PKP DILANJUTKAN

 

 

Assalamualaikum dan hai🙋

Sedang berborak dengan classmates tentang cuti ke bulan 3 ni, baruku tahu pkp dilanjutkan sehingga 18 Februari. Dengar-dengar cuti pertengahan semester ni tapi bercutilah dalam IKTBN.

Berhuhuhu lah aku di sini. Tapi situasi disini ada untungnya sebab aku dapat teruskan pembelajaran tanpa tersekat macam tahun lepas, cuti pertengahan semester sepatutnya seminggu je tapi bertukar jadi 6 bulan. Fuhhhh nak habiskan 1 semester sahaja perlukan setahun.

Alhamdulillah tahun ni dapat naik semester 2, harap-haraplah dapat habiskan tanpa tersekat, aminn.

Semoga sahabat blogger yang lain dipermudahkan urusan walaupun pkp dilanjutkan. Macam-macam luahan yang aku baca daripada rakyat Malaysia, bagi aku itu ujian untuk kita semua. 

Harap Malaysia kembali pulih semula. 

Dan harap haraplah aku dapat beraya dekat kampung aku ,rindu masakan mama aku huhuhuhu

10 comments:

Macehh sudi komen blog kitee!!

Cinta Pertama

 Dia seorang yang banyak mengajar aku erti kebahagiaan sebentar. Dia seorang yang lebih kuat menghadap takdir diri sendiri. Sakit dia, dia t...