Menyimpan

 



Assalamualaikum dan hai🙋

Aku selalu terfikir macam mana nak menyimpan duit, sebab asyik berbelanja je, lagi lagi naik sem baru ni kena bayar yuran, lagipun aku pening mana satu jumlah yang betul RM 60 ke RM90?? 

Takpa nanti confirmkan balik. 

Eipp eipp apa aku nak cerita lupa dah,, haa macam ni, aku terjumpa BSN eSSP Saving dalam MyBSN online, aku pun klik lah ape benda ni. Oh aku baru tahu dalam simpanan biasa boleh lagi menyimpan dengan simpanan SSP.


Aku pun tanyalah pakcik Google apa benda SSP ni. Nama full dia SSP ni Sijil Simpanan Premium, tapi aku still tak faham, adakah ianya sama dengan ASNB?? Ke macam melabur??





Bila aku nampak brochure ni baru aku faham sikit,, jadi aku pun fikir nak menyimpan bila setiap kali elaun aku masuk. Setiap bulan RM 10 kalau setahun RM120. Jadilahh...Tak mampu nak menyimpan beribu riban sebab aku pun still pelajar kalau ada rezeki lebih simpan lebih. Siapa untung? Aku juga😁

Tapi enn dulu kann... Aku suka buat tabung pakai kotak kasut. Lepas tu aku balut cantik- cantik pakai kertas putih A4 yang tak pakai, then aku lukis gambar Monkey D. Luffy atas tabung aku. Sebab aku minat gila One Piece. Sampaikan cover phone aku yang terkini gambar Luffy



Hahaha aku simpan lagi sampai sekarang ni, tersangatlah sayang tabung luffy aku nii..sampai buruk dah tabung ni..

Lepas ni semangat sikit nak menyimpan sebab aku rancang nak buka bengkel cat, harap dipermudahkanlah urusan aku nanti. Aminn.. 

Kata-kata terakhir aku, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, Jum menyimpan untuk masa depan walaupun aku baru nak start, yang dah lama menyimpan tu teruskan sampai mencapai kejayaan. 

Jumpa lagi 🙋

My First Giveaway by Blog Sal

 


Assalamualaikum dan hai🙋

Curi masa kejap sebelum pengajar masuk, tugasan dah siap sambil itu kita blogwalking kejap, ternampak lah GA ni, ajumm kita meriahkan lagi beramai ramai, yang menariknya adalah hadiah misteri akan dimenangi siapa yang bertuah.

Tarikh tamat pada 8 Februari 2021, 11.59 malam

Good luck semua peserta!!


Giveaway Sii Nurul

 Assalamualaikum dan hai🙋

Setelah lama tak aktif disebabkan masa study aku yang busy aku ambil lah masa sedikit lepas kelas.

Bismillah,,

Jum meriahkan giveaway sii nurul, boleh lah kita tambah ramai kenalan di blog , akan ada 2 orang pemenang bertuah!! Wahh,, manalah tahu diri bertuah hehe



Kelas dah nak start daa.. Kalau ada masa terluang aku nak recommend anime romantik lah, sebab ada permintaan en tak sempat nak jawab,, maaf deh 🙏

Jumpa lagi🙋

Besoknyee,, aku ada di pahang


Assalamualaikum dan hai🙋

Besok aku dah gerak balik ikbn temerloh, hmm sedih pula, kejap je 2 minggu berakhir, nak cuti lagi tunggu 3 bulan lagi cuti midd semmm yeahh.. 

Tapi keadaan pahang agak tak selamat buat masa ni, kebanyakan tempat yang dekat dengan sungai dah banjir, harap haraplah perjalanan ku besok selamat sampai, aminn..

Jadi, aku akan sibuk sedikit untuk menguruskan blog aku yang dah tak ceria dengan ceritera mengarut aku huhuhu sebenarnya banyak aku nak share tapi mood rajin tuh kena ada maklumlah aku ni bukannya rajin update di sosial media macam wasep dengan facebook aku sunyi je ngeh ngeh ngeh..

Sebenarnya aku busy tengok animeee dan kdrama Mr.Queen, aku syorkan cerita Mr.Queen dekat korang sebab bestt gileee.. 






Aku tengok cerita dia perghh gelak aku dari dalam bilik sampai ke depan rumah boleh dengar hehehe okey stop sampai disini.

Udahh leeww besok nak kena bangun awal. Btw, enjoyy lagu dari youtube and the kdrama, yoshaa🙋 

Dandelion

  Seem like my writing style has been stop for a while.