#Day 3
Harini awan mendung sebelah kiri dan awan cerah sebelah kanan.
"aish,, kalau nak hujan tunggu 40 minit aku habiskan larian duluuu"
Aku semangat nak berlari hari ini walaupun kaki masih lagi terasa lenguhnya. Macam biasa aku mula pada pukul 6 dengan jalan yang biasa,
Tiba-tiba separuh pusingan penuh saja hujan turun dengan lebat.. mencicit cicit aku lari cari lorong gajah untuk berlindung. Aku teruskan larian di lorong gajah untuk habiskan masa 40 minit.
Harini kurang sedikit sebab ada jalan yang basah aku kena lalu dan asyik tergelincir sahaja. Takut terjatuh terhempap uish sakit wo, tapak kasut aku betul betul haus. Dia berkhidmat dah dekat nak masuk 5 tahun. Uishh sejak 2017 sampai harini.
Aku beli kasut tu sebelum aku masuk PLKN, harga dia murah sangat RM30 je, pilih ikut bajet masa tu. Mungkin bulan depan kalau ade rezeki dapat balik rumah, ajak kak long gi shopping lah.
Ku nantikan besok hari yang ke 4 pula. Somangat bokoba-koba nak lari haa!! 😂
Selamat melarikan diri
ReplyDeleteTerima kasih^^
DeleteWah chaiyokkkkk!!!
ReplyDeleteThank you!! ^^
DeleteGambateh! :)
ReplyDeleteYoshh!!
Deletealamak, hujan pula..klu teruskan larian nanti demam pula
ReplyDeleteMandi hujan pun best time berlari..
DeleteTahan lama betul kasut tu. Dah lama dia berkhidmat. Dah kena tukar kasut baru tu untuk keselamatan :)
ReplyDeleteBetul, kalaulah ada masa nk gi beli baru,, alamatnya terpksa beli online je
Delete