MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!

Assalamualaikum dan hai,

Wuuu,, tak lama lagi sambutan hari kemerdekaan yang ke 63, cuti-cuti ni dapat buat apa je, kalau dekat iktbn mesti dah sibuk dengan program tapi lambat lagilah nak balik semula ke sana.

Pkpp pula dilanjutkan sampai 31 Disember ๐Ÿ˜ถ
Harap-haraplah malaysia boleh pulih sepenuhnya dari penyakit Covid-19.

Oh sebenarnya aku ada masuk pertandingan melakarkan poster tema MALAYSIA PRIHATIN, aku tak tahulah macam mana aku boleh terjebak dengan pertandingan yang ala-ala budak sekolah sikit tapi seronok juga luangkan masa dengan adik beradik, duduk santai atas lantai, bising kemanakah pensil colour dia ni, dia itu, hahaha bila lagikan nak jadi budak-budak semula dengan diorang. So aku hargai masa tu dengan terciptalah poster yang tak seberapa sangat aku buat,


aku rasa macam lawa mula-mula, tapi bila dah siap...

Aku tepuk dahi "macam mana lah merah pekat jadi merah hati ni ๐Ÿ˜‚" mungkin sebab warna background, heishh aku pun tak tahulah, aku budak kelas seni yang tak berapa nak seni dah sekarang ni, adehh 3 tahun dah tinggalkan sekolah, harini terasa sekejapnya waktu itu berlalu. Tetiba rindu zaman form 1 sampai lah form 5๐Ÿ˜ฃ 

Okey stop.


This one my big sister make it.

My little sister make this one,

And last my little brother make this, aku sebenarnya yang lukis dia tukang warna, mula-mula tu dia pernah fed up tau buat poster sampai mengajuk, anak bongsu memang, aku lah yang tolong buat lakaran dia hahaa 

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN buat semua Rakyat Malaysia, dan aku nak pesan janganlah cari isu dekat kaum lain yang boleh merosakkan hubungan perkauman, please stop it๐Ÿ™๐Ÿ™  

Contohnya, kau cari pasal kenapa orang melayu pakai sari lebih cantik dari kau,, deyy kawan aku india pakai baju kurung lagi cantik tau dari orang melayu, tak perlu pun nak pertikaikan kenapa blaa blaa blaahh, haa dah kena kecam dengan netizen barulah menyesal sudah terhantuk, barulah nak tergadah, kena kutuk barulah nak mengalah, eheks tertambah pantun pula.

Yang sakit diri sendiri, please lah awak awak semua ya, Jaga hubungan yang dah lama dikukuhkan dan jangan lupa senyum tak perlu kata apa apa, senyum ๐Ÿ˜

Chilindo, Boleh Dipercayai Ke?

Assalamulaikum dan hai๐Ÿ™‹

Harini aku nak share tentang apa yang aku beli dekat chilindo. Aku tak cadangkan 100% kalau kau nak beli dekat chilindo ni sebab apa yang aku dapat tahu ramai yang tak puas hati dengan servis diorang ni. Tapi bagi aku boleh bagi 7/10 sebabnya nanti aku terangkan dekat bawah.

Chilindo ni syarikat daripada Thailand dan sudah ada cawangan di Malaysia, cara jualan diorang melalui bida bermula dengan harga 10 sen je, memanglah murah tapi kita kena berlawan dengan pembeli yang lain sampai berpuluh puluh ringgit naik itulah yang buat ramai orang tertarik nak beli dekat chilindo walaupun ramai yang complain tapi masih lagi ada orang cuba nak beli macam aku

Bagi aku beli dekat chilindo ni ada keuntungan dan kerugian. Keuntungan dia produk yang kita nak beli ni tak ramai orang bida kita akan dapat harga yang sangat lah termurah, kerugian dia kalau dah beli barang tapi barang tak sampai dekat kita ataupun barang rosak, kita akan rasa sangat sangat menyesal.

Minggu lepas aku ternampak iklan dekat facebook tentang jualan chilindo. 
Aku pun mulalah tengok barang-barang yang ada dekat chilindo, aku pun berminat dekat sport camera,boleh lah aku letak kat basikal aku nanti. Sport camera yang aku bida ni daripada 10 sen sampailah jadi RM21 barulah  dapat, cara penghantaran diorang menggunakan DHL eCommerce.

Aku start beli 20 August, barang sampai 24 august. Kotak okey cuma adalah terkoyak sikit mungkin tercucuk something.

Yeay, dapat earphone free, mungkin takde orang nak beli earphone sebab tu dia bagi free je.


Semua peralatan lengkap, tiada kerosakan seperti yang orang cakapkan. Aku dah pasang semua lepas tu aku check camera dia fuhhh hd sangat gambar dia.

Hehee tipu je, biasa-biasa je camera dia. Camera android aku lebih cantik dari yang ni.
Harga mur-mur takkanlah nak dapat yang ori semestinya dapat yang cikai je.

Tinggal nak beli memori dan letak dekat basikal je, jadi pendapat aku ia tidak lah seteruk yang orang cakapkan, mungkin masih ramai orang yang beli sebab servis diorang okey tapi yang orang tak puas hati cakap chilindo ni tak bagus, aku pun tak tahulah, senang cerita tak payah langsung beli online, ambil kunci kereta pergi beli terus kat kedai haa kan senang.

Akhir pesanan aku, nak beli sesuatu jadilah pembeli yang bijak, siasat dulu macam mana diorang punya servis, kalau rasa was-was jangan beli, Jangan tengok dan jangan lupa folow aku๐Ÿ™‹. 


Hantu Atau Sleep Paralysis???

Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

Harini aku nak share sesuatu yang agak paranormal sikit, jadi siapa yang tak takut sahaja boleh baca, aku ulang semula yang TAK TAKUT sahaja, kalau takut haaa nak tidur baca doa dulu ye.

Tajuknya HANTU ATAU SLEEP PARALYSIS??
Hantu? Yes mungkin ada, kalau tiada mungkin sleep paralysis tapi bagi aku dua-dua sama cuma berbeza dari segi agama dan sains. 


