Assalamualaikum dan hai๐
Ada siapa-siapa minat tengok orang main gitar tak?
Ada.
Siapa?
Akulah.
Aku pun tak tahu kenapa aku minat gila dulu dengan gitar sampai sanggup balik lambat lepas kelas malam semata-mata nak tengok member main gitar tuptup akak aku datang panggil balik ayoo kena marah.
Nampak tak betapa obsesnya aku dengan gitar. Tapi aku tidaklah terlampau obses cuma aku suka tengok orang petik.
Sebelum aku dapat gitar sendiri, aku belajar sendiri dengan gitar kawan aku.
Masa tu perkhemahan PBSM, waktu aku form 5 of course automotik jadi urusetia, that time my role not too important, walaupun membantu tapi tidak diperlukan ๐
Sedih juga tapi takpe masa tu masih dikelilingi best friend forever yang kini sudah membawa haluan kehidupan. Nikmat spent time dengan diorang tu sangat aku hargai dan aku amat merinduinya.
Okey sambung balik,
Lagu pertama yang aku belajar adalah sakit hati by setia band. Terima kasih buat pakcik google yang ajar aku. Walaupun masih terkial kial tapi alhamdulillah adalah bunyi lagu tu sikit-sikit๐
"dari tadi awak petik gitar tu tiada bunyi pun, cuba awak petik kuat sikit"
Masa tengah cuba-cuba belajar tu adalah cikgu tegur, aisehhh orang baru belajar memey ler petik macam tak petik je hahahaha ku malu sungguh.
Dan ada juga pemberi semangat dan keyakinan buat aku untuk teruskan, hanya dengan 2 hari sahaja aku berjaya mainkan sekerat lagu yang senang.
Lepas tu berpisahlah aku dan gitar. Dan puaskah hati aku ni??
Tidak tapi cukup, aku simpan dulu lepas SPM baru aku beli.
Lepas sahaja habis peperiksaan SPM aku pujuk mama aku izinkan aku beli gitar.. Horeyy dapat pun kalau dulu mama aku tak bagi tau gara-gara aku balik lambat balik dari kelas malam dulu, tehee๐ biasalah zaman budak dulu nakal.
walaupun nyanyian aku tak sesedap mana pun tapi aku suka suara aku sendiri tak tahu kenapa๐ hehehe yes dengan nyanyian dengan gitar aku seronok dan aku masih lagi belajar. Then aku nak korang dengarlah sikit hobi aku dekat bawah ni...
Hope korang enjoy Kejora Ku Bersatu cover by Me.