Digital Arts Giveaway
SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM
Assalamualaikum and heyya guys๐
Bismillah, saya join ya๐
walaupun malam ni hampir nak tutup event ni maklumlah dah lama tak berblog walking. Sambil bersegmen bolehlah menambah kawan-kawan blogger baru nanti.
Goodluck!
Bumblebee??
Assalamualaikum dan hai๐
Waktu-waktu cuti sem ni memang busy dengan family jadi agak bersawang blog aku ni,
Hmm, nak tahu tak? Aku adalah orang yang paling lambat balik dalam blok wanita tu, aku nak ceritakan tapi eheks nanti kita buka topik lain.
Adalah kereta ni nak cat kaler golden yellow, Tuan punya kereta nak buat cat dalam dan luar side kereta jadi kawan aku sorang ni join lah bantu tuan punya kereta, aku pun nak tolong sebab macam best je daripada tiada kerja en.
Jadi aku tunjukkan hasil yang adalah aku tolong sikit-sikit buat pengalaman dekat bawah.
Sebelum proses mengecat ni sebenarnya ada proses yang paling penting sekali iaitu proses membaiki kecacatan yang ada dekat badan kereta, ini ambil masa yang sangat lama kalau kereta tu teruk lah macam eksiden habis kemek sana sini jadi kenalah repair body dulu.
Jadi kat bawah ni step lepas preparation dah siap semua, kereta akan dispray dengan epoxy primer. Kegunaan dia untuk tengok sama ada masih lagi ada kecacatan atau tidak dan nak dapatkan kaler yang tepat.
Mesti tak faham kan? Aku bagi contoh lah kalau besi kaler hitam nak cat kaler kuning macam bumblebee mesti jadi kaler lain en? Jadi kita kena cat putih dulu baru kaler kuning. Gituu..
Bawah ni kita main bancuh cat ala-ala teh tarik sikitt ๐
Perjalanan Lasak
Tempat: Bukit Woh atau dikenali sebagai lata pacat di Lanchang, Pahang
Assalamualaikum dan hai ๐
Lama dah tidak update blog ni, fuhh setelah lama menyepi sibuk dengan tanggungjawab pelajar, hari ini aku nak luangkan sedikit masa update blog tentang aktiviti yang baru saja aku jalani iaitu perjalanan lasak. Gasakk tak tahu lah aku bantai saja ikut program ni.
Jadi aku nak kongsikan secara kasar dengan gambar di bawah ni.
Air terjun ni ada 4 tingkat tau dan tempat ni agak tersembunyi dan tak banyak orang tahu jadi kalau nak cuba hiking tempat ni boleh lah datang tapi sebelum tu kena cari info dulu sebab pengajar saya cakap kena minta izin orang kampung dulu sebelum masuk ke tempat ni.
next time ada masa aku berceritera lagi. Semoga sahabat blogger sihat sihat belaka.๐
Kasut Terbang
Assalamualaikum dan hai ๐
Huuuuu dah lama tak update blog ni, asyik tertangguh je bila nak menulis ni sebab asyik putus idea nak cerita apa yang menarik.
Semakin hari semakin sibuk dengar tanggungjawab pelajar jadi hari ini aku luangkan masa sikit untuk blog tercintaa aku ni,
Hmm ini pengalaman aku yang agak memalukan tapi kelakar lah, kiranya ini tak pernah lagi dialami oleh orang lain, mungkin sesetengah yang pernah alami pengalaman kasut sendiri terbang ke langit tujuh dan disaksikan oleh orang ramai ๐
Waktu itu umurku baru tingkatan 1 atau 2 (aku tak ingat), pagi rabu ada kuiz sempena bulan kemerdekaan, cikgu panitia sejarah anjurkan pertandingan kuiz di tapak perhimpunan, soalan ni paling aku ingat
"apakah warna payung diraja?"