Kisah ni bermula selepas sahaja aku balik dari hospital pada waktu tengah malam, aku balik ke dorm dan terus melemparkan tubuh aku ke atas katil, penat, sangat penat, lalu aku terus tertidur, aku tak mandi langsung satu haritu. 
Aku diberi cuti 2 hari sahaja, aku langsung tidak keluar bilik, hanya toilet sahaja tempat yang sering aku pergi (sakit aku masih tidak sembuh) aku hanya makan ubat dan biskut oat untuk aku bertahan selama 2 hari itu.

Selepas itu datanglah senior yang baik hati melawat aku, aku rasa sangat lega masih lagi orang walaupun tidak aku kenali peduli tentang aku, jadi salah seorang tanya "awak duduk seorang je ke?" aku pun iyakan memang selama aku sakit tidur aku keseorangan. 

"ish, kalau macam tu malam ni awak tidur kat bilik kitaorang jelah, tak elok tidur seorang" 
Aku sangat bersyukur diorang ajak tidur sama-sama, jadi aku bawa barang yang diperlukan sahaja dan tinggal satu malam dekat bilik yang bernombor 204 tingkat 2. Selama ni aku hanya tidur di tingkat bawah sahaja jadi suasana agak baru, ada senior-senior yang sangat kecoh pada malam tu, kami pun berkenal kenalan.

Masuklah waktu aku tidur, malam itu aku bermimpi satu lembaga rentung hitam legam menarik aku keluar dari bilik itu.

Kaki aku ditarik dari pintu keluar sehingga ke tandas, aku tidak dapat barbuat apa-apa aku hanya dapat melihat mereka yang tersengih sengih. Aku cuba bangun tapi aku tak dapat bangun, aku cuba istifar lidah aku langsung terkaku aku hanya dapat sebut kalimah ALLAH itu pun tersekat-sekat akhirnya aku dapat buka mata aku tapi keadaan semua gelap mula-mula dan yang aku nampak adalah satu lembaga gelap besar dan tinggi di depan aku, masa tu aku tak tahu nak buat apa dan aku tidak mampu untuk gerakkan badan, aku hanya memandang sahaja dia dan kawan-kawannya,aku pandang dia, dia dengan kawan-kawannya pandang aku.
(dah macam lawan mata pula time tu)

Lama-lama bayangan lembaga itu semakin menghilang dan berubah menjadi sehelai baju yang digantung ditepi loker. Fuhh masa tu aku rasa sangat sangat tak best, kenapa mereka ganggu aku dan baru aku teringat, aku masih lagi tidak bersih, jadi aku teruskan sambung tidur bila mata aku dipejamkan untuk seketika masih lagi ada yang mencuba. Aku rasa sangat berat dan susah untuk buka mata dan kali kedua tu juga aku berjaya lepaskan diri. Aku bangun dan terduduk memandang sekeliling sambil beristighfar, semua senior tidur lena hanya aku seorang sahaja tersedar lantas aku buka surah yassin cuba tenangkan diri aku tidak lama lepas tu aku cuba untuk tidur kembali dalam keadaan mengiring ke kanan aku terdengar....

"psstt, psstt, kau nak maggie?" *gelak gelak

Aku tersentak, aku pusing ke belakang, gelap, bunyinya datang dari bawah katil sebelah. Untuk makluman semua, katil aku berada dekat dengan pintu masuk dan sebelah katil aku tiada siapa yang tidur dekat situ, sesetengah akak senior gabungkan tilam ditengah-tengah bilik, diorang tidur situ. Aku kalih ke kanan terus tak pedulikan suara dibelakang aku.

"kau nak maggie tak? Jomlah makan sama-sama dengan kami" *gelak gelak

*aku diam
Mereka teruskan berborak dengan geng-geng maggie diorang, kadang-kadang mereka cuba kuis-kuis tilam aku dan mereka tergelak gelak.

Aku hanya diam dan tawakal dengan ayat-ayat Allah sampailah aku tertidur. Sedar-sedar sahaja sudah pagi. Ada yang sudah bangun tiba-tiba salah satu senior bercerita "korang nak tahu tak? Semalam aku mimpi seorang budak berlari-lari dalam bilik ni, ishh takutnya"..

aku hanya diam sahaja waktu tu tanpa memberi respond dan tidak menceritakan apa yang terjadi pada malam tadi dekat akak senior ni. 

Kesimpulannya, aku nak bagitau benda yang sangat penting. Kalau makan apa-apa ke dekat dalam bilik ataupun tempat lain tolong dan tolong bersihkan. Akan datangnya jin makan sisa-sisa yang kita tinggalkan dan mereka akan kerap singgah dan lama-lama mungkin akan tinggal bersama kita. Jadi tolong berhati-hati. Kedua, jangan lupa baca doa setiap kali nak tidur supaya dapat elakkan gangguan. Walaupun aku dah baca tetap terkena juga, aku tak boleh buat apa, just tawakal je dengan Allah kalau kau hadap benda macam tu. 

Maaf kalau penceritaan aku agak kurang menarik sebab dua tiga hari ni aku rasa letih tanpa sebab dan cepat mengantuk. aku nak tulis cerita ni asyik tertangguh je. Tak tahu kenapa mood nak menulis tiba-tiba hilang. Manalah kau pergi mood??๐Ÿ˜ฃ mungkin aku akan buat sambungan, tapi tajuk lain. Arghhh sesiapa nampak mood aku tak?? Tolong cari jap ๐Ÿ˜ข. Dah jumpa bagitahu.

Sebelum tu kalau kau tak baca lagi kisah sebelum aku berjumpa DIA, ni dia sakit penghapus dosa dan sakit penghapus dosa #2
Semoga terhibur!

English Fiesta Online Competition

Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

Aku tak tahu macam mana aku boleh nak join competition ni, sedangkan aku bukannya pandai sangat speaking sangat, aku rasa tertarik, entah apa yang menariknya aku pun tak tahu.

Competition ni ada tiga bahagian tau.

