jadi aku bawa barang yang diperlukan sahaja dan tinggal satu malam dekat bilik yang bernombor 204 tingkat 2. Selama ni aku hanya tidur di tingkat bawah sahaja jadi suasana agak baru, ada senior-senior yang sangat kecoh pada malam tu, kami pun berkenal kenalan.
Masuklah waktu aku tidur, malam itu aku bermimpi satu lembaga rentung hitam legam menarik aku keluar dari bilik itu.
Kaki aku ditarik dari pintu keluar sehingga ke tandas, aku tidak dapat barbuat apa-apa aku hanya dapat melihat mereka yang tersengih sengih. Aku cuba bangun tapi aku tak dapat bangun, aku cuba istifar lidah aku langsung terkaku aku hanya dapat sebut kalimah ALLAH itu pun tersekat-sekat akhirnya aku dapat buka mata aku tapi keadaan semua gelap mula-mula dan yang aku nampak adalah satu lembaga gelap besar dan tinggi di depan aku, masa tu aku tak tahu nak buat apa dan aku tidak mampu untuk gerakkan badan, aku hanya memandang sahaja dia dan kawan-kawannya,aku pandang dia, dia dengan kawan-kawannya pandang aku.
(dah macam lawan mata pula time tu)
Lama-lama bayangan lembaga itu semakin menghilang dan berubah menjadi sehelai baju yang digantung ditepi loker. Fuhh masa tu aku rasa sangat sangat tak best, kenapa mereka ganggu aku dan baru aku teringat, aku masih lagi tidak bersih, jadi aku teruskan sambung tidur bila mata aku dipejamkan untuk seketika masih lagi ada yang mencuba. Aku rasa sangat berat dan susah untuk buka mata dan kali kedua tu juga aku berjaya lepaskan diri. Aku bangun dan terduduk memandang sekeliling sambil beristighfar, semua senior tidur lena hanya aku seorang sahaja tersedar lantas aku buka surah yassin cuba tenangkan diri aku tidak lama lepas tu aku cuba untuk tidur kembali dalam keadaan mengiring ke kanan aku terdengar....
"psstt, psstt, kau nak maggie?" *gelak gelak
Aku tersentak, aku pusing ke belakang, gelap, bunyinya datang dari bawah katil sebelah. Untuk makluman semua, katil aku berada dekat dengan pintu masuk dan sebelah katil aku tiada siapa yang tidur dekat situ, sesetengah akak senior gabungkan tilam ditengah-tengah bilik, diorang tidur situ. Aku kalih ke kanan terus tak pedulikan suara dibelakang aku.
"kau nak maggie tak? Jomlah makan sama-sama dengan kami" *gelak gelak
*aku diam
Mereka teruskan berborak dengan geng-geng maggie diorang, kadang-kadang mereka cuba kuis-kuis tilam aku dan mereka tergelak gelak.
Aku hanya diam dan tawakal dengan ayat-ayat Allah sampailah aku tertidur. Sedar-sedar sahaja sudah pagi. Ada yang sudah bangun tiba-tiba salah satu senior bercerita "korang nak tahu tak? Semalam aku mimpi seorang budak berlari-lari dalam bilik ni, ishh takutnya"..
aku hanya diam sahaja waktu tu tanpa memberi respond dan tidak menceritakan apa yang terjadi pada malam tadi dekat akak senior ni.
Kesimpulannya, aku nak bagitau benda yang sangat penting. Kalau makan apa-apa ke dekat dalam bilik ataupun tempat lain tolong dan tolong bersihkan. Akan datangnya jin makan sisa-sisa yang kita tinggalkan dan mereka akan kerap singgah dan lama-lama mungkin akan tinggal bersama kita. Jadi tolong berhati-hati. Kedua, jangan lupa baca doa setiap kali nak tidur supaya dapat elakkan gangguan. Walaupun aku dah baca tetap terkena juga, aku tak boleh buat apa, just tawakal je dengan Allah kalau kau hadap benda macam tu.
Maaf kalau penceritaan aku agak kurang menarik sebab dua tiga hari ni aku rasa letih tanpa sebab dan cepat mengantuk. aku nak tulis cerita ni asyik tertangguh je. Tak tahu kenapa mood nak menulis tiba-tiba hilang. Manalah kau pergi mood??😣 mungkin aku akan buat sambungan, tapi tajuk lain. Arghhh sesiapa nampak mood aku tak?? Tolong cari jap 😢. Dah jumpa bagitahu.
Sebelum tu kalau kau tak baca lagi kisah sebelum aku berjumpa DIA, ni dia sakit penghapus dosa dan sakit penghapus dosa #2
Semoga terhibur!
betul.. kebersihan kena jga.. itu penting..
ReplyDeleteand i always got this sleep paralysis.... sbb tu now tak pernah tidor terlentang dah.... sbb tkot :(
Itulah, lagipun tempat tu berpenghuni, lagilah dia suka😣
DeleteAiyoooo penat mcm mana pun kena mandi jugak woooo.......
ReplyDeleteTak larat nak mandi,, lagipun tandas seram malam2 hehee
DeleteSeram tak seram, mandi tetap kena mandi lagi lagi masa period. Setiap 4 jam kena tukar pad untuk elakkan jangkitan bakteria ye.......ingat ni ye.........
DeleteBaik boss! Saya ingat,,
ReplyDelete