Assalamualaikum dan hai 🙋
Harini aku nak share resepi kek asam manis pula, sebabnya ni kek favourite aku, time kecik dulu mama aku suka buat pelbagai jenis kek, kalau nak bawa bekal ke sekolah sanggup simpan dulu nak kasi share dengan kawan-kawan dekat kantin, kadang janji dengan kawan semua bawa bekal lepas tu kongsi ramai-ramai, fuhhh memori terindahh zaman sekolah rendah dulu.
BAHAN-BAHAN
Bahan A
500 gram planta
300 gram susu pekat
Bahan B
10 biji telur
1 sudu ovelet
100 gram gula kastor
1 sudu esen vanila
300 gram biskut merry (dihancurkan)
5-10 paket asam manis
CARA-CARANYA
1. Pukul bahan A dan bahan B
2. Campurkan bahan A dan B dengan biskut merry yang dah dihancurkan
3. Masukkan beberapa asam manis ikut suka hati
4. Kukus selama 30-40 minit
Senang je kan, tak tahulah masih ada lagi ke orang suka makan kek asam manis ni, Tapi kalau korang nak rasa kek ni bolehlah cuba resepi mama kite ni.
selamat menjamu selera!!
nampak senang..tapi nak buat tu la... heheh ...
ReplyDeleteBiase memang mcam tu,, kena rajin tu dtg sndiri
Delete