๐Ÿ‘‰News Presenter
๐Ÿ‘‰Promotion Video
๐Ÿ‘‰Public Speaking

Aku pilih nombor 3 dengan tajuk THE IMPORTANCE OF TVET, saingan tu sangat sengit sebab dia buat untuk seluruh pelajar ILKBS, mesti ada orang dekat luar sana lebih pandai speaking daripada aku kan? Tapi tapi, aku tetap nak masuk juga sebab apa guna nama aku sang lagenda kalau tak sahut cabaran kecil je ni. 

Yoshhaa, Fightingggg!!!๐Ÿ˜ค✊✊✊


Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida

Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

Ini adalah pertama kalinya dalam hidup aku join segmen walaupun blog aku ni baru sahaja dibangunkan tapi belum cuba belum tahu, kann??

Bismillah, 
Kalau kau seorang blogger boleh sertai Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida 


  1. Follow blog salatulzarida.blogspot.com, follow instagram salatulzarida 
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida
  3. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen di entri SINI
Harap-harap tuah datang melawat aku๐Ÿ˜‚

Resepi Roti Korea Viral!!!

Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹

Harini aku akan share resepi roti korea viral darpada kak long aku. Kalau nak tahu roti ni memang tak mudah didapati, nak dapatkan tu punyalah susah sampai kena pergi tempat jauh-jauh, tapi kampung aku bertuah sebab kak long aku satu-satunya yang jual roti korea ni, tak perlu nak menyusahkan diri nak pergi tempat jauh-jauh. Sebelum aku persembahkan resepi sediakan bahan-bahan dulu, bahan ini boleh didapati di kedai bakery yang berdekatan. Jom kita mulakan,

BAHAN UTAMA ROTI
๐Ÿ‘‰290 gram tepung roti 
๐Ÿ‘‰35 gram margerin
๐Ÿ‘‰165 ml susu segar
๐Ÿ‘‰1 paket yis
๐Ÿ‘‰1 sudu teh bread improver
๐Ÿ‘‰1 biji telur
๐Ÿ‘‰garam secukup rasa

CARA-CARANYA
๐Ÿ‘‰yis dicampurkan dengan susu (biarkan selama 5-10 minit)
๐Ÿ‘‰satukan semua bahan kecuali telur
๐Ÿ‘‰gaul sehingga sebati 
๐Ÿ‘‰masukkan adunan yis dan telur 

Pilih salah satu cara
๐Ÿ‘‰uli dengan mesin selama 10 minit/
๐Ÿ‘‰uli dengan tangan selama 20 minit

๐Ÿ‘‰perap selama 30 minit
๐Ÿ‘‰sapukan minyak pada loyang 
๐Ÿ‘‰doh dibahagikan kepada bahagian kecil dan dibentukkan bulat
๐Ÿ‘‰perap kembali selama 30 minit
๐Ÿ‘‰bakar suhu 170° selama 20 minit


FILLING CREAM CHEESE 
๐Ÿ‘‰452 gram cream cheese
๐Ÿ‘‰60 gram gula
๐Ÿ‘‰60 ml heavy cream

SOS GARLIC
๐Ÿ‘‰260 gram mentega (dicairkan)
๐Ÿ‘‰2 labu bawang putih (dicincang halus)
๐Ÿ‘‰60 gram  (3 Sudu besar) susu pekat
๐Ÿ‘‰40 gram (2 Sudu besar) madu
๐Ÿ‘‰6 gram (2 Sudu besar) parsley
๐Ÿ‘‰2 biji telur

CARA-CARANYA
๐Ÿ‘‰ belah roti kepada 4 bahagian tapi jangan sampai dibelah habis
๐Ÿ‘‰masukkan cream cheese yang dipukul ke dalam piping bag dan pipingkan ke atas roti yang dibelah
๐Ÿ‘‰celupkan roti ke dalam sos garlic
๐Ÿ‘‰bakar 165° selama 10-15 minit

Senang bukan? Sedap bila makan waktu petang, santai-santai bersama keluarga tersayang, tak perlu nak beratur panjang dekat kedai, kita buat sendiri baru puas hati nak makan banyak-banyak, 

Kalau korang dah cuba resepi roti korea ni boleh juga cuba roti kopi yang aku dah share haritu klik je dekat sini. Lepas ni aku akan share resepi jeng jeng jeng kalau nak tahu jangan lupa folow dan komen kalau dah cuba resepi ni.

Ouh lupa, orang juga panggil roti korea ni sebagai roti K-POP???!!

Ehhhhh kita gurau sahaja๐Ÿ˜‚ 




Budak Gemuk Nak Lari Sejauh 31.8 KM???

Assalamulaikum dan hai๐Ÿ™‹

Aku nak bagitahu yang aku akan challenge diri lari sejauh 31.8KM dalam masa 20 hari, tiba-tiba suara sumbang kedengaran,

"who care kau nak lari bagai, kau tu sudahlah pemalas, gemuk pula tu, tak sampai 100 meter kau lari, pancit teruss"

Aku tergamam, eeeeeiiii aku panasss je dengar ๐Ÿ˜ก aku pun balas balik

"kau siapa nak puji-puji aku??!!"
"aku adalah suara hati kauuuu, HAHAAHA!!๐Ÿ˜ˆ"

Ahhhh persetankan itu semua, so guys sempena bulan kemerdekaan untuk tahun 2020 buat pertama kali dalam hidup aku nak running challenge yang dianjurkan oleh styloid, macam mana aku boleh terfikir nak join running challenge ni??

Sebelum aku nak balik ke ikbn bulan 9 nanti aku nak kurangkan berat badan sebab berat aku dah naik lepas raya haritu๐Ÿ˜‚ aku menggelabah kalut nak buat exercise tak buat langsung, mulut cakap nak buat tu buat ni tapi hati cakap malas dan asyik tergendala sampailah aku terjumpa satu status dalam facebook ni tentang virtual run ni, aku scroll kebawah jumpa lagi, dekat mana-mana still jumpa lagi, 

Ini dia aku jumpa kat facebook, banyak sebenarnya yang anjurkan, yang untuk berbasikal pun ada, kalau nak join daftar sekarang di sini

Dan pagi tadi aku bertuah sebab rajin datang tiba-tiba nak test larian, thank you rajin!! ๐Ÿ’• nanti datang lagi ye besok pagi, hehe. Dibawah ni aku tunjukkan jalan yang aku lalu pagi tadi.