Aku masa tu suka tanggalkan kasut letak tepi jadi masa nak jawab tu aku terus cepat-cepat bangun nak jawab pakai kasut pun ala kadar, masa tengah jalan, piiuuuuuuu sebelah kasut aku tercampak tinggi and paaapp tepat jatuh ke tepi budak-budak lelaki,
Semua yang ada kat tapak perhimpunan tu tergelak besar dengan cikgu-cikgu sekali tergelak tak habis-habis, aku jalan sambil tersipu sipu malu ambil kasut aku terus pergi depan pentas tu, terus pakai kasut kat situ, cikgu Azman yang tengah pegang microfon terkekeh- kekeh.
Muka aku dah malu gila kat depan situ "cikguu,, janganlah gelakk"
Setelah reda cikgu bagi aku jawab, jawapan dia kuning. Nasiblah, dapat hadiah itu pun cikgu bagi dengan tersenyum sambil geleng kepala. Cepat-cepat aku balik ke tempat aku semula.
serius ini agak memalukan dan bila aku teringat balik kejadian tu, aku sengih sendiri, lawak, serius lawak๐๐ satu sekolah tengok kasut aku terbang. Tapi itu lah buat aku femes sekejap๐
Hehe rindunya zaman sekolah dulu. Zaman nakal sekali seumur hidup je dapat lalui dan hari ini aku kena terus berjalan dan mencipta memori terindah di sini. Walaupun sahabat kini sedang mamasuki alam bekerja dan aku masih tertatih belajar aku berharap aku juga boleh jadi seorang dewasa yang berkerjaya suatu hari nanti.
Next time kalau ada masa, aku share tips tentang kereta atau apa apa saja yang berguna dekat korang nanti.
Jumpa lagi.
Tuah Dan Terima Kasih
Assalamualaikum dan hai๐
Tanpa disangka-sangka aku telah pun terpilih sebagai pemenang bertuah untuk 9.9 Giveaway by Abam Kie.
Alhamdulillah, semoga rezeki Abam Kie makin melimpah ruah. Tahniah juga buat pemenang yang lain iaitu:
1. http://www.aimisyahirah.com/2020/09/99-giveaway-by-abam-ki.html
2. http://www.zianaeunos.com/2020/09/99-giveaway-by-abam-kie.html
3. https://www.nieylanadia.com/2020/09/99-giveaway-by-abam-kie.html
4. https://belognoordiana.blogspot.com/2020/09/99-giveaway-by-abam-kie.html
Masa nak claim hadiah GA ni boleh pula tersalah nombor aiyaaa segan pula saya adehhh gembira sangat sampai tersalah taip nombornya.
Dan buat yang tidak dapat aku doakan semoga rezeki mereka juga dilimpahkan, aminn.. Mama aku selalu cakap, jangan risau rezeki kita ada yang penting solat dan doa minta je apa yang kita nak, mesti dapat. Semoga dipermudahkan untuk semua.
Sesat???
Assalamualaikum dan hai ๐
Sudah seminggu aku berada di IKTBN aku masih tak berkesempatan untuk tulis blog aku ni, besok hari minggu so dapatlah aku luangkan masa untuk coretan. Walaupun hari ini penat dengan gotong royong, den totap nak cito pasal den tersesat dalam IKTBN.
Kejadian ni aku teringat sebab agak menggelikan hati sedikit, aku tak tahu jalan pintu keluar sebab nak jumpa mama aku. Masa tu aku baru lepas keluar hospital dalam beberapa hari lepas tu mama aku nak datang melawat aku, mama aku jemput adik dari pulau pinang nak singgah sekejap ke pahang, jenguk aku yang sakit nii, kalau kau tak tahu kejadian tu boleh baca dekat sini.
