Selamat Tinggal Kesayangan

 Haahhhhh

aku mengeluh besok pagi dah nak balik ke iktbn, rasa berat nak pergi tapi aku terpaksa pergi untuk capai cita cita yang tidak tercipta lagi.

Aku tinggalkan gitar aku, sedihh, malam hujung minggu aku nak lepak macam mana lah,, selalunya aku lepak dekat tepi tangga sambil menggembirakan hati aku sendirian, itu sahaja yang bisa mengisi rasa kekosongan.

6 bulan aku cuti duduk rumah tak terasa lamanya, aku akan rindu segalanya dekat sini, aku kena tahan, aku kena kuat, hati tetapkan tujuan mu yang dah lama terbengkalai.

Ahh sedih nak tinggalkan keluarga aku tapi aku kena pergii arghhhh!!! Hahaha aduyai,

I need to go!! 

Assalamualaikum dan selamat tinggal kesayangan.




Resepi Kek Asam Manis

 Assalamualaikum dan hai 🙋

Harini aku nak share resepi kek asam manis pula, sebabnya ni kek favourite aku, time kecik dulu mama aku suka buat pelbagai jenis kek, kalau nak bawa bekal ke sekolah sanggup simpan dulu nak kasi share dengan kawan-kawan dekat kantin, kadang janji dengan kawan semua bawa bekal lepas tu kongsi ramai-ramai, fuhhh memori terindahh zaman sekolah rendah dulu.




BAHAN-BAHAN


Bahan A

500 gram planta

300 gram susu pekat

Bahan B

10 biji telur

1 sudu ovelet

100 gram gula kastor 

1 sudu esen vanila


300 gram biskut merry (dihancurkan)

5-10 paket asam manis


CARA-CARANYA

1. Pukul bahan A dan bahan B

2. Campurkan bahan A dan B dengan biskut merry yang dah dihancurkan 

3. Masukkan beberapa asam manis ikut suka hati 

4. Kukus selama 30-40 minit


Senang je kan, tak tahulah masih ada lagi ke orang suka makan kek asam manis ni, Tapi kalau korang nak rasa kek ni bolehlah cuba resepi mama kite ni. 

selamat menjamu selera!!



Special September Giveaway By Misha

 


Assalamualaikum dan hai🙋

September tinggal lagi seminggu, 

buat apa tertunggu-tunggu,

Pilihan yang berkenan di hati nombor satu,

Ajumm kita serbuuu!!


Kekeke pantun apakah iniii!! 

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM


Assalamualaikum dan hai 🙋

Mari rapat rapat kita meriahkan segmen bloglist tiarasaphire.com, alang-alang tu boleh lah menambah rakan baru blog kite ni.

Syaratnya cukup mudah, kalau nak tahu klik banner di atas.


Result Challenge

 Assalamualaikum dan hai🙋

Hohoho aku tak tahulah nak share ke tidak tapi tetap nak share juga apa yang aku rasa, Akhirnya setelah beberapa minggu melaksanakan challenge army run ni aku dapat habiskan larian sebanyak 31.8KM.


Firstime aku join ni, lepas ni tak join dah sebab aku akan kembali ke iktbn semula pada 28 September. Tapi aku tetap akan teruskan larian nanti disana sebab dah jadi rutin harian aku.

Apa yang aku rasa masa lari hmm mestilah penat tapi aku rasa seronok bila ada teman, time seorang aku akan banyak berfikir dan bercakap sendirian, apa yang aku ngomelkan pun ntah pape yang keluar dari mulut aku ni, kadang sambil dengar lagu tu ade je makcik yang tengah siram pokok bunga ajak borak, "sorang je ke?"

Dengan termengah mengah, dengan hidung kembang kempis " iye makcik, sorang je" sambil sengih dan teruskan larian. Aku ni jenis yang susah sikit nak ajak borak, kalau aku ajak borak takpa😂

Setakat ni tak pernah lagi dikejar anjing walaupun banyak juga terserempak dengan diorang adehh gerun je time lalu dekat dengan rumah yang ada bela anjing ni. Bila anjing tu menyalak je dah luruh jantung aku, terhenti larian takut anjing kejar.


Ni baju dan medal yg aku dapat, cantik en? Aku minat baju macam ni sebab dulu cita cita aku nak jadi askar.. Disebabkan aku rabun hmm tak dapat tapi mungkin ada peluang bila ambil jurusan semburan cat ni. Mungkin. 

Berat hmm tak turun tak naik😂 mama aku masak sedap tak boleh aku nak jaga,lagipun dah nak balik ke iktbn ni so aku makan supaya dapat tahan kempunan aku nanti, korang mesti tahu rasanya kan bila dah stay jauh en makan pun macam ada yang kurang, selera makan pun kurang, asyik teringat masakan mak sendiri. Kat sana aku em susah, makan hanya untuk tenaga je😂 dah macam pergi sekolah pagi dengan petang je rasanya. 



Last taknak cakap apa dah, just peace no war 😂✌

Tanah Dan Langit

 Aku suka pandang atas sebab ada langit, ada awan, ada cahaya dibalik daun-daun hijau.

Kadang orang pelik "kenapa dia jalan pandang atas? Kenapa tak pandang ke depan?", aku diam terus berjalan sambil meneruskan pandangan aku seorang walaupun sedikit kabur.

Itulah kehidupan baru aku disuatu tempat seorang diri.

Bila aku berlari, mata aku tepat memandang tanah hanya seketika saat aku pandang ke depan mencongak berapa lama sampai ke destinasi, dan terus memandang tanah lagi.

Disaat  berbicara juga mata ku tidak pernah tetap memandang ke depan kadang kebawah hanya seketika sahaja ke anak mata seseorang itu hanya untuk kepentingan namun hati aku cukup lemah untuk berlama lama dalam keadaan itu.

Itu kekurangan aku.

Namun aku tetap bangga dengan aku walaupun pelik dimata orang tapi itu adalah aku, jika sikap pandangan ku buat bumi terbelah dua baru aku ubah untuk keselamatan penduduk bumi. 

Yang jernih ambil, yang keruh buangkan.

Jadi diri sendiri.


 (langit kampung aku)

9.9 Giveaway By Abam Kie

 


Assalamulaikum dan hai🙋

Harini kita join giveaway pulak dari rakan blog baru Abam Kie kita ni.. Selamat bertuahh semua yang join!! 👍👍

Cinta Pertama

 Dia seorang yang banyak mengajar aku erti kebahagiaan sebentar. Dia seorang yang lebih kuat menghadap takdir diri sendiri. Sakit dia, dia t...