1.65 KM nak lawan 31.8KM?? Doakan aku berjaya ๐Ÿ˜Œ

Mungkin lepas ni aku nak lari dari kampung aku ke kampung jeram dekat je dengan sempadan negeri sembilan ke pahang, belum cuba belum tahu.

kalau kau nak tahu berat aku selepas virtual running challenge, aku akan buat perbandingan sebelum dan selepas serta aku akan ceritakan proses semasa aku berlari selama 20 hari, jangan lupa folow dan kau boleh juga share tips-tips diet ataupun pengalaman yang kau pernah berjaya kurangkan berat badan di ruangan komen. 

Insyaallah aku pun boleh berjaya๐Ÿ‘


Membongkarkan Rahsia Roti Kopi

Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹ 

Memandangkan semalam dan hari ini aku tolong kak long aku masak roti kopi, jadi aku cubalah minta izin kak long aku nak kongsikan resepi roti kopi dia ni, dia pun benarkan,aku pun startlah tolong dia masak, interview dia macam ala-ala pengacara Melodi, tanya tips bagai so inilah dia aku persembahkan Resepi Roti Kopi Kak Long, baiklah mari kita sediakan bahan-bahan roti kopi dulu, bahan-bahan boleh didapati di mana-mana kedai bakery yang berdekatan dekat dengan anda.


BAHAN UTAMA ROTI

๐Ÿ‘‰290 gram tepung roti
๐Ÿ‘‰35  gram margerin
๐Ÿ‘‰165 ml susu segar
๐Ÿ‘‰1 paket yis
๐Ÿ‘‰1 tea spoon bread improver
๐Ÿ‘‰1 biji telur
๐Ÿ‘‰Garam secukup rasa

CARA-CARANYA
๐Ÿ‘‰yis dicampurkan dengan susu (biarkan selama 5 - 10 minit)
๐Ÿ‘‰satukan semua bahan kecuali telur
๐Ÿ‘‰gaul sehingga sebati 
๐Ÿ‘‰masukkan adunan yis dan telur 

Pilih salah satu cara
๐Ÿ‘‰uli dengan mesin selama 10 minit /
๐Ÿ‘‰uli dengan tangan selama 20 minit

๐Ÿ‘‰perap selama 30 minit

BAHAN INTI ROTI
๐Ÿ‘‰buttercup (salted) dipotong dadu

CARA-CARA
๐Ÿ‘‰bahagikan doh roti kecil-kecil
๐Ÿ‘‰masukkan inti
๐Ÿ‘‰perap doh selama 30 minit



TOPPING
๐Ÿ‘‰ 50 gram mentega 
๐Ÿ‘‰ 40 gram gula aising (diayak)
๐Ÿ‘‰ 1 biji telur
๐Ÿ‘‰ 1 1/2 Sudu besar Nescafe 
๐Ÿ‘‰ 50 gram tepung serbaguna
  
CARA-CARANYA
๐Ÿ‘‰ pukul mentega dan gula aising sehingga kembang
๐Ÿ‘‰ masukkan telur dan campuran nescafe 
๐Ÿ‘‰ kacau sehingga sebati
๐Ÿ‘‰ masukkan tepung serbaguna 
๐Ÿ‘‰ selesai disebatikan masukkan di dalam piping beg


Buat lingkaran bulat di atas roti lalu bakar dengan suhu 150°c selama 20 minit. 

Simple je kan? Kalau tiba-tiba mengidam nak makan roti kopi tapi malas nak keluar pergi beli lagi-lagi sekarang ni kita kena jaga penjarakkan sosial haaa boleh lah cuba masak sendiri, nak rasa air tangan kita sendiri macam mana, hebat tak hebat kita masak๐Ÿ˜ค

Dan nanti aku akan share resepi roti garlic cheese yang telah pun viral, aku duduk di kawasan kampung, memang susah nak cari dekat mana-mana jadi kak long aku banyak kali buat eksperimen sampai perghh memang torbaikkk raso dia ๐Ÿ˜‹๐Ÿ‘๐Ÿ‘  

Jadi sambil makan roti kopi tu korang boleh enjoy baca ceritera aku disini:

๐Ÿ‘‰Mencari Hidup

Jangan lupa follow dan komen kalau dah cuba resepi ni๐Ÿ˜
 
Selamat Menjamu Selera!!










Sakit Itu Penghapus Dosa #2

Location: on the way ke hospital

Sunyi, Aku hanya memandang tingkap disisi kiri, seorang pakcik dalam keadaan baring sedang menyedut gas oksigen disisi kanan, maisarah yang baru saja aku berkenalan berada di kerusi hadapan ku, lalu ku pandang akak nurse yang sedang membaca sesuatu kertas, perasaan ku membuak buak inginkan sesuatu,  dengan lantas aku bertanya,

"akak, siren takde ke??"
"hah?" akak nurse tu tersenyum pelik dengan soalan aku, "abang, ada orang requestt sirennn" akak nurse tu cakap kat driver ambulans tu.. aku tak tahu kenapa aku boleh minta bunyi siren ambulans macam minta kopi o dekat kedai mamak๐Ÿ˜‚ , lepas tu aku pun borak borak lah dengan akak nurse tu, aku cakap ada lah kawan aku ni belajar jadi MA (Medical Asistant) cerita kat aku masa dia ditempatkan bahagian Emergency dalam ambulans dia punya lantai penuh kesan darah, bau dia macam mana,, so aku pelik kenapa ambulans ni macam takde kesan darah๐Ÿ˜‚ i don't know why my question like annoying gilee tapi en aku tanya soalan bodoh tu semua sebab nak hilangkan kerisauan hati aku ni, yelah siapa je yang suka pergi hospital tanpa keluarga, kawan yang rapat, semua orang takut mungkin ada sesetengah macam alaa hospital je kut buat ape nak takut? 

