COVR IKTBN #4

 #Day 4


Hai, nampaknya nak target tinggi lagi tu payah juga. Huuuu harini aku banyak slow jog, entah mengapa harini langkahku perlahan. Saat berlari laju untuk beberapa minit, nafas aku jadi mengah dan lelah.

Aku cuba teknik tarik nafas ikut hidung, hembus menggunakan mulut, maunya tercunggap cunggap aku masa berlari. Jadi aku masih tak biasa dengan teknik tu, untuk itu aku cuba praktikkan walaupun sekejap je.

Harini cuaca agak mendung, aku mulakan pada pukul 5.45 petang, takut hujan lebat macam semalam, alhamdulillah aku sempat habiskan larian sebelum hujan turun. Dapatlah aku buat 3 pusingan seluruh iktbn. 

Lepas sahaja berlalunya 40 minit, aku teruskan juga, hujan pun mula turun rintik rintik, tak lebat dan tetap aku berlari keseronokan di dalam hujan seorang diri sehinggalah pukul 7 petang. Boleh pula nak mandi hujan sebab besok cutiiiiii raya cina, memang tak kisahlah nak mandi hujan lama-lama. Eishh jangan seronok sangat besok adalah hari terakhir COVR nii.


Atas ni random video masa lari dalam hujan,, saje edit tapi walaupun mendung hujung sana tetap ada matahari yang menunggu. Kakakakaa..

Jadi besok target aku nak capai 4 KM dalam masa 40 minit. Nantikan final day, besokkk!! Yoshhh!! Thank you kepada semua yang bagi semangat ^^

8 comments:

  1. Bestnya dapat jalan2 macam ni setiap petang..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat jalan-jalan sebegini.
    Saya hanya jogging setempat di dalam rumah. :)

    ReplyDelete
  3. aduhh take care tau jgn sampai demam

    ReplyDelete
  4. wah bestnyaa lari 🤩 Kai kalau berlari pastu bernafas ikut mulut rasa sejuk pulak mulut macam makan ais hahaha. tak suka rasa sejuk tu so Kai bernafas kat hidung je, tapi mengah dia nak mampuihh xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama.. Tapi kne biasakan untuk teruskan berlari..

      Delete
  5. Wah improve masa tu... You can do it! :)

    ReplyDelete

Macehh sudi komen blog kitee!!

Future Of Life

Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...