Masa mama aku sampai kat bawah, aku bersusah payah turun ke bawah dari tingkat 3 keluar cari jalan dan aku pergilah tempat yang mungkin ada jalan keluar tapi apa yang aku nampak depan aku adalah padang bola. Aku stop tepi jalan di tengah panas, aku pandang belakang, aku jadi tak yakin dan keliru di mana jalan utama keluar masuk ikbn.
"gruuu gruuu gruu"
Perut bunyi bunyi adehhh, ini sebab cirit birit punya pasal aku pun tahankan ajelah. Aku tak tahu nak buat apa. Aku duduk cangkung, tahan sakit perut sambil buka apps maps cari jalan keluar๐
aku buntu sangat tak tahu nak buat apa masa tu, orang sakit tak boleh berfikir dengan betul masa tu jadi cara yang keluar search dekat apps maps, aku masih lagi terkial kial cari mana jalan keluar, mana jalan keluar niiii?!!! Tak jumpa. Tengah panas tu aku rasa macam nak nangis, wuuuu sumpah sedih cari jalan tak jumpa.
Tiba-tiba aku terdengar seseorang panggil nama aku, aku pusing belakang, aku gembira yang panggil aku tu kakak aku Alang, cepat-cepat aku bangun terus berjalan laju ke arah Alang, dia tanya aku buat apa duduk cangkung kat tengah panas, aku pun ceritalah cari jalan keluar, dia gelak ingatkan aku main dengan kucing sebab lama sangat.
Aku ikut je belakang Alang tak nak berpisah,
"ehh dekat je kena belok kiri baru jumpa jalan keluar"
Betapa malunya aku tak jumpa jalan keluar walaupun selalu juga jalan dekat situ tapi entah lah macam mana boleh tak ingat mungkin aku tak familliar lagi dengan semua jalan. But now sejak aku berjogging keliling IKTBN fuhhh bangga dah tahu nombor setiap bengkel.
Myahahaa itulah kejadian yang agak Menggelikan hati sikit sampai sekarang tengiang-ngiang dalam kepala aku. Kenapa aku boleh terfikir nak cari jalan keluar pakai apps maps ngehh
Setakat sini saja coretan pada malam ini, aku nak beradu, mata pun sudah berat,
Jumpa lagi nanti๐
Selamat Tinggal Kesayangan
Haahhhhh
aku mengeluh besok pagi dah nak balik ke iktbn, rasa berat nak pergi tapi aku terpaksa pergi untuk capai cita cita yang tidak tercipta lagi.
Aku tinggalkan gitar aku, sedihh, malam hujung minggu aku nak lepak macam mana lah,, selalunya aku lepak dekat tepi tangga sambil menggembirakan hati aku sendirian, itu sahaja yang bisa mengisi rasa kekosongan.
6 bulan aku cuti duduk rumah tak terasa lamanya, aku akan rindu segalanya dekat sini, aku kena tahan, aku kena kuat, hati tetapkan tujuan mu yang dah lama terbengkalai.
Ahh sedih nak tinggalkan keluarga aku tapi aku kena pergii arghhhh!!! Hahaha aduyai,
I need to go!!
Assalamualaikum dan selamat tinggal kesayangan.
Resepi Kek Asam Manis
Assalamualaikum dan hai ๐
Harini aku nak share resepi kek asam manis pula, sebabnya ni kek favourite aku, time kecik dulu mama aku suka buat pelbagai jenis kek, kalau nak bawa bekal ke sekolah sanggup simpan dulu nak kasi share dengan kawan-kawan dekat kantin, kadang janji dengan kawan semua bawa bekal lepas tu kongsi ramai-ramai, fuhhh memori terindahh zaman sekolah rendah dulu.