Stop at the minutes๐Ÿ–.
Hello??!! Kau tak pernah rasa sakit patut bersyukur Allah bagi kau kesihatan yang baik. Aku ni mana pernah sakit teruk sepanjang hidup aku setakat demam tu, makan apollo je terus sihat๐Ÿ˜‚ tapi bila Allah dah takdirkan sakitnya hahh terguling guling, mengesot cari mak sendiri.

Turun je dari ambulans haa automatik kitaorang dilayan seperti patient kritikal, kena naik wheelchair then akak nurse tu pun tolak kiteorang berdua pergi daftar, lepas daftar tu kitaorang ditempatkan dekat ruang pesakit luar, kitaorang kena baring atas katil, masa tengah baring sambil menunggu ni datangnya doktor lelaki bertanya. Haaaaa nak kata hansome, boleh lah. Nak tahu dia panggil aku apa? Gini " err, puan kenapa ya?" haaa aku paling mencik gini ahh kita mudo laie panggil Puan, hmmm memang lah puan tu panggilan hormat. Panggillah cik ke, akak ke, hmm so dia macam nak rawat aku tapi dalam masa yang sama sapppp dia hilang.. 

Tanya sakit apa? Aku pun jawab demam, cirit birit, dan tekanan nadi terlalu tinggi, lepas tu okey kejap lagi saya amek darah awak untuk test, dia tanya ada masalah jantung tak? Aku jawab tiada, lepastu dia pun pergi. Dah selesai perut aku pun meragam, sudah mana cari tandas? Ehh maisarah hilang? Kalut tinggal aku sensorang. 

Aku pikir mana nak cari tandas, aku turun dari katil sambil bawak bottle drip aku, eh eh selipar aku hilang so aku pun jalan berkaki ayam menyentuh lantai yang sejuk keluar dari bahagian pesakit luar untuk mencari tandas, mula aku tanya mak guard tandas mana? Dia suruh jalannn terusssss lepas tu dalam bilik apa tahhh ha kat dalam tu ada tandas so aku pun terussssssss je sambil2 cari signboard tandas, aku tak jumpa then aku masuk lah bilik bahagian apa tah tanya kat nurse tandas mana? Tuhhhhh dia tunjuk kat hujung satu lagi bilik wad yang ada langsir kat situ ada tandas. Dalam bilik ada bilik, dalam bilik bilik tu ada bilik tandas๐Ÿ˜‚ 

Yelah, aku mana pernah pergi tandas hospital last2 time balik nak ke katil aku tu terus aku sesat. Murung kejap๐Ÿ˜Œ aku ni cepat pelupa tiada assistant nak tolong aku, aku pun jalan lambat2 tengok2 bilik bilik yang ada kat lorong tu cari katil aku, orang pandang aku semacam kut ๐Ÿ˜ญ nasib baik mak guard tu baik hati tolong kite๐Ÿ˜Œ haaahhhhhhhh aku betul betul rasa lost.

Dipetang itu aku hanya berulang alik katil ke tandas, tandas ke katil, lepastu datang seorang akak nurse ni kata nak check jantung aku, pakai alat tampal tampal kut ke sepit sepit eh?, lepas selesai semua aku minta panadol dekat akak nurse, aku sakit sangat masa tu, period cramp + demam + cirit birit = pinggang dengan tulang belakang aku rasa nak melelehh cair je tambah kepala rasa nak meletup, akak nurse tu pun tanya ada makan ubat tak petang tadi? Aku jawab ada panadol pink tu jelah ouh kalau macam tu kena tunggu berapa jam tah aku tak ingat baru boleh makan ubat, tapi saya sakit sangat ni, tak kesian ke dekat aku? Lama tu dia cakap nanti saya cakap dengan doktor then dia pergi๐Ÿ˜ญ 

             (gambar sekadar hiasan sahaja)


Aku tunggu merengkot tahan sakit sampai tertidur, aku tak tahu berapa lama aku tidur kesejukan, masa tu mungkin malam, datanglah Puan warden jenguk aku sekejap, dia bagi aku air 100 plus, dia tanya aku nak makan tak? Aku geleng je mood aku dah takde, lepas tu dia pergi jenguk budak2 lain yang masuk hospital ni juga, Kalau nak tahu ramai yang terkena keracunan makanan dibawa terus ke hospital, dirawat dan sampai tahap van kena berulang alik bawak pelajar2 ikbn ni ke klinik. Hampir separuh pelajar ikbn daripada 500 orang pelajar yang sakit pada masa itu.

Hohoho skip.
Aku ada mention "AKU KENA SURVIVE" sampai aku minta nombor telefon dekat maisarah masa mula kenal. Nasib baik Allah tolong aku hadirkan seseorang yang boleh bagi bantuan dekat aku.

Maisarah call akuuuu!!!! Aku seronok bila dengar dia dah selesai dirawat dan dia nak teman aku sekejap. Aku rasa happy sangat ada orang teman aku yang tersisih dekat hujung bersama dinding๐Ÿ˜Œ dalam penantian itu tiba tiba aku rasa nak termuntah.. Muntah tu nak keluar aku tutup mulut dan aku cukup panik sambil terangkat angkat tangan memohon bantuan.

......................................

