Kemalangan

Bagaikan patahnya kaki berjalan diatas muka bumi, itu yang aku rasa. Kemalangan setahun lalu yang tidak dapat aku lupakan membawa trauma yang susah diubati.

Setahun lalu, aku gembira nak balik kampung, rumahku di negeri sembilan. Perjalanan dari jerantut ke jempol mengambil masa 3 jam lebih untuk sampai. Aku putarkan lagu yang aku Bluetooth kan dari Telefon bimbit. Aku masih ingat tajuk lagu salahkan aku daripada Fimie Don. 

Aku pandu kancilku dengan santai melayan selekoh tajam dengan perlahan, dengan mengejut satu motorsikal laju terbabas muncul memasuki lorongku dari hadapan. Aku dapat rasakan nyawaku hampir dihujung tanduk kerana motorsikal muncul jarak yang paling dekat aku anggarkan dalam 5 meter dari kancilku. Dengan cepat aku memijak pedal brek semampuku. Bunyi yang kuat menghentam depan kancilku, cermin hadapan pecah berderai mengenai tangan dan muka ku. 

"ALLAH!!!!" 
Benarlah disaat saat kematian kita akan takut dan hanya berharap pada Allah. Sakit, semua yang aku rasa sakit. Dan yang paling aku takuti adalah kenderaan belakang akan menghentam aku ketika aku brek mengejut. Aku pandang sekilas di cermin pandang belakang, kosong. Aku menangis dan seluruh tubuh aku mengigil ketakutan. 

Ketika aku melihat kancil ku semasa berada di luar, hancur luluh perasaan aku. "Ya Allah, macam mana aku nak pergi intern nanti?" Aku menangis semahu mahunya. 

Aku memandang sekilas mangsa yang pandu motorsikal itu, apakah hidup atau mati? Aku tidak tahu. Aku tidak dapat berfikir dengan waras ketika itu. Ramai yang datang membantu dan menenangkan diriku. 

Syukur, aku hanya mengalami luka kecil daripada cermin kaca sentakan tali pinggang. Jika diingatkan semula, aku dan kancil banyak melawat dibeberapa tempat yang seronok. Salah satu yang paling digemari adalah di Paka, Terengganu. 
Aku memasang impian untuk mengembara lagi dengan kancil namun impian itu tinggal angan angan. Sudah tiba untuk aku lepaskan rasa rasa sakit dan ubati trauma ketika memandu. Aku berharap aku dapat pekerjaan yang bagus supaya aku dapat berjalan lagi seperti dahulu. 

Kemalangan

Bagaikan patahnya kaki berjalan diatas muka bumi, itu yang aku rasa. Kemalangan setahun lalu yang tidak dapat aku lupakan membawa trauma yan...