BAHAN-BAHAN
Bahan A
500 gram planta
300 gram susu pekat
Bahan B
10 biji telur
1 sudu ovelet
100 gram gula kastor
1 sudu esen vanila
300 gram biskut merry (dihancurkan)
5-10 paket asam manis
CARA-CARANYA
1. Pukul bahan A dan bahan B
2. Campurkan bahan A dan B dengan biskut merry yang dah dihancurkan
3. Masukkan beberapa asam manis ikut suka hati
4. Kukus selama 30-40 minit
Senang je kan, tak tahulah masih ada lagi ke orang suka makan kek asam manis ni, Tapi kalau korang nak rasa kek ni bolehlah cuba resepi mama kite ni.
selamat menjamu selera!!
Special September Giveaway By Misha
Assalamualaikum dan hai๐
September tinggal lagi seminggu,
buat apa tertunggu-tunggu,
Pilihan yang berkenan di hati nombor satu,
Ajumm kita serbuuu!!
Kekeke pantun apakah iniii!!
SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM
Result Challenge
Assalamualaikum dan hai๐
Hohoho aku tak tahulah nak share ke tidak tapi tetap nak share juga apa yang aku rasa, Akhirnya setelah beberapa minggu melaksanakan challenge army run ni aku dapat habiskan larian sebanyak 31.8KM.
Firstime aku join ni, lepas ni tak join dah sebab aku akan kembali ke iktbn semula pada 28 September. Tapi aku tetap akan teruskan larian nanti disana sebab dah jadi rutin harian aku.
Apa yang aku rasa masa lari hmm mestilah penat tapi aku rasa seronok bila ada teman, time seorang aku akan banyak berfikir dan bercakap sendirian, apa yang aku ngomelkan pun ntah pape yang keluar dari mulut aku ni, kadang sambil dengar lagu tu ade je makcik yang tengah siram pokok bunga ajak borak, "sorang je ke?"
Dengan termengah mengah, dengan hidung kembang kempis " iye makcik, sorang je" sambil sengih dan teruskan larian. Aku ni jenis yang susah sikit nak ajak borak, kalau aku ajak borak takpa๐
Setakat ni tak pernah lagi dikejar anjing walaupun banyak juga terserempak dengan diorang adehh gerun je time lalu dekat dengan rumah yang ada bela anjing ni. Bila anjing tu menyalak je dah luruh jantung aku, terhenti larian takut anjing kejar.
Ni baju dan medal yg aku dapat, cantik en? Aku minat baju macam ni sebab dulu cita cita aku nak jadi askar.. Disebabkan aku rabun hmm tak dapat tapi mungkin ada peluang bila ambil jurusan semburan cat ni. Mungkin.
Berat hmm tak turun tak naik๐ mama aku masak sedap tak boleh aku nak jaga,lagipun dah nak balik ke iktbn ni so aku makan supaya dapat tahan kempunan aku nanti, korang mesti tahu rasanya kan bila dah stay jauh en makan pun macam ada yang kurang, selera makan pun kurang, asyik teringat masakan mak sendiri. Kat sana aku em susah, makan hanya untuk tenaga je๐ dah macam pergi sekolah pagi dengan petang je rasanya.
Last taknak cakap apa dah, just peace no war ๐✌
Tanah Dan Langit
Aku suka pandang atas sebab ada langit, ada awan, ada cahaya dibalik daun-daun hijau.
Kadang orang pelik "kenapa dia jalan pandang atas? Kenapa tak pandang ke depan?", aku diam terus berjalan sambil meneruskan pandangan aku seorang walaupun sedikit kabur.
Itulah kehidupan baru aku disuatu tempat seorang diri.
Bila aku berlari, mata aku tepat memandang tanah hanya seketika saat aku pandang ke depan mencongak berapa lama sampai ke destinasi, dan terus memandang tanah lagi.
Disaat berbicara juga mata ku tidak pernah tetap memandang ke depan kadang kebawah hanya seketika sahaja ke anak mata seseorang itu hanya untuk kepentingan namun hati aku cukup lemah untuk berlama lama dalam keadaan itu.
Itu kekurangan aku.
Namun aku tetap bangga dengan aku walaupun pelik dimata orang tapi itu adalah aku, jika sikap pandangan ku buat bumi terbelah dua baru aku ubah untuk keselamatan penduduk bumi.