Bluerghhh ๐ŸŒˆ ✨✨ 

Aku tadah muntah aku pakai tangan terkena selimut hospital sedikit, hmm ni yang tak best ni, tepat je kejadian tu maisarah pun datang tengok aku, dia terkejut waktu tu lendir tu terkena mulut aku, tudung aku hmm comot. Barulah datang nurse terkedek kedek tanya kenapa ni? Eh muntah ye kejap ye. Dia ambil plastik untuk aku isi muntah lagi, aku nak muntahkan apa lagi? Semua dah keluar ikut mulut dengan jubur๐Ÿ˜‚ takde ape nak keluarkan dah pastu dia blah buat kerja dia, aku pun muntah yang ada dekat mangkuk tangan aku ni aku tuang dalam plastik tu, aku pandang maisarah, maisarah pandang aku, last last aku terkelu. " mai kau ada tisu tak?" aku sedih gile time tu aku harap mama aku ada dekat sebelah aku, "em takdelah" maisarah pun tolong dapatkan tisu, aku lap muntah aku sambil aku bagi pujian yang negatif dekat nurse tadi, aku puji hospital tu, aku puji doktor lelaki tu, 

Dialah tolong belikan aku air mineral dan roti, aku sungguh bernasib baik ada maisarah ni. Aku syukur sangat dia seorang yang baik walaupun dia sakit tetap dia tolong aku, tak lama lepas tu dia kena ambil ubat. Aku jadi sedih balik, aku fikir nak balik je time tu. 

Aku baring merenung atas. Maka datanglah sekumpulan doktor check satu persatu patient. Doktor wanita sedang describe dan terangkan apa yang dialami oleh patient tersebut kepada orang orang yang pakai coat putih. Aku pun ouh diorang ni doktor praktikal ke? Aku nampak doktor lelaki yang masa mula mula rawat aku dalam group tu ouhh praktikal patutlah, sampai part aku, berkerumun orang orang ni keliling aku, doktor lelaki tu bagitahu "kesakitan" aku dekat doktor sebenar. Doktor sebenar tu pun cakap aku kena food poisoning, 

"So? Saya dah boleh balik ke belum doktor?"
Semua gelakkan aku, doktor tu senyum je 
"ehh tak boleh balik lagi, nanti saya suruh nurse bagi awak ubat lepastu awak kena pindah ke wad lain. Tunggu nadi awak stabil baru awak boleh balik" come on dah malam2 buta baru dapat layanan yang sangat baik. Aku pun 
"lahh tak boleh balik lagi keee??" 
Eishhh diorang gelakk lagi,, aku dah cukup merana duduk sini walaupun kejap terasa macam lambat je masa berjalan.

Alhamdulillah dengan dipaksa minum air masak satu jag, dipaksa buka jaket aku sampai menggigil seluruh badan, hanya dengan baju lengan pendek sahaja dan dimarahi kerna tak mahu habiskan air mineral walhal aku sering berulang alik ke tandas, tekanan nadi aku jadi normal balik.

Sudah aku malas nak ingatkan. Aku just nak share pengalaman sedih aku tapi Allah takkan membebani umat manusia dengan ujian yang tidak boleh dihadapinya, Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, Allah sangat baik bagi aku ujian begini, kita tak tahu ada yang lebih teruk dari yang ini, aku harap mereka kuat, Jangan salahkan takdir yang ditetapkan maka berbaik sangka lah dengan Allah, Alhamdulillah.

Terima kasih dan Assalamualaikum๐Ÿ™‹

       ( aku sayang sangat tanganku /ฯ‰\❤ )

Sakit Itu Penghapus Dosa.

Assalamualaikum ๐Ÿ™‹ and hai๐Ÿ–

Bertemu kita kembali dalam rancangan dah taubat ke belum?? Hahaha naahhh saje je๐Ÿ˜‚ 

Okey kita sambung semula ceritera tentang aku yang terkena KERACUNAN MAKANAN!! Kenapa aku boldkan?? Sebab it's CURSE!! .. Kalau siapa yang pernah kena memang tau perasaan dia macam mana. Kau terpaksa keluar masuk tandas, yang keluar bukan ๐Ÿ’ฉ tapi semburan ✨✨ (bayangkan lah sendiri). Dalam masa yang sama bulan tu jatuh tepat (period๐Ÿ˜“) masa kau mula sakit ๐Ÿค’ itulah ujian aku pada masa tu.

Di saat matahari tegak di kepala, aku menyusuri jalan bertar, kami dimaklumkan berkumpul di auditorium, ada yang mengeluh sakit, ada juga yang bernasib baik, kami berduyun-duyun masuk auditorium.

Sampai sahaja "okey, korang boleh tolong kemas-kemas tak? Kutip sampah yang bersepah, sementara tunggu Encik Faizal,blaa blaa blaa" 
Ewahh ewahh ewahhh aku baru nak rest dah lah sakit perut ni masa tulah aku dah mula rasa lain macam tapi nak buat macam mana ek aku pun start lah pusing2 kutip sampah yang kecil2 je, yang angkat2 barang aku bagi kat lelaki semua.

Dah selesai semua aku pun rasa macam dah sakit kepala bagai dengan rasa senak, aku duduk jap. Datanglah Atikah (dia ni MPP) tanya aku okey ke tak, aku cakap sakit perut tapi aku boleh tahan,aku sanggup tunggu phone masa tu Encik Faizal tak sampai2 lagi.. Pastu lelama tu Atikah start risau dia paksa aku pergi bilik warden. Aku pun haaaa yelah yelahh aku pergi. Sampai bilik warden tu cakaplah yang aku pun terkena sakit perut, masa tu ada dua orang budak perempuan kena juga so aku duduk tunggu doktor.. 

Skip.
Doktor check tekanan nadi aku tinggi yang amat so dia suruh pergi klinik. Okey aku folow.
Aku balik dorm aku, buka baju kain semua hahahaha yelah kawad pakai baju kurung panas wooo, masa tu aku tak makan tengahhari langsung terus ke tandas ulang alik, ulang alik, penat. Pastu aku cari bantal peluk aku, aku nak tidur, aku tak boleh tidur.

Babamm!! Terasa hati aku dipanah petir, mata aku mula panas, hati aku betul-betul sedih, empangan aku pecah aku menangis semahu mahunya,

tiada sorang pun yang dengar, aku panggil mama aku, 
"maa.. Ana sakit perut maa,, sakit sangat maa, ana rindu mama,, " 
Sumpah aku rindu dengan mama aku, adik beradik aku, aku cuba tahan air mata aku, aku tarik nafas dalam2, aku pujuk hati aku sendiri, "bro, kau kena kuat bro!! Kau kuat bro! Aku tahu kau kuat" andddddd aku berjaya pujuk diri sendiri. Susah woi nak hadap benda ni sorang2 yess itu pengalaman aku sendiri. Mungkin ada yang lebih teruk orang lain pernah kena, kita tak tahu, jadi aku belajar erti bersyukur yang sebenar-benarnya.

