Selamat Tinggal Kesayangan

 Haahhhhh

aku mengeluh besok pagi dah nak balik ke iktbn, rasa berat nak pergi tapi aku terpaksa pergi untuk capai cita cita yang tidak tercipta lagi.

Aku tinggalkan gitar aku, sedihh, malam hujung minggu aku nak lepak macam mana lah,, selalunya aku lepak dekat tepi tangga sambil menggembirakan hati aku sendirian, itu sahaja yang bisa mengisi rasa kekosongan.

6 bulan aku cuti duduk rumah tak terasa lamanya, aku akan rindu segalanya dekat sini, aku kena tahan, aku kena kuat, hati tetapkan tujuan mu yang dah lama terbengkalai.

Ahh sedih nak tinggalkan keluarga aku tapi aku kena pergii arghhhh!!! Hahaha aduyai,

I need to go!! 

Assalamualaikum dan selamat tinggal kesayangan.




Resepi Kek Asam Manis

 Assalamualaikum dan hai ๐Ÿ™‹

Harini aku nak share resepi kek asam manis pula, sebabnya ni kek favourite aku, time kecik dulu mama aku suka buat pelbagai jenis kek, kalau nak bawa bekal ke sekolah sanggup simpan dulu nak kasi share dengan kawan-kawan dekat kantin, kadang janji dengan kawan semua bawa bekal lepas tu kongsi ramai-ramai, fuhhh memori terindahh zaman sekolah rendah dulu.




BAHAN-BAHAN


Bahan A

500 gram planta

300 gram susu pekat

Bahan B

10 biji telur

1 sudu ovelet

100 gram gula kastor 

1 sudu esen vanila


300 gram biskut merry (dihancurkan)

5-10 paket asam manis


CARA-CARANYA

1. Pukul bahan A dan bahan B

2. Campurkan bahan A dan B dengan biskut merry yang dah dihancurkan 

3. Masukkan beberapa asam manis ikut suka hati 

4. Kukus selama 30-40 minit


Senang je kan, tak tahulah masih ada lagi ke orang suka makan kek asam manis ni, Tapi kalau korang nak rasa kek ni bolehlah cuba resepi mama kite ni. 

selamat menjamu selera!!



Special September Giveaway By Misha

 


Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

September tinggal lagi seminggu, 

buat apa tertunggu-tunggu,

Pilihan yang berkenan di hati nombor satu,

Ajumm kita serbuuu!!


Kekeke pantun apakah iniii!! 

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM


Assalamualaikum dan hai ๐Ÿ™‹

Mari rapat rapat kita meriahkan segmen bloglist tiarasaphire.com, alang-alang tu boleh lah menambah rakan baru blog kite ni.

Syaratnya cukup mudah, kalau nak tahu klik banner di atas.


Result Challenge

 Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

Hohoho aku tak tahulah nak share ke tidak tapi tetap nak share juga apa yang aku rasa, Akhirnya setelah beberapa minggu melaksanakan challenge army run ni aku dapat habiskan larian sebanyak 31.8KM.


Firstime aku join ni, lepas ni tak join dah sebab aku akan kembali ke iktbn semula pada 28 September. Tapi aku tetap akan teruskan larian nanti disana sebab dah jadi rutin harian aku.

Apa yang aku rasa masa lari hmm mestilah penat tapi aku rasa seronok bila ada teman, time seorang aku akan banyak berfikir dan bercakap sendirian, apa yang aku ngomelkan pun ntah pape yang keluar dari mulut aku ni, kadang sambil dengar lagu tu ade je makcik yang tengah siram pokok bunga ajak borak, "sorang je ke?"

Dengan termengah mengah, dengan hidung kembang kempis " iye makcik, sorang je" sambil sengih dan teruskan larian. Aku ni jenis yang susah sikit nak ajak borak, kalau aku ajak borak takpa๐Ÿ˜‚

Setakat ni tak pernah lagi dikejar anjing walaupun banyak juga terserempak dengan diorang adehh gerun je time lalu dekat dengan rumah yang ada bela anjing ni. Bila anjing tu menyalak je dah luruh jantung aku, terhenti larian takut anjing kejar.