Yang jernih ambil, yang keruh buangkan.
Jadi diri sendiri.
9.9 Giveaway By Abam Kie
Assalamulaikum dan hai๐
Harini kita join giveaway pulak dari rakan blog baru Abam Kie kita ni.. Selamat bertuahh semua yang join!! ๐๐
Aku Dan Gitar
Assalamualaikum dan hai๐
Ada siapa-siapa minat tengok orang main gitar tak?
Ada.
Siapa?
Akulah.
Aku pun tak tahu kenapa aku minat gila dulu dengan gitar sampai sanggup balik lambat lepas kelas malam semata-mata nak tengok member main gitar tuptup akak aku datang panggil balik ayoo kena marah.
Nampak tak betapa obsesnya aku dengan gitar. Tapi aku tidaklah terlampau obses cuma aku suka tengok orang petik.
Sebelum aku dapat gitar sendiri, aku belajar sendiri dengan gitar kawan aku.
Kamu Cover By Me
Assalamulaikum dan hai๐
Dah lama tak update blog ni sebab tiada idea nak hias macam mana blog ni so aku nak letak video aku menyanyi, walaupun suara macam katak panggil hujan aku tetap nak nyanyi juga muahaha
Aku nyanyi dekat apps smule then aku edit edit sampai jadi video, aku tak tahu cara nak letak terus jadi lagu so aku letak video jelah.
Lirik Lagu Kamu – Aiman Mamat
Menunggu hari-hari indah datang kembali
Berharap ada kekuatan untuk terus berdiri
Di sini ku lagi pada malam ini
Kan ku nyanyikan lagu ku
Hanya dikau yang ku mahu
Hanya dikau ku perlu
Sempurna hidup ku bila kau ada
Dalam hati ku hanyalah
Kamu
Kamu
Kamu ada di dalam hati ku
Kan ku nyanyikan lagu ku
Takkan ku ucapkan selamat tinggal kepada mu
Kerna ku tahu kau pasti ada bersama ku
Disini ku lagi saat semua pergi
Hanya kau ada menanti
Hanyalah diri mu
Hanya dikau yang ku mahu
Hanya dikau ku perlu
Sempurna hidup ku bila kau ada
Dalam hati ku hanyalah diri mu selamanya
Kamu
Kamu
Kamu ada di dalam hati ku
Kan ku nyanyikan lagu ku
Hanyalah untuk mu
Kamu
Kamu
Kamu ada di dalam hati ku
Kan ku nyanyikan lagu ku
Hanyalah untuk mu
Hanyalah untuk mu
Hanyalah untuk mu
Hope korang enjoy walaupun tak sedap๐๐ค
Sakit
Sakit, sangat sakit,
Aku tak tahu kenapa aku tidak bisa terima,
Aku tak boleh berbuat apa-apa,
Aku hanya mampu berdiam diri,
Sambil hati aku dihentak pilu oleh kata-kata kau,
Sedang kau mengecapi bahagia,
Kau kian menjadi buta,
Walaupun darah kita sama,
Kau menggores hati tanpa kau sedari,
Dulu kau lain,
Sekarang kau berubah,
Semakin renggang semakin sakit,
Aku harap kau sedar sakit aku rasakan ini.
0043
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!
aku rasa macam lawa mula-mula, tapi bila dah siap...
Chilindo, Boleh Dipercayai Ke?
Hantu Atau Sleep Paralysis???
Future Of Life
Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...
-
Assalamulaikum dan hai๐ Harini aku nak share tentang apa yang aku beli dekat chilindo. Aku tak cadangkan 100% kalau kau nak beli dekat chil...
-
Sering diri ini terlupa rutin yang lama menulis kisah-kisah menarik supaya memori tak mudah pudar. Jika tidak adanya bencana yang kita sem...
-
Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...