Next location : Klinik Lanchang

Aku terketar-ketar masa tu, nasib baik ada maisarah. Dia lah kawan first aku masa tu. Kami kena buat ujian air kencing dan ujian darah haihh dah lah dua2 berdarah๐Ÿ˜‚ eippp shuuhh shuhh.. 
Doktor yang sama rawat aku.. " suhu awak makin tinggi ni, sampai terketar ketar awak ni masuk air eaah" aku pun angguk je lah ikut cakap doktor tu 
Haa ni yang part kelakar..
Masa aku kena masuk air tu en time mula2 tu aku kena tunggu kat kerusi,, ramai masa tu masuk air so takde tempat nak baring aku pun start lah borak2 dengan maisarah.. Nak tahu tak apa aku pikir masa tu?? Aku kena survive,, aku kena survive then aku paksa diri aku bercakap kalau tak bercakap memang aku takkan survive.. Aku tanya nama dia, aku tanya macam2 ah dan yang paling penting aku minta nombor dia.. Tu mesti penting buat masa tu.. 
Lama2 tu kami terpisah buat sementara. 

Lalu datang abang nurse ni check bottle drip aku "eah tak turun ke?" mula-mula dia jentik jentik je pastu dia tampar tampar tertariklah tiub "Aduh bangg sakit bangg"  "ha yeke soryy soryy dik ni haaa tak turun kejap yee" pastu dia gelak2 je sambil2 betulkan bottle drip aku,, aku pun sengih2 je lah,, haa yelahhh, abang nurse lagi satu tu gelak2 je,, pastu abang nurse yang satu lagi tu datang check ahh sudahh tersenyum senyum je dia pandang aku.. 

Okey sampailah habis 2 bottle drip datanglah doktor tu check. Dia ckap nadi aku still tinggi dia syorkan aku pergi hospital,, aku rasa sesak sikit,, kenapa aku kena pergi hospital?? Aku tanya kalau tak pergi boleh? Doktor tu pun "hmm boleh tapi apa2 risiko awak yang kena tanggung sendiri".. I can't say anything dan saat itu aku call mama aku ngadu aku kena pergi hospital bagai, saat tu aku redha apa yang nak jadi jadi lah, mama cakap "pergilah na, hmm", mama aku risau aku kat sini.. Aku pun haa tawakal jelahh.

"bang, ada orang request siren"
Ni no ni no ni no ni no~๐Ÿš‘ 

Hakhakhakkk nak tau siapa yang request siren? Nantikan dalam Dah Taubat Ke Belum?? part 2.. Eh salah Sakit Penghapus Dosa Part2.

Bye kalian๐Ÿ˜‚๐Ÿ–


It All About Tittle.

Naahhh.... Aku keliru nak pilih nama pena sama ada Aku Sang Lagenda or Aku Sang Legend.. So dua dua ni sama je sebenarnya maksudnya tapi nak bagi sedap nama pena aku pilih pilihan  yang kedua je lah.

Ok bye ๐Ÿ˜‚๐Ÿ‘Œ

Okey stop aku ubah fikiran lagi ๐Ÿ˜‚. Tiba-tiba nak pakai nama Aku Sang Lagenda sebab aku orang melayu, jangan perlekehkan bahasa melayu hahaha๐Ÿ˜‚

Okey daaa๐Ÿ™‹

Mencari Hidup

Assalamualaikum. ๐Ÿ™‹

Naa,, aku cuba cuba menulis manalah tahu aku berbakat dalam penulisan hahaa.

Okey firstly aku perkenalkan diri dulu,
Aku dikenali sebagai Ana (nama panggilan) umur 21 tahun, anak ke 4 dari 7 orang beradik, orang Nogori 9, pekerjaan nope takdo laie.. Hobi aku adalah menonton anime dan bermain gitar (kenapa tak percaya? ๐Ÿ˜), Cita-cita aku buat masa ni aku nak jadi body builder wkwkwkwk selalu berubah2 mengikut masa.

Okey aku tak tahu nak cerita apa tapi aku akan ceritakan awal perjalanan ku menimba ilmu di perantauan,, cehh macam jauh tapi dekat pahang je,

Begini, aku baru start sambung belajar awal tahun 2020, aku ambil SPM pada tahun 2016 mesti ramai pelik asal tak sambung awal-awal? Result cantik kenapa ambil Sijil? Ramai mempersoalkan apa yang aku buat.

Aku dilahirkan dalam suasana keluarga yang agak kurang berada tapi syukur alhamdulillah rezeki kami cukup.

Dalam setiap orang mesti ada kelebihan dan kekurangan, aku seorang yang agak pendiam (dengan orang asing jelah) tapi bila orang yang aku kenal lama memang sifat aku berubah 360 darjah. 

Aku ditempatkan di IKBN Temerloh, Pahang, kenapa ditempatkan? Sebab aku tak sangka apa yang telah aku dapat. Memang aku tak jangka aku akan sambung belajar sebab aku masih tidak berniat dan bukan aku yang memilih jurusan, yezza jurusan itu yang memilih aku. Aku mohon dalam e-kampus ada 3 pilihan so aku klik ke mana2 yang berkenan kat hati cewahh macam shopping dalam online๐Ÿ˜‚ so jurusan yang memilih aku adalahhhhhhh jaajaannggggg shingg shingg ✨✨Jurusan Sijil Semburan Cat. 

Haaa lepas tu aku pun tunjuk dekat akak along aku and mama aku untuk tahu apa reaksi diorang kalau mama aku izinkan aku pergi kalau mama tak izinkan gamaknya aku sekarang sedang tuuuuuuuttttt hahahaha aku pun tak tahu apa yang akan berlaku,, now baru ku tahu means "Walau sehebat manapun kita merancang Tapi Allah yang menentukannya". Dengan restu dan doa mama ku perjalanan aku lebih baik saat itu.

