Sakit Itu Penghapus Dosa #2

Location: on the way ke hospital

Sunyi, Aku hanya memandang tingkap disisi kiri, seorang pakcik dalam keadaan baring sedang menyedut gas oksigen disisi kanan, maisarah yang baru saja aku berkenalan berada di kerusi hadapan ku, lalu ku pandang akak nurse yang sedang membaca sesuatu kertas, perasaan ku membuak buak inginkan sesuatu,  dengan lantas aku bertanya,

"akak, siren takde ke??"
"hah?" akak nurse tu tersenyum pelik dengan soalan aku, "abang, ada orang requestt sirennn" akak nurse tu cakap kat driver ambulans tu.. aku tak tahu kenapa aku boleh minta bunyi siren ambulans macam minta kopi o dekat kedai mamak😂 , lepas tu aku pun borak borak lah dengan akak nurse tu, aku cakap ada lah kawan aku ni belajar jadi MA (Medical Asistant) cerita kat aku masa dia ditempatkan bahagian Emergency dalam ambulans dia punya lantai penuh kesan darah, bau dia macam mana,, so aku pelik kenapa ambulans ni macam takde kesan darah😂 i don't know why my question like annoying gilee tapi en aku tanya soalan bodoh tu semua sebab nak hilangkan kerisauan hati aku ni, yelah siapa je yang suka pergi hospital tanpa keluarga, kawan yang rapat, semua orang takut mungkin ada sesetengah macam alaa hospital je kut buat ape nak takut? 

Stop at the minutes🖐.
Hello??!! Kau tak pernah rasa sakit patut bersyukur Allah bagi kau kesihatan yang baik. Aku ni mana pernah sakit teruk sepanjang hidup aku setakat demam tu, makan apollo je terus sihat😂 tapi bila Allah dah takdirkan sakitnya hahh terguling guling, mengesot cari mak sendiri.

Turun je dari ambulans haa automatik kitaorang dilayan seperti patient kritikal, kena naik wheelchair then akak nurse tu pun tolak kiteorang berdua pergi daftar, lepas daftar tu kitaorang ditempatkan dekat ruang pesakit luar, kitaorang kena baring atas katil, masa tengah baring sambil menunggu ni datangnya doktor lelaki bertanya. Haaaaa nak kata hansome, boleh lah. Nak tahu dia panggil aku apa? Gini " err, puan kenapa ya?" haaa aku paling mencik gini ahh kita mudo laie panggil Puan, hmmm memang lah puan tu panggilan hormat. Panggillah cik ke, akak ke, hmm so dia macam nak rawat aku tapi dalam masa yang sama sapppp dia hilang.. 

Tanya sakit apa? Aku pun jawab demam, cirit birit, dan tekanan nadi terlalu tinggi, lepas tu okey kejap lagi saya amek darah awak untuk test, dia tanya ada masalah jantung tak? Aku jawab tiada, lepastu dia pun pergi. Dah selesai perut aku pun meragam, sudah mana cari tandas? Ehh maisarah hilang? Kalut tinggal aku sensorang. 

Aku pikir mana nak cari tandas, aku turun dari katil sambil bawak bottle drip aku, eh eh selipar aku hilang so aku pun jalan berkaki ayam menyentuh lantai yang sejuk keluar dari bahagian pesakit luar untuk mencari tandas, mula aku tanya mak guard tandas mana? Dia suruh jalannn terusssss lepas tu dalam bilik apa tahhh ha kat dalam tu ada tandas so aku pun terussssssss je sambil2 cari signboard tandas, aku tak jumpa then aku masuk lah bilik bahagian apa tah tanya kat nurse tandas mana? Tuhhhhh dia tunjuk kat hujung satu lagi bilik wad yang ada langsir kat situ ada tandas. Dalam bilik ada bilik, dalam bilik bilik tu ada bilik tandas😂 

Yelah, aku mana pernah pergi tandas hospital last2 time balik nak ke katil aku tu terus aku sesat. Murung kejap😌 aku ni cepat pelupa tiada assistant nak tolong aku, aku pun jalan lambat2 tengok2 bilik bilik yang ada kat lorong tu cari katil aku, orang pandang aku semacam kut 😭 nasib baik mak guard tu baik hati tolong kite😌 haaahhhhhhhh aku betul betul rasa lost.

Dipetang itu aku hanya berulang alik katil ke tandas, tandas ke katil, lepastu datang seorang akak nurse ni kata nak check jantung aku, pakai alat tampal tampal kut ke sepit sepit eh?, lepas selesai semua aku minta panadol dekat akak nurse, aku sakit sangat masa tu, period cramp + demam + cirit birit = pinggang dengan tulang belakang aku rasa nak melelehh cair je tambah kepala rasa nak meletup, akak nurse tu pun tanya ada makan ubat tak petang tadi? Aku jawab ada panadol pink tu jelah ouh kalau macam tu kena tunggu berapa jam tah aku tak ingat baru boleh makan ubat, tapi saya sakit sangat ni, tak kesian ke dekat aku? Lama tu dia cakap nanti saya cakap dengan doktor then dia pergi😭 

             (gambar sekadar hiasan sahaja)


Aku tunggu merengkot tahan sakit sampai tertidur, aku tak tahu berapa lama aku tidur kesejukan, masa tu mungkin malam, datanglah Puan warden jenguk aku sekejap, dia bagi aku air 100 plus, dia tanya aku nak makan tak? Aku geleng je mood aku dah takde, lepas tu dia pergi jenguk budak2 lain yang masuk hospital ni juga, Kalau nak tahu ramai yang terkena keracunan makanan dibawa terus ke hospital, dirawat dan sampai tahap van kena berulang alik bawak pelajar2 ikbn ni ke klinik. Hampir separuh pelajar ikbn daripada 500 orang pelajar yang sakit pada masa itu.

