Menyimpan

 



Assalamualaikum dan hai🙋

Aku selalu terfikir macam mana nak menyimpan duit, sebab asyik berbelanja je, lagi lagi naik sem baru ni kena bayar yuran, lagipun aku pening mana satu jumlah yang betul RM 60 ke RM90?? 

Takpa nanti confirmkan balik. 

Eipp eipp apa aku nak cerita lupa dah,, haa macam ni, aku terjumpa BSN eSSP Saving dalam MyBSN online, aku pun klik lah ape benda ni. Oh aku baru tahu dalam simpanan biasa boleh lagi menyimpan dengan simpanan SSP.


Aku pun tanyalah pakcik Google apa benda SSP ni. Nama full dia SSP ni Sijil Simpanan Premium, tapi aku still tak faham, adakah ianya sama dengan ASNB?? Ke macam melabur??





Bila aku nampak brochure ni baru aku faham sikit,, jadi aku pun fikir nak menyimpan bila setiap kali elaun aku masuk. Setiap bulan RM 10 kalau setahun RM120. Jadilahh...Tak mampu nak menyimpan beribu riban sebab aku pun still pelajar kalau ada rezeki lebih simpan lebih. Siapa untung? Aku juga😁

Tapi enn dulu kann... Aku suka buat tabung pakai kotak kasut. Lepas tu aku balut cantik- cantik pakai kertas putih A4 yang tak pakai, then aku lukis gambar Monkey D. Luffy atas tabung aku. Sebab aku minat gila One Piece. Sampaikan cover phone aku yang terkini gambar Luffy



Hahaha aku simpan lagi sampai sekarang ni, tersangatlah sayang tabung luffy aku nii..sampai buruk dah tabung ni..

Lepas ni semangat sikit nak menyimpan sebab aku rancang nak buka bengkel cat, harap dipermudahkanlah urusan aku nanti. Aminn.. 

Kata-kata terakhir aku, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, Jum menyimpan untuk masa depan walaupun aku baru nak start, yang dah lama menyimpan tu teruskan sampai mencapai kejayaan. 

Jumpa lagi 🙋

8 comments:

  1. Sedikit2 lama2 jadi bukit
    Selamat menabung

    ReplyDelete
  2. selamat menabung! bagus menabung ni :)

    ReplyDelete
  3. Selalu menabung guna duit syiling hasil bila cashier cakap " ada duit syiling " lepastu ckp tkde sebab malas nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa,, tapi duit syiling tulah penyelamat sebelum tunggu elaun masuk time hujung bulan ni..

      Delete
  4. Aamiin.. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk buka bengkel.

    Done follow sini. Jemput join segment bloglist saya

    www.naniey.com/2021/02/segmen-pencarian-bloglist-2021-by.html

    ReplyDelete

Macehh sudi komen blog kitee!!

Future Of Life

Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...