Sesat???

 Assalamualaikum dan hai 🙋 

Sudah seminggu aku berada di IKTBN aku masih tak berkesempatan untuk tulis blog aku ni, besok hari minggu so dapatlah aku luangkan masa untuk coretan. Walaupun hari ini penat dengan gotong royong, den totap nak cito pasal den tersesat dalam IKTBN. 

Kejadian ni aku teringat sebab agak menggelikan hati sedikit, aku tak tahu jalan pintu keluar sebab nak jumpa mama aku. Masa tu aku baru lepas keluar hospital dalam beberapa hari lepas tu mama aku nak datang melawat aku, mama aku jemput adik dari pulau pinang nak singgah sekejap ke pahang, jenguk aku yang sakit nii, kalau kau tak tahu kejadian tu boleh baca dekat sini

Masa mama aku sampai kat bawah, aku bersusah payah turun ke bawah dari tingkat 3 keluar cari jalan dan aku pergilah tempat yang mungkin ada jalan keluar tapi apa yang aku nampak depan aku adalah padang bola. Aku stop tepi jalan di tengah panas, aku pandang belakang, aku jadi tak yakin dan keliru di mana jalan utama keluar masuk ikbn. 

"gruuu gruuu gruu"

Perut bunyi bunyi adehhh, ini sebab cirit birit punya pasal aku pun tahankan ajelah. Aku tak tahu nak buat apa. Aku duduk cangkung, tahan sakit perut sambil buka apps maps cari jalan keluar😂 




aku buntu sangat tak tahu nak buat apa masa tu, orang sakit tak boleh berfikir dengan betul masa tu jadi cara yang keluar search dekat apps maps, aku masih lagi terkial kial cari mana jalan keluar, mana jalan keluar niiii?!!! Tak jumpa. Tengah panas tu aku rasa macam nak nangis, wuuuu sumpah sedih cari jalan tak jumpa.

Tiba-tiba aku terdengar seseorang panggil nama aku, aku pusing belakang, aku gembira yang panggil aku tu kakak aku Alang, cepat-cepat aku bangun terus berjalan laju ke arah Alang, dia tanya aku buat apa duduk cangkung kat tengah panas, aku pun ceritalah cari jalan keluar, dia gelak ingatkan aku main dengan kucing sebab lama sangat.

Aku ikut je belakang Alang tak nak berpisah,

 "ehh dekat je kena belok kiri baru jumpa jalan keluar" 

Betapa malunya aku tak jumpa jalan keluar walaupun selalu juga jalan dekat situ tapi entah lah macam mana boleh tak ingat mungkin aku tak familliar lagi dengan semua jalan. But now sejak aku berjogging keliling IKTBN fuhhh bangga dah tahu nombor setiap bengkel.

Myahahaa itulah kejadian yang agak Menggelikan hati sikit sampai sekarang tengiang-ngiang dalam kepala aku. Kenapa aku boleh terfikir nak cari jalan keluar pakai apps maps ngehh

Setakat sini saja coretan pada malam ini, aku nak beradu, mata pun sudah berat,

Jumpa lagi nanti🙆

12 comments:

  1. hahahaa duhhh... xde org lalu lalang ke nak tnya jalan kluar ? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu tengahhari mmg xde org.. Hehehe nasib lah ada akak cari kita mne tak smpai lagi..😂

      Delete
  2. Nasib baiklah kakak jumpa. Kalau tak,masa habis mencari jalan je😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee itulah, kalau tak dh melalak dh cari jalan tak jumpa 😂

      Delete
  3. kelakar pon ya gak cite ni..hehehhe nasib baik tk sesat lama..

    ReplyDelete
  4. Adooo lawak seh sesat kat tempat belajar. tapi tak apa, besok boleh jadi kenangan manis. Padahal sebelah je jalan keluar. :)

    ReplyDelete
  5. ssalamualaikum. Tahniah kerana saudari telah dipilih sebagai salah seorang pemenang 9.9 Giveaway by Abam Kie. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.zukidin.com/2020/10/keputusan-99-giveaway-by-abam-kie.html. Tahniah dan terima kasih.

    ReplyDelete
  6. alo adoi siannya lahai dah lah perut buat hal time tu , sebaik boleh tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time tu sakit tak elok2 lagi,, alhamdulillah sekarang sihat walafiat,

      Delete

Macehh sudi komen blog kitee!!

Future Of Life

Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...