Challenge of Virtual Run IKTBN

 #DAY 1



Aku diberi masa 40 minit sahaja untuk melakukan larian pada 8 Februari hingga 12 Februari. 

Harini aku mula pada tepat pukul 6 petang, warming up macam biasa tapi aku hanya fokuskan pada kaki sahaja, biasanya aku ambil masa untuk warming up seluruh badan tapi gara-gara aku mengejar masa aku buat sambil lewa.

Aku pun start lah slow jog macam biasa, selepas beberapa minit aku lajukan langkah aku, sekejap sahaja aku dah termengah-mengah.

Sebaik sahaja terserempak dengan kawan sekelas aku, kami pun bertegur sapa aku pun cuba ikut langkah dia.. Fuhh laju pula dia lari, aku pun kejar. Tak sampai seminit aku dah pancit.

Hahahahaha aku geram sangat harini, biasanya 40 minit aku dapat buat 3 km ke atas tapi hari ini aku hanya dapat 2.7 km sahaja. 

Aku balik ke asrama dengan rasa penat, dengan rasa sakit di kaki. Tapi sebelum tu aku dah buat cool down, wajib sebelum aku berhenti berehat. Kalau tak buat memang sakit-sakit badan lah jawabnya.

Nantikan hari besok pula. Selasa, mu tunggu aku datang sahut cabaran untuk hari ke-2 pula.


8 comments:

Macehh sudi komen blog kitee!!

Future Of Life

Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...