COVR IKTBN #FINAL

 #Final day

Aku masih lagi tak berjaya nak capai target aku 4KM dalam masa 40 minit (。•́︿•̀。)

Perlukah aku menambah lagi challenge untuk diri sendiri, ahhh penat lelah terpaksa aku harungi untuk cabar diri sendiri.

Harini aku start pukul 6, awan mendung lagi, langit gelap, angin ribut melanda tapi aku tetap berlari, tak kisah apa nak jadi, jadilah.

Saat 2 pusingan penuh, hujan mula turun dan semakin lama semakin lebat, aku tetap berlari sambil merasakan air hujan dengan tangan, saat hujan semakin lebat, hati aku rasa gundah, bermacam macam perasaan dan banyak perkara aku fikir.

Aku tetap berlari menahan rasa,

"kenapa?...."

"kenapa?...."

"kenapa?...."

Pelbagai soalan hidup keluar dari mulut aku, aku rasa nak jerit, menangis, gelak sepuas-puasnya dalam masa yang sama. Tapi aku hanya berlari.

Nasiblah, tinggal beberapa minit sahaja, aku habiskan larian semasa patah balik ke asrama. Dan saat perjalanan balik aku rasa semuanya lenyap. Terasa hujan melenyapkan segala resah dalam fikiran aku. 

Aku jadi diri sendiri semula. Terasa otakku dibasuh dengan air hujan lagi lagi hujan di hari jumaat ini.😂

Aku terlupa untuk record video hari ini tapi kalau record takut air masuk phone aku, setakat ini sahaja. Masa untuk berehat dan jadi orang baru untuk besok. 

Selamat bercuti!! Dan Selamat Tahun Baru Cina!! 

5 comments:

Macehh sudi komen blog kitee!!

Future Of Life

Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...