Kasut Terbang

 Assalamualaikum dan hai ๐Ÿ™‹

Huuuuu dah lama tak update blog ni, asyik tertangguh je bila nak menulis ni sebab asyik putus idea nak cerita apa yang menarik. 

Semakin hari semakin sibuk dengar tanggungjawab pelajar jadi hari ini aku luangkan masa sikit untuk  blog tercintaa aku ni, 

Hmm ini pengalaman aku yang agak memalukan tapi kelakar lah, kiranya ini tak pernah lagi dialami oleh orang lain, mungkin sesetengah yang pernah alami pengalaman kasut sendiri terbang ke langit tujuh dan disaksikan oleh orang ramai ๐Ÿ˜‚

Waktu itu umurku baru tingkatan 1 atau 2 (aku tak ingat), pagi rabu ada kuiz sempena bulan kemerdekaan, cikgu panitia sejarah anjurkan pertandingan kuiz di tapak perhimpunan, soalan ni paling aku ingat 

"apakah warna payung diraja?"

Aku masa tu suka tanggalkan kasut letak tepi jadi masa nak jawab tu aku terus cepat-cepat bangun nak jawab pakai kasut pun ala kadar, masa tengah jalan, piiuuuuuuu sebelah kasut aku tercampak tinggi and paaapp tepat jatuh ke tepi budak-budak lelaki,




Semua yang ada kat tapak perhimpunan tu tergelak besar dengan cikgu-cikgu sekali tergelak tak habis-habis, aku jalan sambil tersipu sipu malu ambil kasut aku terus pergi depan pentas tu, terus pakai kasut kat situ, cikgu Azman yang tengah pegang microfon terkekeh- kekeh. 

Muka aku dah malu gila kat depan situ "cikguu,, janganlah gelakk" 

Setelah reda cikgu bagi aku jawab, jawapan dia kuning. Nasiblah, dapat hadiah itu pun cikgu bagi dengan tersenyum sambil geleng kepala. Cepat-cepat aku balik ke tempat aku semula.

serius ini agak memalukan dan bila aku teringat balik kejadian tu, aku sengih sendiri, lawak, serius lawak๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ satu sekolah tengok kasut aku terbang. Tapi itu lah buat aku femes sekejap๐Ÿ˜‚ 

Hehe rindunya zaman sekolah dulu. Zaman nakal sekali seumur hidup je dapat lalui dan hari ini aku kena terus berjalan dan mencipta memori terindah di sini. Walaupun sahabat kini sedang mamasuki alam bekerja dan aku masih tertatih belajar aku berharap aku juga boleh jadi seorang dewasa yang berkerjaya suatu hari nanti.

Next time kalau ada masa, aku share tips tentang kereta atau apa apa saja yang berguna dekat korang nanti. 

Jumpa lagi. 


13 comments:

  1. adoi lawak la..boleh bygkn tu.hahhaha

    ReplyDelete
  2. hahahah nsib baik dapat hadiah. btw, pengalaman macam ni la kita akan teringat ingat bila da hbis sklh ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  3. zaman skolah la best kan , sbb kita tak rasa pun yg adult life akan se complicated mcm now hahaha

    ReplyDelete
  4. Zaman sekolah memang best pun. Seronok dan rindu kalau boleh nak patah balik masa

    ReplyDelete
  5. saya kalau boleh taknak ingat dah zaman upper form, menyampah...kikiki

    ReplyDelete
  6. Lawak laaaa, nasib jugak ad pengalaman macam ni, bila di kenang boleh buat bahan lawak ni. haha

    ReplyDelete
  7. adoi kelakarlah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜… boleh pula macam tu kan

    ReplyDelete

Macehh sudi komen blog kitee!!

Headache

Sudah masuk 3 hari kepala aku macam nak meletup. Rasa macam nak tumbang tapi aku masih gagah berdiri walaupun terumbang ambing. Payah nak ke...