Assalamualaikum dan hai🙋
Hohoho aku tak tahulah nak share ke tidak tapi tetap nak share juga apa yang aku rasa, Akhirnya setelah beberapa minggu melaksanakan challenge army run ni aku dapat habiskan larian sebanyak 31.8KM.
Firstime aku join ni, lepas ni tak join dah sebab aku akan kembali ke iktbn semula pada 28 September. Tapi aku tetap akan teruskan larian nanti disana sebab dah jadi rutin harian aku.
Apa yang aku rasa masa lari hmm mestilah penat tapi aku rasa seronok bila ada teman, time seorang aku akan banyak berfikir dan bercakap sendirian, apa yang aku ngomelkan pun ntah pape yang keluar dari mulut aku ni, kadang sambil dengar lagu tu ade je makcik yang tengah siram pokok bunga ajak borak, "sorang je ke?"
Dengan termengah mengah, dengan hidung kembang kempis " iye makcik, sorang je" sambil sengih dan teruskan larian. Aku ni jenis yang susah sikit nak ajak borak, kalau aku ajak borak takpa😂
Setakat ni tak pernah lagi dikejar anjing walaupun banyak juga terserempak dengan diorang adehh gerun je time lalu dekat dengan rumah yang ada bela anjing ni. Bila anjing tu menyalak je dah luruh jantung aku, terhenti larian takut anjing kejar.
Ni baju dan medal yg aku dapat, cantik en? Aku minat baju macam ni sebab dulu cita cita aku nak jadi askar.. Disebabkan aku rabun hmm tak dapat tapi mungkin ada peluang bila ambil jurusan semburan cat ni. Mungkin.
Berat hmm tak turun tak naik😂 mama aku masak sedap tak boleh aku nak jaga,lagipun dah nak balik ke iktbn ni so aku makan supaya dapat tahan kempunan aku nanti, korang mesti tahu rasanya kan bila dah stay jauh en makan pun macam ada yang kurang, selera makan pun kurang, asyik teringat masakan mak sendiri. Kat sana aku em susah, makan hanya untuk tenaga je😂 dah macam pergi sekolah pagi dengan petang je rasanya.
Last taknak cakap apa dah, just peace no war 😂✌
hmmm rabun ni... sigh... i feel u sis
ReplyDeleteRight 😌
Delete