Ni baju dan medal yg aku dapat, cantik en? Aku minat baju macam ni sebab dulu cita cita aku nak jadi askar.. Disebabkan aku rabun hmm tak dapat tapi mungkin ada peluang bila ambil jurusan semburan cat ni. Mungkin. 

Berat hmm tak turun tak naik๐Ÿ˜‚ mama aku masak sedap tak boleh aku nak jaga,lagipun dah nak balik ke iktbn ni so aku makan supaya dapat tahan kempunan aku nanti, korang mesti tahu rasanya kan bila dah stay jauh en makan pun macam ada yang kurang, selera makan pun kurang, asyik teringat masakan mak sendiri. Kat sana aku em susah, makan hanya untuk tenaga je๐Ÿ˜‚ dah macam pergi sekolah pagi dengan petang je rasanya. 



Last taknak cakap apa dah, just peace no war ๐Ÿ˜‚✌

Tanah Dan Langit

 Aku suka pandang atas sebab ada langit, ada awan, ada cahaya dibalik daun-daun hijau.

Kadang orang pelik "kenapa dia jalan pandang atas? Kenapa tak pandang ke depan?", aku diam terus berjalan sambil meneruskan pandangan aku seorang walaupun sedikit kabur.

Itulah kehidupan baru aku disuatu tempat seorang diri.

Bila aku berlari, mata aku tepat memandang tanah hanya seketika saat aku pandang ke depan mencongak berapa lama sampai ke destinasi, dan terus memandang tanah lagi.

Disaat  berbicara juga mata ku tidak pernah tetap memandang ke depan kadang kebawah hanya seketika sahaja ke anak mata seseorang itu hanya untuk kepentingan namun hati aku cukup lemah untuk berlama lama dalam keadaan itu.

Itu kekurangan aku.

Namun aku tetap bangga dengan aku walaupun pelik dimata orang tapi itu adalah aku, jika sikap pandangan ku buat bumi terbelah dua baru aku ubah untuk keselamatan penduduk bumi. 

Yang jernih ambil, yang keruh buangkan.

Jadi diri sendiri.


 (langit kampung aku)

9.9 Giveaway By Abam Kie

 


Assalamulaikum dan hai๐Ÿ™‹

Harini kita join giveaway pulak dari rakan blog baru Abam Kie kita ni.. Selamat bertuahh semua yang join!! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Lovely Fellow's @aienienka

 


Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

Ajumm kita bersegmen!! Nak join klik je atas ni. Thank you!

Aku Dan Gitar

 Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

Ada siapa-siapa minat tengok orang main gitar tak?  

Ada.

Siapa?

Akulah.

Aku pun tak tahu kenapa aku minat gila dulu dengan gitar sampai sanggup balik lambat lepas kelas malam semata-mata nak tengok member main gitar tuptup akak aku datang panggil balik ayoo kena marah.

Nampak tak betapa obsesnya aku dengan gitar. Tapi aku tidaklah terlampau obses cuma aku suka tengok orang petik.

Sebelum aku dapat gitar sendiri, aku belajar sendiri dengan gitar kawan aku.


 

Masa tu perkhemahan PBSM, waktu aku form 5 of course automotik jadi urusetia, that time my role not too important, walaupun membantu tapi tidak diperlukan ๐Ÿ˜‚

Sedih juga tapi takpe masa tu masih dikelilingi best friend forever yang kini sudah membawa haluan kehidupan. Nikmat spent time dengan diorang tu sangat aku hargai dan aku amat merinduinya.

