Hidup

Ada masa aku sangat penat,
Dan teringin nak tidur selama seminggu,
Hati aku menjerit,
"Aku nak cuti!!!"

Tapi,
Setiap hari sentiasa ada tugasan hidup,
Ditangguh rasa mati,
Semua benda tak menjadi.

Aku mula berangan angan, 
Terbayang bayang hingga bermimpi,
Halaman rumah ku, 
Keluarga aku,

Tak,
Aku tak menangis,
Aku hanya merindui,

Aku mengejar hari,
Hanya mengejar cuti dibulan Syawal nanti,
Agar aku dapat kembali ke Syurga kecil aku,
Walaupun kecil aku bahagia.

Haahhh,
Aku hanya dapat melepaskan lelah saat dimalam hari saja,

Wahai malam ku, 
Buatkanlah rehatku ini lena,
Hingga penatku hilang untuk tugasan Hidupku.


5 comments:

  1. Kdg rasa nak benti keje sebab dh penat dgn kerjaya duniawi tp takut blm termampu nak tanggung kehidupan bila takde keje😅

    ReplyDelete

Macehh sudi komen blog kitee!!

Future Of Life

Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...