Hohoho skip.
Aku ada mention "AKU KENA SURVIVE" sampai aku minta nombor telefon dekat maisarah masa mula kenal. Nasib baik Allah tolong aku hadirkan seseorang yang boleh bagi bantuan dekat aku.

Maisarah call akuuuu!!!! Aku seronok bila dengar dia dah selesai dirawat dan dia nak teman aku sekejap. Aku rasa happy sangat ada orang teman aku yang tersisih dekat hujung bersama dinding😌 dalam penantian itu tiba tiba aku rasa nak termuntah.. Muntah tu nak keluar aku tutup mulut dan aku cukup panik sambil terangkat angkat tangan memohon bantuan.

......................................

Bluerghhh 🌈 ✨✨ 

Aku tadah muntah aku pakai tangan terkena selimut hospital sedikit, hmm ni yang tak best ni, tepat je kejadian tu maisarah pun datang tengok aku, dia terkejut waktu tu lendir tu terkena mulut aku, tudung aku hmm comot. Barulah datang nurse terkedek kedek tanya kenapa ni? Eh muntah ye kejap ye. Dia ambil plastik untuk aku isi muntah lagi, aku nak muntahkan apa lagi? Semua dah keluar ikut mulut dengan jubur😂 takde ape nak keluarkan dah pastu dia blah buat kerja dia, aku pun muntah yang ada dekat mangkuk tangan aku ni aku tuang dalam plastik tu, aku pandang maisarah, maisarah pandang aku, last last aku terkelu. " mai kau ada tisu tak?" aku sedih gile time tu aku harap mama aku ada dekat sebelah aku, "em takdelah" maisarah pun tolong dapatkan tisu, aku lap muntah aku sambil aku bagi pujian yang negatif dekat nurse tadi, aku puji hospital tu, aku puji doktor lelaki tu, 

Dialah tolong belikan aku air mineral dan roti, aku sungguh bernasib baik ada maisarah ni. Aku syukur sangat dia seorang yang baik walaupun dia sakit tetap dia tolong aku, tak lama lepas tu dia kena ambil ubat. Aku jadi sedih balik, aku fikir nak balik je time tu. 

Aku baring merenung atas. Maka datanglah sekumpulan doktor check satu persatu patient. Doktor wanita sedang describe dan terangkan apa yang dialami oleh patient tersebut kepada orang orang yang pakai coat putih. Aku pun ouh diorang ni doktor praktikal ke? Aku nampak doktor lelaki yang masa mula mula rawat aku dalam group tu ouhh praktikal patutlah, sampai part aku, berkerumun orang orang ni keliling aku, doktor lelaki tu bagitahu "kesakitan" aku dekat doktor sebenar. Doktor sebenar tu pun cakap aku kena food poisoning, 

"So? Saya dah boleh balik ke belum doktor?"
Semua gelakkan aku, doktor tu senyum je 
"ehh tak boleh balik lagi, nanti saya suruh nurse bagi awak ubat lepastu awak kena pindah ke wad lain. Tunggu nadi awak stabil baru awak boleh balik" come on dah malam2 buta baru dapat layanan yang sangat baik. Aku pun 
"lahh tak boleh balik lagi keee??" 
Eishhh diorang gelakk lagi,, aku dah cukup merana duduk sini walaupun kejap terasa macam lambat je masa berjalan.

Alhamdulillah dengan dipaksa minum air masak satu jag, dipaksa buka jaket aku sampai menggigil seluruh badan, hanya dengan baju lengan pendek sahaja dan dimarahi kerna tak mahu habiskan air mineral walhal aku sering berulang alik ke tandas, tekanan nadi aku jadi normal balik.

Sudah aku malas nak ingatkan. Aku just nak share pengalaman sedih aku tapi Allah takkan membebani umat manusia dengan ujian yang tidak boleh dihadapinya, Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, Allah sangat baik bagi aku ujian begini, kita tak tahu ada yang lebih teruk dari yang ini, aku harap mereka kuat, Jangan salahkan takdir yang ditetapkan maka berbaik sangka lah dengan Allah, Alhamdulillah.

Terima kasih dan Assalamualaikum🙋

       ( aku sayang sangat tanganku /ω\❤ )

3 comments:

  1. It was a good experience and process to become adult. Most of children will separate with their parent to explore the challenging lifeeee......

    ReplyDelete

Macehh sudi komen blog kitee!!

Future Of Life

Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...