Okey sambung balik,
Lagu pertama yang aku belajar adalah sakit hati by setia band. Terima kasih buat pakcik google yang ajar aku. Walaupun masih terkial kial tapi alhamdulillah adalah bunyi lagu tu sikit-sikit๐Ÿ˜‚

"dari tadi awak petik gitar tu tiada bunyi pun, cuba awak petik kuat sikit"

Masa tengah cuba-cuba belajar tu adalah cikgu tegur, aisehhh orang baru belajar  memey ler petik macam tak petik je hahahaha ku malu sungguh. 
 
Dan ada juga pemberi semangat dan keyakinan buat aku untuk teruskan, hanya dengan 2 hari sahaja aku berjaya mainkan sekerat lagu yang senang.

Lepas tu berpisahlah aku dan gitar. Dan puaskah hati aku ni??

Tidak tapi cukup, aku simpan dulu lepas SPM baru aku beli.

Lepas sahaja habis peperiksaan SPM aku pujuk mama aku izinkan aku beli gitar.. Horeyy dapat pun kalau dulu mama aku tak bagi tau gara-gara aku balik lambat balik dari kelas malam dulu, tehee๐Ÿ˜œ  biasalah zaman budak dulu nakal.

walaupun nyanyian aku tak sesedap mana pun tapi aku suka suara aku sendiri tak tahu kenapa๐Ÿ˜‚ hehehe yes dengan nyanyian dengan gitar aku seronok dan aku masih lagi belajar.  Then aku nak korang dengarlah sikit hobi aku dekat bawah ni... 




Hope korang enjoy Kejora Ku Bersatu cover by Me.


Kamu Cover By Me

 Assalamulaikum dan hai๐Ÿ™‹


Dah lama tak update blog ni sebab tiada idea nak hias macam mana blog ni so aku nak letak video aku menyanyi, walaupun suara macam katak panggil hujan aku tetap nak nyanyi juga muahaha

Aku nyanyi dekat apps smule then aku edit edit sampai jadi video, aku tak tahu cara nak letak terus jadi lagu so aku letak video jelah.


Lirik Lagu Kamu – Aiman Mamat

Menunggu hari-hari indah datang kembali
Berharap ada kekuatan untuk terus berdiri
Di sini ku lagi pada malam ini
Kan ku nyanyikan lagu ku

Hanya dikau yang ku mahu
Hanya dikau ku perlu
Sempurna hidup ku bila kau ada
Dalam hati ku hanyalah

Kamu
Kamu
Kamu ada di dalam hati ku
Kan ku nyanyikan lagu ku

Takkan ku ucapkan selamat tinggal kepada mu
Kerna ku tahu kau pasti ada bersama ku
Disini ku lagi saat semua pergi
Hanya kau ada menanti
Hanyalah diri mu

Hanya dikau yang ku mahu
Hanya dikau ku perlu
Sempurna hidup ku bila kau ada
Dalam hati ku hanyalah diri mu selamanya

Kamu
Kamu
Kamu ada di dalam hati ku
Kan ku nyanyikan lagu ku
Hanyalah untuk mu

Kamu
Kamu
Kamu ada di dalam hati ku
Kan ku nyanyikan lagu ku
Hanyalah untuk mu
Hanyalah untuk mu
Hanyalah untuk mu


Hope korang enjoy walaupun tak sedap๐Ÿ˜‚๐Ÿค˜

Sakit

Sakit, sangat sakit,
Aku tak tahu kenapa aku tidak bisa terima,
Aku tak boleh berbuat apa-apa,
Aku hanya mampu berdiam diri,
Sambil hati aku dihentak pilu oleh kata-kata kau,
Sedang kau mengecapi bahagia,
Kau kian menjadi buta,


Walaupun darah kita sama, 
Kau menggores hati tanpa kau sedari,
Dulu kau lain,
Sekarang kau berubah,
Semakin renggang semakin sakit,
Aku harap kau sedar sakit aku rasakan ini.


0043


Headache

Sudah masuk 3 hari kepala aku macam nak meletup. Rasa macam nak tumbang tapi aku masih gagah berdiri walaupun terumbang ambing. Payah nak ke...