Skip,
Next, masa aku daftar tu wuuu aku rasa macam wahh betul ke ni nak pergi belajar sedangkan kawan aku masing masing dah nak habis belajar ada yang tengah praktikal, so aku pun takpa aku ada doa mama aku, slow slow aku pijak tangga kehidupan aku, 

Masuk je pintu pendaftaran memang ramai pakcik2 dan makcik2 tengah daftarkan anak diorang,, apa yang aku perasan masa mula2 semua budak2 yang daftar adalah lelaki dan yang lebih menggelikan hati aku semua pakai baju kemeja putih, seluar hitam, kasut fuhhhh berkilau hitamnya,, aku pandang mama and akak along aku silih berganti, aku dalam hati "eeeeeekkkkkkk aku sorang jeke pakai baju casual warna hijau pulak tu, then aku sorangg jekeeee perempuan??!!" hahahaha aku rasa cam woww yang jaga pendaftaran tu Atikah (skang dah jadi kawan) dia cakap kat aku sambil senyum " awak perempuan first yang daftar dan awaklah perempuan yang first amek jurusan semburan cat ni", aku pun wahh bangga ahh aku pun senyum je lah. Then aku berurusan dengan Encik Azizul ketua jurusan semburan cat, dia tengok aku "awak yakin ke nak ambil jurusan ni?" aku pun angguk. "sebab saya tengok result spm awak ni cantik ni? Kalau awak nak tukar jurusan pun boleh ni" aku pun macam so why? Aku tak boleh amek jurusan ni ke? Yg tak perlu susah2 nak belajar, dan tak pakai laptop.. Aku tak cakap, aku senyap dan angguk, Encik2 lain semua berkumpul concern and curious result cantik tapi ambil sijil "wahh awak tak nak ambil diploma ke? Blaa blaa blaa......." "Cantik ni result awak, sayang kalau ambil semburan cat..." blaa blaa blaa..

Yeah persepsi orang lain berbeza dengan kita jadi aku tetap keras kepala dengan aku punya cerita so dia cakap camni "kalau awak tetap nak ambil takpelah dah awak minat nak buat macam mana" naaaahhh suatu hari nanti aku boleh tunjukkan bukti kat kau bila aku dah berjaya.. Kalau ada orang baca kisah ni please jangan mengeluh atau berprasangka buruk, aku berbeza dari orang lain.. Kau pun berbeza dari aku,, so that it.

Aku teruskan dengan orientasi. 

Handphone diambil sehingga seminggu. Dan guess what? Aku tiada jam tangan untuk mengetahui waktu sekarang so bayangkan macam mana aku nak bangun pagi pergi berkumpul tempat2 yang tertentu.. Aku macam tawakal je lah kalau orang dulu2 boleh hidup tanpa jam aku pun mesti boleh macam mana nak uruskan hidup tanpa jam,, 

Then aku pun lewati hari2 orientasi berkawad lah apalah macam macam yang selalu ada dekat mana2 tempat belajar sama cuma itu berbeza tempat. Ada disaat saat aku jatuh dan sakit aku simpan sendiri yelah perempuan sorang lelaki ramai. Hmm bercakap tentang ni keluarlah topik berkawan.

Kawan, friend, sahabat, member, 
Aku sangat sangat tidak berminat untuk mengenali sesorang yang bernama kawan sebab kalau ada diorang akan ejek fizikal aku yelah aku ngaku aku gemuk, tak cantik, tak lawa, tapi aku juga manusia biasa yang mempunyai hati. Aku hanya biasa2 je kalau borak2 pun gitu2 je takde ape.. Dan siapa yang berbaik dan berbahasa dengan lembut dekat aku memang aku hargainya dan apa yang membuat aku bertahan adalah aku seorang yang agak kasar dan aku tak minat lelaki.. Yess,, yang aku pernah meminati semua menghina fizikal dengan pandangan mata diorang, aku tahu, ya aku tahu susah jadi aku kalau korang nak tahu, sampaikan kawan aku main sama2 time kecik still dh besar pun still hmm malehh nak cakap. 

Okey skip. 
Saat hari terakhir orientasi kami ada perbarisan.. Aku lupa perbarisan apa tapi semua senior dah balik ke IKBN dan menyaksikan kami berkawad masuk padang, guess what?? Akulah Sang Legend yang akan memimpin semua lelaki wkwkwkwk maksud aku ketua platun, sebenarnya ketua platun adalah tanggungjawab Panjang (classmate now) tapi dia takut lupa dan diorang semua vote aku gantikan panjang.. Jadi aku gunakan segala ilmu kawad, aku jalankan tugas aku dengan baik.. Kalau korang nak tahu sebelum masuk padang tu masing2 dah kalut sakit perut dengan aku2 sekali sakit so kami tahan sampai habis last2 kami yang sakit perut keracunan makanan. Itulah pengalaman pahit aku start hari terakhirnya orientasi.

Sekian saja dari Aku Sang Legend, nanti ada masa aku akan cuba coretkan lagi untuk sambungan apa yang terjadi semasa aku keracunan makanan. 

Ok bye๐Ÿ™‹.



Update,
Aku saja nak tayang gambar aku pakai kain masa kawad๐Ÿ˜‚ 
 
Kalau nak tahu masa tu aku sangat sangat nervous tapi aku rasa bangga walaupun fizikal aku begitu tapi aku boleh tunjukkan keberanian aku dengan lantang. Jadi, gadis gadis yang sudi membaca tolong bangga dengan diri sendiri, walaupun kita ada kekurangan, cari kelebihan itu sendiri, diri sendiri je boleh bantu sebab kita faham kita sendiri. 

Ok, ciauu,, Peace No War✌๐Ÿ˜Š

Headache

Sudah masuk 3 hari kepala aku macam nak meletup. Rasa macam nak tumbang tapi aku masih gagah berdiri walaupun terumbang ambing. Payah nak ke...