Mungkin yang terakhir

Khamis

Rasa teruja besok balik ke kampung halaman aku di negeri sembilan. 3 bulan terperangkap di dalam Institut, hampir buat aku jadi gila dengan apa yang terjadi, satu persatu aku hadap.

Pagi ni kelas inggeris saja yang ada. Kelas mula pukul 10 pagi jadi aku berkira-kira untuk menyiapkan tugasan amali hari ini juga.

Pengajar beri 2 minggu untuk siapkan tapi aku dan kawan ku sia-siakan masa yang terluang dengan menyelesaikan surat kebenaran pulang.

Terpaksalah aku korbankan tenaga aku untuk seharian menyiapkan tugasan.

"tunggu aku, siapkan sama-sama lah" 

Dia suruh aku tunggu. Sebab aku prihatin aku tunggu walaupun ada ketidakpuasan hati. Aku susah untuk mengekpresikan perasaan selain gembira dan tenang. Aku hanya merungut dalam hati tapi dia banyak bantu aku dalam pembelajaran, aku biarkan.

8.15 pagi

Aku fokus dengan kerja amali, 50% mungkin dah siap. Jadi aku teruskan sehingga waktu kelas inggeris hampir tiba aku stop dan bersiap-siap. 

Gerak bersama sekelas, setiap kali kelas subjek umum pasti itu yang kami sekelas lakukan. Setiap ada yang hilang pasti ada yang bertanya maklumlah hanya 13 orang sahaja yang ada dalam sem 2.

Tapi itu dulu, aku hanya dapat mementingkan diri setelah dapat mengenali sifat masing-masing. Kehidupan sendiri lebih penting itu sahaja. 

Lepas kelas tamat. Yang lain hendak balik bilik jadi aku terus ke bengkel menyiapkan tugasan amali aku seorang. Katanya dia nak tidur sebab sakit kepala disuruh call bila kelas seterusnya nak bermula. 

"ok" itu jawapan aku.

Tugasan aku akhirnyaa tinggal 10% siapp!! Petang ni preparation untuk spray panel pintu dan siap 100%, dalam hati aku gembira. 

"eh 11.45!! Aku kena call dia" 

Tiba-tiba panggilan dari dia...

..

".. Asal tak call?"

".. Baru nak call dia tapi dia dah call dulu.."

".. Ohh, kelas dekat bilik kuliah 5 tau.. "

".. Ok, otw.."

End call


Aku bersiap dan teringat aku terlupa ambil tandatangan pengajar, jadi aku cepat-cepat siapkan task baru aku sebelum kelas seterusnya start pukul 12 tengahhari.

Panggilan dari dia lagi...

".. Dekat mana?.."

".. OTW!!!! .."

".. Ok"

End call


Dalam perjalanan bilik kuliah 5 terserempak dengan dia. Aku datang dari arah bengkel, dia datang dari arah asrama. 

"dari mana?"

"bengkel" 

Aku seiringan dengan dia sama-sama ke kelas.

"buat apa??!!"

"siapkan kerja amali tulah, petang ni dah boleh start spray"

"kenapa tak ajak?!"

"lahh, kan dia nak tidur, kata sakit kepala.."

"hmm.. kan nak buat sama-sama!!"

Dia cepat-cepat lajukan langkah kaki tinggalkan aku.

Eh marah ke? Dia yang kata nak tidur, sakit kepala bagai, ahh lantak kau lah, nak marah marah lah aku tak kisah. 

Aku jalan macam biasa. Di kelas pun macam biasa cuma terasa masa berjalan sangat perlahan. 

Akhirnya kelas berakhir walaupun terlebih masa sedikit.


1.50 petang

Bersiap untuk kelas sesi petang. Aku banyak mengeluh dalam hati dengan puasanya lagi, aku hanya dengan mindset yang negatif tapi bila terkenang besok adalah hari terakhir aku sebelum cuti hari raya bermula, aku gagah diri juga!!

Dia minta maaf sebab marah-marah aku. Ok, aku maafkan walaupun dah banyak kali berlaku sebenarnya. 

"aku dah maafkanlah, takda hal lah" 

Aku senyum dan dia pun tersenyum. 

Tapi petang ni aku betul-betul nak siapkan tugasan aku, aku dah cakap dengan dia. Dia pun 

"ok, tapi tunggu aku tau, spray sama-sama" 

"ok" 

Masa untuk mula bekerja dan aku tengok dia tengah berborak dengan budak junior.

KAU BORAKKK APA SETANNNNN!!! BILA KERJA NAK SIAPPP!! 

aku hanya dapat jerit dalam hati sepuas puasnya, hati aku mula sakit. Aku rasa nak naik gila tapi aku tahan. Aku tunggu sambil aku main phone, dengar lagu. Dan..

" dah siap belum? Kalau dah siap cepat pergi spray, siapkan pintu dulu"

Nasiblah Encik Zam datang menyelamatkan keadaan. Aku rasa lega. Dia pun cepat buat kerja dia sambil ditunggu oleh aku.

Selesai sahaja spray aku lega. Kerja amali siap 100% , sambung lepas cuti nanti yeay!! 

Ahh aku terlupa petang tu pukul 5.30 ada Majlis Khatam Alquran. Aku tengok jam hampir pukul 5, Encik zam tak bagi balik lagi. Kena kemas bengkel dulu kemudian sepatah dua kata dari Encik zam sebelum cuti raya barulah dilepaskan. 

Aku mengeluh dalam perjalanan ke bilik aku. Aku rasa sangat penat. Aku buka pintu bilik roomate yang lain tengah bersiap. Aku mengeluh dan terus baring atas katil. 

Aku lelapkan mata sebentar. Gelap. Aku hampir nak menangis. Kalau lah dapat hentikan masa aku cuma nak berehat saja. Haihhh aku mengeluh dalam hati.

#1

1 comment:

  1. Asam garam bila belajar, macam gitulah. Tak berkawan, sunyi; bila berkawan kena menghadap kerenah pulak.

    ReplyDelete

Macehh sudi komen blog kitee!!

Mungkin yang terakhir

Khamis Rasa teruja besok balik ke kampung halaman aku di negeri sembilan. 3 bulan terperangkap di dalam Institut, hampir buat aku jadi gila ...