Kasut Terbang

 Assalamualaikum dan hai ๐Ÿ™‹

Huuuuu dah lama tak update blog ni, asyik tertangguh je bila nak menulis ni sebab asyik putus idea nak cerita apa yang menarik. 

Semakin hari semakin sibuk dengar tanggungjawab pelajar jadi hari ini aku luangkan masa sikit untuk  blog tercintaa aku ni, 

Hmm ini pengalaman aku yang agak memalukan tapi kelakar lah, kiranya ini tak pernah lagi dialami oleh orang lain, mungkin sesetengah yang pernah alami pengalaman kasut sendiri terbang ke langit tujuh dan disaksikan oleh orang ramai ๐Ÿ˜‚

Waktu itu umurku baru tingkatan 1 atau 2 (aku tak ingat), pagi rabu ada kuiz sempena bulan kemerdekaan, cikgu panitia sejarah anjurkan pertandingan kuiz di tapak perhimpunan, soalan ni paling aku ingat 

"apakah warna payung diraja?"

Aku masa tu suka tanggalkan kasut letak tepi jadi masa nak jawab tu aku terus cepat-cepat bangun nak jawab pakai kasut pun ala kadar, masa tengah jalan, piiuuuuuuu sebelah kasut aku tercampak tinggi and paaapp tepat jatuh ke tepi budak-budak lelaki,




Semua yang ada kat tapak perhimpunan tu tergelak besar dengan cikgu-cikgu sekali tergelak tak habis-habis, aku jalan sambil tersipu sipu malu ambil kasut aku terus pergi depan pentas tu, terus pakai kasut kat situ, cikgu Azman yang tengah pegang microfon terkekeh- kekeh. 

Muka aku dah malu gila kat depan situ "cikguu,, janganlah gelakk" 

Setelah reda cikgu bagi aku jawab, jawapan dia kuning. Nasiblah, dapat hadiah itu pun cikgu bagi dengan tersenyum sambil geleng kepala. Cepat-cepat aku balik ke tempat aku semula.

serius ini agak memalukan dan bila aku teringat balik kejadian tu, aku sengih sendiri, lawak, serius lawak๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ satu sekolah tengok kasut aku terbang. Tapi itu lah buat aku femes sekejap๐Ÿ˜‚ 

Hehe rindunya zaman sekolah dulu. Zaman nakal sekali seumur hidup je dapat lalui dan hari ini aku kena terus berjalan dan mencipta memori terindah di sini. Walaupun sahabat kini sedang mamasuki alam bekerja dan aku masih tertatih belajar aku berharap aku juga boleh jadi seorang dewasa yang berkerjaya suatu hari nanti.

Next time kalau ada masa, aku share tips tentang kereta atau apa apa saja yang berguna dekat korang nanti. 

Jumpa lagi. 


Tuah Dan Terima Kasih

 Assalamualaikum dan hai๐Ÿ™‹ 

Tanpa disangka-sangka aku telah pun terpilih sebagai pemenang bertuah untuk 9.9 Giveaway by Abam Kie.




Alhamdulillah, semoga rezeki Abam Kie makin melimpah ruah. Tahniah juga buat pemenang yang lain iaitu:

1. http://www.aimisyahirah.com/2020/09/99-giveaway-by-abam-ki.html 

2. http://www.zianaeunos.com/2020/09/99-giveaway-by-abam-kie.html 

3. https://www.nieylanadia.com/2020/09/99-giveaway-by-abam-kie.html 

4. https://belognoordiana.blogspot.com/2020/09/99-giveaway-by-abam-kie.html




Masa nak claim hadiah GA ni boleh pula tersalah nombor aiyaaa segan pula saya adehhh gembira sangat sampai tersalah taip nombornya. 

Dan buat yang tidak dapat aku doakan semoga rezeki mereka juga dilimpahkan, aminn.. Mama aku selalu cakap, jangan risau rezeki kita ada yang penting solat dan doa minta je apa yang kita nak, mesti dapat. Semoga dipermudahkan untuk semua.


Sesat???

 Assalamualaikum dan hai ๐Ÿ™‹ 

Sudah seminggu aku berada di IKTBN aku masih tak berkesempatan untuk tulis blog aku ni, besok hari minggu so dapatlah aku luangkan masa untuk coretan. Walaupun hari ini penat dengan gotong royong, den totap nak cito pasal den tersesat dalam IKTBN. 

Kejadian ni aku teringat sebab agak menggelikan hati sedikit, aku tak tahu jalan pintu keluar sebab nak jumpa mama aku. Masa tu aku baru lepas keluar hospital dalam beberapa hari lepas tu mama aku nak datang melawat aku, mama aku jemput adik dari pulau pinang nak singgah sekejap ke pahang, jenguk aku yang sakit nii, kalau kau tak tahu kejadian tu boleh baca dekat sini

Masa mama aku sampai kat bawah, aku bersusah payah turun ke bawah dari tingkat 3 keluar cari jalan dan aku pergilah tempat yang mungkin ada jalan keluar tapi apa yang aku nampak depan aku adalah padang bola. Aku stop tepi jalan di tengah panas, aku pandang belakang, aku jadi tak yakin dan keliru di mana jalan utama keluar masuk ikbn. 

"gruuu gruuu gruu"

Perut bunyi bunyi adehhh, ini sebab cirit birit punya pasal aku pun tahankan ajelah. Aku tak tahu nak buat apa. Aku duduk cangkung, tahan sakit perut sambil buka apps maps cari jalan keluar๐Ÿ˜‚ 




aku buntu sangat tak tahu nak buat apa masa tu, orang sakit tak boleh berfikir dengan betul masa tu jadi cara yang keluar search dekat apps maps, aku masih lagi terkial kial cari mana jalan keluar, mana jalan keluar niiii?!!! Tak jumpa. Tengah panas tu aku rasa macam nak nangis, wuuuu sumpah sedih cari jalan tak jumpa.

Tiba-tiba aku terdengar seseorang panggil nama aku, aku pusing belakang, aku gembira yang panggil aku tu kakak aku Alang, cepat-cepat aku bangun terus berjalan laju ke arah Alang, dia tanya aku buat apa duduk cangkung kat tengah panas, aku pun ceritalah cari jalan keluar, dia gelak ingatkan aku main dengan kucing sebab lama sangat.

Aku ikut je belakang Alang tak nak berpisah,

 "ehh dekat je kena belok kiri baru jumpa jalan keluar" 

Betapa malunya aku tak jumpa jalan keluar walaupun selalu juga jalan dekat situ tapi entah lah macam mana boleh tak ingat mungkin aku tak familliar lagi dengan semua jalan. But now sejak aku berjogging keliling IKTBN fuhhh bangga dah tahu nombor setiap bengkel.

Myahahaa itulah kejadian yang agak Menggelikan hati sikit sampai sekarang tengiang-ngiang dalam kepala aku. Kenapa aku boleh terfikir nak cari jalan keluar pakai apps maps ngehh

Setakat sini saja coretan pada malam ini, aku nak beradu, mata pun sudah berat,

Jumpa lagi nanti๐Ÿ™†

Future Of Life

Susahnya nak langkah bina kerjaya sendiri selepas temui kegagalan, dengan kurang sokongan dengan pilihan aku sendiri. Setiap hari aku berdoa...